Saturday, September 26, 2009

Makan dan makan lagi..di Sungai Petani!!


Salam,

Kalau bermalam di rumah Mak Saripah ( ibu mertua kedua aku ni) di Taman Makmor, Sungai petani..alamatnya MUNTAT la perut sokmo.
Mak mertua aku ni dah pencen. Dulu kerjanya adalah sebagai seorang Tukang Masak.
Tukang Masak asrama jururawat di Sungai Petani itu. Jadi kerja masak memasak secara Big Amount ni dah tak jadi hal bagi dia..

Mak Pah ini juga handal dalam membikin kuih muih dan biskut raya. Oleh kerana itu selalunya bila datang Sungai Petani ni aku jadi mati kutu..Tak tau nak bawak buah tangan apa...habis sangat aku bawak buah buahan. Nak bawak kuih muih biskut raya, Mak Pah punya kuih raya lagi sedap. Segala mak neka jenis kuih dia boleh buat. Kek karot, kek belang belang, kek coklat..you name it!

Kami tiba di Sungai Petani waktu tengahari. Mak Pah dok bersabork kat dapork. Mau bikin dalca sama ayam goreng berempah. Tukang gorengnya adik suami aku, si Lan.
Kelentum kelentam dah siap...Tengahari kami semua tibai nasi ngan dalca daging dan ayam g0reng berempah sama sup kaki ayam..ngeh ngeh ngeh.
Makan dan makan lagi sampai malam. Banyak betul mak masak...Aku dah tak larat TELAN!
.
.
.
Esoknya, subuh subuh hari mak kelentum kelentam lagi..Nak masak nasi lemak pulak. Nasi goreng pun mak nak masak. Aku ambik tugas goreng nasi..( hei..kena tulung tulung juga la kan..)
Mak masakkan nasi lemak dan sambalnya sekali. Memang kick habis. Si Lan terus menggoreng ayam berempahnya yang masih berbaki. Banyaksungguh diperapnya.

Pun begitu abah tetap ke kedai membeli roti canai..
ADUIIIII...
Sarapan pagi ada roti canai, nasi goreng dan nasi lemak berlaukkan ikan bilis goreng biasa, ikan bilis sambal, telur rebus, ayam goreng berempah panas panas.
MUNTAT MUNTAT!!!
ayoooo...Bau nasi lemak mak Pah saja jadi terus lapar..
.
.
.
.
kemudian dalam pukul 11 am tu ingat nak bertolak balik semula ke Semanggol.
Mak kata makan duluuuuuuuuu..
Mak goreng mee MAMAK..kelentam kelentumm
Adui...
Last last pukul 1.30 pm baru boleh gerak. Mata aku punya la mengantuk..
Al maklum..
MUNTATTTTT..
.
.
tak boleh lama lama..
nanti aku asek makan dan makan dan makan lagi saja.
Itu la cerita di Sungai Petani.

sekian

2 comments:

AZANI said...

makan ash...tahun depan baru boleh dapat rasa....atau kau tapau sikit balik bb...buat bekal raya masa open house nanti...

ashley said...

azani,
mak Pah dah siap tapau kan pada kami 3 jenis biskut raya yang dia buat. Tart nenas, almond london dan biskut manik...
Ini memang dia dah RESERVE untuk kami...
Tak yah susah hati.