Tuesday, September 15, 2009

Elakkan kesesakan..

Salam,

Weiiii laa...
time raya ni paling tak tahan kalau balik tersangkut sepanjang perjalanan.
.
.
.
Ramai yang akan balik kampung esok (Khamis) dan Jumaat.
Tak kurang juga yang balik hari Sabtu.
Aku pulak?
.
.
......lepas solat raya laaa..
Begitu lah kami sejak 4, 5 tahun ni.
.
.
Malas nak bersesak di jalan raya.
Kena pulak ada anak kecil yang tak boleh duduk diam.
Kalau biasa perjalanan mengambil masa 2 jam, boleh naik sampai 5 jam.
Sakit BONTOT duduk lama lama.
.
.
Tak boleh bayangkan mereka yang akan balik ke Kelantan dan Terengganu..
Mau jadi 14 ke 16 jam!!
Kalau naik kapalterbang, dah sampai USA tu!

Nak balik Ipoh pun boleh nangis di buatnya kalau time jem jem ni. Selalunya sampai Rawang saja dah tersengguk sengguk pergerakan kenderaan. Tu yang TENSION tu!
Bawak Honda ke, Proton ke, Mercedez ke...kalau dah jem, semua bergerak 10km/j.
aiiiiyoooo...
.
.
Selalunya lepas solat raya kurang sikit kenderaan. Tapi masih tetap ada juga especially kaum bukan Islam yang ingin mengambil kesempatan bercuti.
Agaknya bila nak boleh ada kenderaan yang boleh jadi macam TRANSFORMER?
.
.

Agak agak jem jer..terus boleh terbang ke..melompat ke..jadi pipih melayang ke udara ke..atau apa apa ler kan?

SIAPA enjin nyor kat sini?

sekian

7 comments:

Insyirah said...

Selamat saya tak perlu tempuh semua-semua ni. Alhamdulilah. Maunya pengsan saya nanti.

Norazah said...

Betullah Ashley, tahun ni sy dh kat kl balik, 2 thn lepas, sy kat Temerloh. Nasib baik bila nak balik beraya, kami lawan arus. Bila sampai plaza tol gombak, bersesak-sesak keta nk blk kelantan n pantai timur.Thn ni jumaat dpt cuti, mkn balik johor lepas terawih. Taklah jam sgt kot. Kena isi touch n go lebih awal la.

kakpah said...

tahun ni masuk dua tahun aku tak bersama bersesak-sesak balik kampung. Kitorang raya kat bangi.

Weh... rindu pulak suasana berebut balik kampung ni.

Jem jem ni tak dapat nak elak lah. Kau beli je roti, buat sandwich.. habis cerita. jangan la kau nak berangan nak berkepak bagai hehe..

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

terbaca n3 sian kat ko...

weii..ada kah aku hang syak..apa do nak ngorat ko..ha ha ha...

selamat hari raya kak...maaf zahir batin...raya ni dah ke kemunting lajak la ke batu kurau....

ashley said...

Insyirah..
kalau tak sebabkan kampung dan ayahbonda, memang tak KUASA nak mengharungi KEKEJIAN dan KESIKSAAN jalanraya yang sesak!

Norazah,
mujur juga saya sehala ke utara je..untung juga dapat orang dekat dekat nih...takyah turun naik utara selatan, timur barat!

kakpah,
aku nak pi sewa HELIKOPTER lah..landing macam VIP tengah tasik bukit MERAH tuh!
ha ha ha..

ashley said...

cikgooden,
aku tak syak hang haiiiihhh
aku mention orang YANG TAU NOMBOG aku ja....
.
.
.
nanti la..
bagi aku sampai ipoh/semanggoi dulu..
ada rezeki jumpaaa..insyaAllah.

DrSam said...

saya balik BP tahun ni. Bertolak pada Sabtu pagi sebelum sahur. Harap-harap orang lain tak keluar sama le masa tu.