Monday, September 07, 2009

Emerald..


Salam,

Pagi ini seperti hari hari sebelumnya, aku tetap bangun sekitar 4.5o am untuk menyediakan sahur buat mereka yang berpuasa. Selesai memanaskan daging masak merah, sup dan juga menggoreng telur dadar, suami aku bangun untuk mengejutkan anak anak. Aku telah siap hidangkan nasi dan lauk serta milo panas buat mereka.
Hmmm..mata aku cukup mengantuk..
Makan di waktu begini memang cukup tidak menyelerakan. Pun begitu setiap seorang mereka tetap menjamah juga makanan yang terhidang.
Dan sebaik sepuluh minit selepas makan, azan pun dilaungkan dari surau.

Selepas solat subuh ada kuliah. Tetapi hari ini kuliah subuh aku dengari sayup sayup sebelum melelapkan mata..
Memang dasar pemalas!!
.
.
.
.
Aku bersama suamiku berjalan jalan di suatu tempat. Kelihatan seperti bazaar bazaar di sekitar Masjidil Haraam. Ada orang mundar mandir tetapi semuanya aku tidak kenali. Aku terlihat susunan kilau permata dan emas di dalam sebuah kedai...persis kedai emas berdekatan Bukit Marwah bersebelahan Masjidil Haram. Kaki kami ringan menuju ke kedai itu. Entah bagaimana suamiku yang mengajak aku ke sana.
.
.
.
.
Dibelinya aku kalungan emas berbatu Emerald..sungguh indah sekali...bersama dengan cincin juga bertatahkan batu Emerald dan di kelilingi dengan batu batu kecil berlian yang berkelipan.

"Abang, kenapa abang beli semua ni?" tanyaku

" Untuk gantikan cincin Hida yang hilang itu"

Aaahhh..aku bagaikan tidak percaya apabila sepasang anting anting kecil berbatu sama turut dibelinya. Set Emerald itu sungguh indah...
Aku memakai kalungan itu, cincin dan anting anting..
Rasa bagai tidak percaya aku memiliki perhiasan bertatahkan batu EMERALD yang indah ini.

Dalam aku menilik kalung dan cincin yang tersarung di jari itu terasa cuping telingaku tertarik oleh sesuatu.
dan ianya menyebabkan terjatuh sebelah anting anting EMERALDku..

ku raba telinga...
Di mana anting antingku yang sebelah ini..
Oh..
Oh..
di mana?
di mana?...
.
.
.
.
.....tiba tiba aku terdengar Celine Dion menyanyi nyanyi dari handphone aku!!
.
.
.
POOODAHHH..MIMPI jer ni!!
memang MENCIIIIII!!!
TAK SUKA tau... youuuu...
.
.
.
kasi danggle itu EMERALD depan mata I!!
CIIISSSS..

6 comments:

Insyirah said...

Hahaha. Betul ke akak mimpi? Ingatkan akak gurau-gurau aje kat komen blog saya tadi.

Kak, try minta dgn cik abang akak...manalah tahu nanti dapat satu set. Hehehe.. =D

ashley said...

Syirah..
LUPAKAN AJERRR...
memang akak mimpi tadi..siap raba telinga..bangun bangun..aiseh men..MIMPI ni cukup menipu!

yuyee cap limau said...

hehe..akak..akak..
harap biala mimpi itu menjadi kenyataan..aduh syok nyer dapat loket tu..

ashley said...

yuyee,
akak doakan Yuyee dapat loket macam tu suatu hari nanti..
bagi akak pula..ha ha ha..bior le dalam mimpi jer..

Nizam.Ariff said...

Kak, nanti bila aku dapat 1 juta, aku akan belikan akak satu set...



biarkan mimpi anda menjadi kenyataan...


Tapi kak, semua tu perhiasan dunia la kak.... nanti riak pulak. Kalau tak riak dgn org luar (sebab bertudung litup), riak kat adik beradik pulak... susah ni..

habis tu camne? nak emerald ke tak nak ni?

ashley said...

Nizam,
aku tak nak..
takut kalau kalau malam hari tak dapat tidur..( dok risau kawag masuk rumah kebas aku punya EMERALD)
bior le dia datang dalam mimpi saja..
smile..