Tuesday, September 01, 2009

Sekian lama aku tertanya tanya..

Salam,

Bila kawan suami aku pergi ke Mekah tahun lepas waktu sebulan BULAN RAMADHAN, aku jadi hairan..Tertanya tanya.... kenapa sampai sebulan berada di Mekah.
Tak rasa sedih ka?..
Hari raya kedua baru balik ke Malaysia?
Mesti rasa macam tak seronok..
Dah la sebulan duduk di negara orang....
kemudian hari raya pula di sana?

Macam aku dulu..memang agak terasa juga berpuasa di negara orang..dan beraya di negara orang. Tiga tahun berturut turut..
Raya macam bukan raya( the second year), hari raya ada FINAL EXAM!!

Tapi malam kelmarin aku dapat jawapan kenapa kawan suami aku tu seronok berada di kota Mekah...
Baru terlintas dalam kepala hotak aku nih..
Eh..padan la kawan suami aku tu suka berpuasa di Kota Mekah sepanjang bulan Ramadhan..

Hmmmm korang nak tahu kenapa?
Cam gini...
Aku ke kedai Bangi Perdana untuk membeli susu sebaik sahaja habis surau aku ni solat Tarawikh 8 rakaat. Di surau berdekatan rumah aku ni solat Terawikh dibuat 20 rakaat. Imamnya pula dijemput khas dari berbagai tempat.
Tiga tahun lepas ada pelajar asal dari Johor. Bacaan Al qurannya mantap sekali. Berpusu pusu orang datang. Dia baca Al-quran ala ala Imam Masjidil haram..Macam Sheikh Abdul Rahman Sudais. Waktu dia mula mula datang tu bujang. Habis makcik makcik yang ada anak dara berkenan. Nak dijadikan menantu....
he he he..
UNTUNG tuhh!!
Tahun kedua dia datang, dia dah beristeri. Tahun ketiga isteri dah mengandung lepas tu time bulan puasa lepas, dia dah dapat anak (tak silap aku la)!!
Tahun ni dia dah tak datang..sebab aku rasa orang kampung dia pun dah tak bagi dia datang. Mestilah depa nak suruh dia jadi Imam di tempat depa pulak...

Tahun ni surau aku pangge seseorang dari Indon..Bacaan dia ada stail tersendiri. Bacaan dia pun bagus. Tapi doa yang dia baca selepas habis solat lagi menarik. Siapa yang faham bahasa Arab mesti terharu dengan doa doa yang dia baca. Aku faham juga la..Sikit sikit. Doa simple tapi mantap.

okay...berbalik kepada lintasan fikiran aku tadi...
Sebaik sahaja selesai solat 8 rakaat, aku pergi ke kedai. Surau berdekatan masih kedengaran bacaan dari Imam membaca ayat Al-quran untuk teruskan 12 rakaat lagi solat Terawikh.

Di dalam kereta, aku buka pula radio IKIM..imam masih lagi solat..bacaan QURAN lagi..sampai di Bangi Perdana, kedai berhadapan dengan surau Bangi Perdana..
Eh! kedengaran juga bacaan Al-Quran lagi sebab mungkin mereka pun buat Terawikh 20 rakaat..
Penuh kereta yang parkir..
Ramai anak anak sedang bermain di hadapan surau..
Mungkin dah selesai juga 8 rakaat.
.
.
.
Tapi bila tengok kawasan kedai makan, hmmm agak lengang!!
Woow..kata hatiku. Kalau luar bulan Ramadhan, kawasan depan kedai ni ramai anak muda lepak, tetapi dalam Ramadhan agak lengang pula..
Mungkin ramai yang mengimarahkan surau dan masjid.
.
.
.
....dan tiba tiba hati aku jadi sayu..
Hebatnya Ramadhan..
at least di Bangi ni ada juga rasa ke RAHMATAN bulan RAMADHAN ni..
.
.
.
.
.

dan sekiranya di Mekah mungkin lagi hebat..
ye sudah tentu hebat!!
Sebab sewaktu siang,
JANGAN CARI ADIK JELITA PAKAI skirt pendek!
JANGAN CARI ADIK COMEL pakai baju nampak PUSAT.
JANGAN CARI ADIK LAWA tayang lurah belakang pakai jeans..
Dan semestinya puasa di siang hari juga akan lebih TERJAGA!!

Wow!!
PADAN LAH kawan suami aku suka berada di Mekah sepanjang bulan RAMADHAN!!
Nak menjaga IBADAH puasanya sungguh sungguh dan menafaatkan malamnya betul betul..
WOW..hebat..
MASYA ALLAH!!

UNTUNGnya kalau dapat jaga puasa..jaga mata, jaga mulut..jaga hati..jaga sejaga jaganya!
Raya pulak??
Raya tu SARI je lahhhhhhhhhhhh..
apa nak di SOSAH SOSAH kan.
.
.
.
dan sebonarnya Raya Aidil fitri tu untuk mereka yang menafaatkan Bulan RAMADHAN.

sekian.

8 comments:

Insyirah said...

Baca cerita akak ni, teringat saya pada seorang sahabat tahfiz saya. Setiap tahun dia jadi imam terawih juga. Setiap kali dia jadi imam terawih kat mana-mana, mesti ada aje pakcik or makcik yg kenen-kenenkan anak-anak dara mereka. Sampai sahabat saya ni pun dah naik poning. Macam-macam aje.

Pasal berpuasa pada bulan Ramadhan di Mekah, ada seorang sahabat saya pernah cerita kat saya seperti yg akak cerita skrg ni. Memang best. Sahabat saya tu siap tunjuk gambar-gambar di sana, dapatlah saya melihat suasana Ramadhan di situ. Itu baru tengok gambar, kalau merasa suasana live kat situ masa bulan Ramadhan, lagi seronok!! Hehe. InsyaALLAH, moga ada rezeki menjejak kaki ke sana.. :)

p/s: Saya pun rasa area bangi ni masih ada aura Islamik nya. Suka juga pergi area sana. Sosial life yg negatif belum ketara lagi.

kakpah said...

aku suami isteri berangan nk umrah bln ramadhan tapi ngenangkn ank2, tunggu dulu biar semuya habis besar. tapi bila dah semua besar kitorang pulak dah ganyut. emm alahai..

Lukman Wan Mat Daud said...

Hidayah

1. Antara sbb kenapa tahun ni tak pergi Pasar Ramadan sdg sebelum kami 3 beranak mmg hantu Pasar Ramadan. Pernah sekali semata-mata ke Kpg Gajah (dari Taiping) utk beli Murtabak sbb paginya terbaca punyalah popular. Pergi dan balik shj.

2. Terima kasih. Sudah diterima peket-peket duit raya tersebut.

Lukmanw

phalla said...

hi , your site is good, can we exchange link?
here is my link
http://khmerlovenews.blogspot.com

I hope you can

Best regards,
phalla

ashley said...

Cabaran kat Malaysia memang dahsyat..
kalau dapat berpuasa di USA time musim sejuk, tak de masalah sangat..tapi kalau musim SUMMER..hmmmmm..
kat Mekah mungkin boleh kurangkan dosa mata..

ashley said...

kakpah,
adik saya si Oman bersama mak ngan abah biasa la buat Umrah dalam bulan puasa di sana..Tapi tak da le sampai sebulan.

Lukman,
ohh dah sampai? lega..alhamdulillah

Phalla,
Hi..nice to know your site too. Tq.

yuyee cap limau said...

kak,kite pon taun nie beraya mak tak ada
die balik dari umrah insyAALAH raya ke 3..
sedih memangla kite sedih namun mak kite sungguh hepi dapat puasa dan raya kat say..siap die imagine lagi..
tak pela asal die gembira kite pun tumpang senang biarpun kite beraya die tak da..hehe

ashley said...

yuyee,
okay la tuhh..
mu beraya ngan saing laaa
he he he
kecek GANU sket!