Sunday, September 13, 2009

Kicauan burung di malam hari..

Salam,

Apakah anda mendengar bunyi kicauan burung berlagu riang malam tadi?
Kicauan yang menggetarkan jiwa aku..
.
.
.
Malam tadi memang terasa letih.
.
.
Suami kata " Malam ni malam dua puluh tiga! Intai intai!! "( Bukan pergi mengintai ye..harap maklum)
.
.
Muhammad sibuk nak ke surau juga. Anak anak selain Muhammad dan Mawaddah, aku kerahkan ke surau.
Aku terpaksa menjaga mereka berdua.
Bertarawikh lah aku seorang diri..(sedihnya..)
.
.
.
Aku terdengar kicauan burung sekitar pukul 12 malam..
Entah dari mana datangnya.
Apakah malam tadi adalah malamnya?
.
.
Suami berjaga pukul 3.30 am..
Aku?
Digeraknya pukul 4.30 am..
.
.
aku buka tingkap dapur....sejuk....hujan gerimis di luar..
SUNYIIIII..SEPIII..
Tiba tiba aku teringat abah.
Apakah nasib Abah di alam sana?
Gambaran muka abah datang secara tiba tiba sewaktu itu.
.
.
.
Doa doa doa doa..hatiku berkata kata.
Istighfar istighfar istighfar....terus hati merayu rayu.
.
.
masuk tandas..basuh muka..wudhuk..
Aku kena kirim bekal yang sedikit untuk Abah...
Moga dia sejahtera.
Moga Abah gembira.
.
dan dalam kedinginan dan kesyahduan pagi ini, aku terus masak dan menggerakkan anak anak.
Sahoor...sahooor..sahooor..
.
.
.
.
.
.
sekian

10 comments:

yuyee cap limau said...

kak,
tengok blog kak pah pon
dok cite hal nie,haha ingat betul rupe2 die mimpi
adoi lawak kak pah..
tapikan pagi nie rasa sejuk je kan..

ashley said...

Yuyee,
wallahualam..

tadi akak pergi surau Annur..
Kuliah dari Dato' Harun Din. Dia terasa pun malam tadi!..tapi dia suggest suruh kejar lagi dua malam ganjil iaitu malam 25 dan malam 27.

Intai intai..

BTW, tahun ini semua umat Islam berpuasa serentak seluruh dunia!!
keep taht in mind..

umi_e said...

salam... malam tadi kakak angkat dari Jenderam bangunkan pukul 3.15 am. Dah jani nak gi qiam di surau dekat rumah. Tengah siap2 tiba2 hujan turun dengan lebat! Mencurah2... kalau tak kuatkan hati, rasanya memang malas nak keluar dan sedap tidur... Alhamdulillah dalam hujan2 lebat dapat juga sampai ke surau...

yuyee cap limau said...

kalau malam tadi terlepasla..tapi
harap-harap tak lagila kak..ok set 25 dan 27..insyALLAH..

Nizam.Ariff said...

Pagi tadi matahari tak kusam... cuma mendung sebab awan hujan.

Aku rasa belum lagi kut...

Cari lagi....

AZANI said...

selagi tak syawal...try lagi..

CatlinaFly said...

salam...terharu baca entry ni...

dan jemput ambik kad raya kat umah sy k...salam lebaran...

ashley said...

kak umi_e,
moga moga diteruskan sehingga malam terakhir..dan dapat semua kita berjumpa di ramadhan yang akan datang

yuyee,
moga Allah beri kelapangan..

Nizam,
ye..cari cari lagi

azani,
ye benar..

catlina,
thanks...
akak dah ambik..nak kena boh le jawabnya ek?

alberangque said...

Assalam mu alaikum wr wbt
Saja ziarah sambil nak ucapkan Selamat meneruskan latihan Ramadhan serta selamat Menyambut dul Fitri, maaf zahir dan batin..
Salam untuk semua....

ashley said...

Pak usop,
salam sejahtera untuk semua ahli keluarga jua..