Saturday, September 12, 2009

Siapa?

Salam,

Aku cukup heran bila orang salah tekan nombor kirim SMS. Kena pulak kalau SMS tu ditujukan untuk bonda sendiri. Takkan tak savekan lagi nombor mak ayah dalam handphone tu..

Cer tengok SMS yang aku terima ni :-

"Asskum ibu slmt berpusa.adik nak mtk maaf bgk 2 kt ibu adik x dpt nak blik berhari rya dgn ibu..thun ini cuti adik x dilulus kn oleh pgawai atasan adik adik kena wt OPS BESAR SEMPNA HARI RYA NI IBU..IBU ADIK RDU SGAT 2 KT IBU ADIK SYG SGAT 2 KT IBU.IBU ADIK DAH x ADA BTUGAS KT IPD SEGAMT LGI.ADIK DAH DIPOSTING KN KT IPD BUKIT AMAN ADIK DAH DI SERAP KN KE UNIT JSJ.CAWANGAN SIASATAN JENAYAH BERAT D9..IBU ADIK BRU JE TMT TUGAS ADIK MEMBSU BJU BGK BJU ADIK YG BLUM BSU LGI.PAS ADIK SIAP MEMBSU BJU ADIK DAH MDI ADIK MSJ KT IBU LGI YA. ADIKX LEH CLL IBU PRD ADIK X CUKUP IBU..IBU SMPI KN SLM ADIK KT AYAH...?ASSKUM IBU..?

Message dah la panjang lebor..siap kabor basuh baju dan nak mandi lagi kat mak dia!!
He he he..
Aku dulu dok OBERSI tak pernah tepon mak kabor nak basuh baju..
Wei..
nak tergelak laa...
sebab ada gak POLIS MANJA MANJA gini!!

Lepas tu aku try call no tu..
Ya la..entah sapa punya nombor..nak tahu juga!
SPESEL BRAND ke haper ke kan?!!

Sekali bro tu tanya aku, "SIAPA NIH?"

ewah..
dia yang sms panjang lebor ngan aku!

Aku cakap la, "Awat yang hantag sms panjang lebor kat aku tu..awak ni siapa?"

Pastu dia cakap, " Nanti saya check"

seterusnya adik POLISI ni sms lagi :-

TRMA KSH YA KAK KERNA X MARAH KT SHAH TDI SBB SHAH TERSLH TKN NO...FIKIRAN SHA CELARU SGAT 2 INGAT KN DPT CUTI RYA NI..!LSS 2 CUTI DI BEKU KN OLEH PGAWAI ATASN..?? SHAH TERHARU SGT2 KT AKAK HARAP 2 KTA LEH JDI KWN..

Aku tak balas pun sms ni.
BRO POLISI terus hantag lagi :-

SHAH NAK MTK MAAF SKLI LGI KT SAUDRI...(ASSKUM)..

Oleh kerana rajin bebenor pulak, adik POLISI ini menghanto sms time aku nak tido tido tu maka DESYUM aku bagi dia sedasss..

KUT YE PUN jadi jadi la sms tuu..
akak MAAP KAN..
orang lain ghamai lagi tak balik raya..
bukan awak sorang JER..
Yang jadi anak yatim piatu pun ramai!!
MAAP ZAHIR BATIN...
sila jangan balas sms ini sebab SAYA NAK TIDOR!

Adapun si Polisi ini tidak memahami BAHASA melayu gamaknya...
Dihantarnya juga sms pada aku untuk kali yang last..

IA LAH ..2..SHAH DAH DUA TAHUN X DPT CUTI RYA..THUN LEPAS X DPT..THUN NI X DPT . KENA BRTUGAS LGI..K LAH..SLMT BERPUSA..
.
.
.
.
Tsk tsk tsk....SIAAAANNNN..

SELAMAT HARI POLIS!

sekian

16 comments:

kucingorengemok said...

ko memang hot stuff la kak, tang sms/tel nak berkenalan/jadi kawan semua ni... hahahha

i balik johor tahun ni... err, boleh kita berkenalan? ;)

ashley said...

KOG,
aku heran sungguh..apasal dia nak sms kat mak dia, AKU lak yang terima?

haihhh..
no aku ade kat BUKIT AMAN kut!!
hissssshhh..

Insyirah said...

Mungkin dia tak save no mak dia. Dia pakai ingat aje. Then, masa dia nak taip no mak dia, mungkin no mak dia hampir-hampir sama dgn no akak, thats why berlaku kesilapan. Saya syak gitu la. Kan dia cakap dia tgh bercelaru sebab tak dapat cuti raya. Kesian dia. Ahaks..

ashley said...

Insyirah,
ha ha ha..
sepatutnya dia hanto je message tu kat BOS dia..
mana tahu kut dapat CUTI!

yuyee cap limau said...

kak layout baru??
wah msti sempena raya nie..
auuuuu..geli saya tengok polis yang manje..aduh cube la
jadi gantang sket dah la keje bahagian jenayah
nnti kompem kene gelak ngn penjahat nie..
kak saya syak die nak tackle akak tu
nasib baik cepat bertindak.hahaha

ashley said...

yuyee..
dia tak tau gantang gantang tu..
.
.
nak NOMBOR DIA?
ha ha ha

Tijah said...

aku syak no ko bersepah2 org tampal kat luar tu kak. hikhikhik

geraugebang said...

ha ha ha. Lawk la. Siap cakap nak tidor tu. Patutnya balas lagi.Cakap, akak memang kesian kat ko dik tapi kesianlah akak, akak nak tidor . ha ha ha ha.

ashley said...

Tijah,
Boleh tak aku tampal no dia ni merata rata sebagai membalas jasa?
aha...

gerau,
sesungguhnya smsnya telah mencemari mimpi indahku..

Nizam.Ariff said...

Kesian dia...

Tapi, elok juga simpan, mana tau kalau bleh suruh tgk2 rumah time nak beraya ni....

ashley said...

Nizam,
hmmm..
tak pa aku suruh dia tengok tengokkan rumah ko

AZANI said...

walauweh...saya selalu dapat gak sms sesat..tapi bhasa cina...delete terus...

DrSam said...

kalau ramai yang seangkatan dan sewaktu adik ni, lepak kat bukit aman memang aman kita...

tolong kirim salam ye kat adik Shah tu dengan pesanan 'Selamat berhari lebaran dibkt aman dan jangan lupa pasang lagu dendang perantau.

ashley said...

azani,
kut sesat satu hal..
kira boleh tahan lagi laa
nak kenalan??
.
.
.
haih...

DrSam.
he he he..
bior aje la..
nanti dia sampai ngan trak MERAH kat rumah aku, satu hal pulak aku nak buat OPEN HOUSE kat depa.

Nik Ha said...

Ekekeke..musti ank manja mak nih. Sy hr tu dpt sms suh halau lembu bg pihak tn rumah. Bila kita ckp silap htr boleh pulak dia reply "silap apanya kak munah" Sy ckp sy bukan kak munah.pastu siap bls tanya nama lak.sy ckp takyah la tau nama yg penting sy bkn k.munah & takde lembu pun kat area perumahan ni :P Tu time aick rajin bersms ler tu.Kalau tak bio je

ashley said...

Nik Ha,
bagi yang BETERAN macam saya, trick trick begini memang tak boleh digunapakai lagi..
.
.
.
smile..