Tuesday, September 08, 2009

Bengkang bawang goreng..

Salam,
Dulu dulu abah selalu buah kuih bengkang ini. Abah memang suka masak kuih..
Mak biarkan aje sebab bab bab kuih tradisional ni, abah lagi handal.
Jadi bila buat bengkang ni, teringat kat abah pula.
Semalam aku buat bengkang ni.
Bengkang ini memang senang dibuat.
Sama macam bengkang tepung biasa.
Cuma abah gemar menggorengkan bawang bersama majerin dan diletakkan di bawah pan sebelum menuang bancuhan bengkang.

Kalau letak dalam acuan berbunga, jadilah dia KUIH BAHULU KEMBOJA!!
Sonang bebenor..

Aku agak bahulu kemboja itu, demer lebihkan telur..

Resepi bengkang bawang aku.

Bahan
3 biji telur
1 cawan gula
santan 1 setengah biji
tepung..agak agak..he he he ( memang aku main agak jer..kurang lebih satu cawan gitu)
Air daun pandan..( dari daun pandan yang dikisar!! untuk warna dan kasi wangi)
secubit garam

1/2 biji bawang besar
satu sudu majerin.
Bijan untuk taburan

Caranya
1. Kocakkan telur.
2. Masukkan gula.
3. Masukkan santan..dan tepung berselang seli agar tepung tidak bergentel.
4. Tapis jika perlu
5. Masukkan air daun pandan kisar yang bertapis juga..

6. Hiriskan bawang dan goreng di atas tin pembakar sehingga keemasan
7. Tuangkan bancuhan bengkang.

8. Hiasi dengan bijan
9. Bakar dalam 0ven 200 darjah selama 30 minit.

.............untuk buka puasa seelok eloknya sejukkan 2 jam sebelum di potong.
Kalau tidak MELEPUH mulut makan panas panas!!

smile...

sekian

12 comments:

Nizam.Ariff said...

Bengkang apa yang lurus, kak?

Nizam.Ariff said...
This comment has been removed by the author.
Nizam.Ariff said...

Aku suka makan bengkang, especially bengkang ubi. Tapi ada orang kata, bengkang yang lebih sedap ialah bengkang yang lurus...

Mana nak cari, kak?

GPI SKSV said...

ada lebih? hantaq sini sikit... teringin jugak..

ashley said...

Nizam,
bengkang yang hang buat!

Nizam,
aku pulak paling tak suka bengkang ubi..
tapi tok mertua aku pernah ajar la nak buat dia..
ghernyah buat dia..
kena sagat ubi bagi halus gitu..
malas haih aku..

GPI,
ada la besag tapak tangan habuan budak berdua ni makan petang tadi..
tahan gak bengkang ni...

Tijah said...

hui sedap nihhh. mak metua aku pandai buat. aku?? idok lerrr...

ashley said...

Jah,
mak mertua kamu oghang Penang kan?
Ayah akak lahir kat Bukit Mertajam.Kira asai usui sana juga laaa..
Aku syak bengkang belah sana kut yang boh bawang goreng nih..
Sini tak pernah jumpa lagi.

CatlinaFly said...

kaler ijau bengkang tu menggoda..sy pon suke sgt mkn bengkang..mesti sedap nih airtgn kak ashley..

ashley said...

catlina,
sedap la juga..dok kacau ngan tangan...he he he

Tijah said...

a'ah kak. MIL org tasek gelugoq. mmg bengkang dia versi bawang ni la. mmg sedap. aku suka nih. dia juer teral buat kuih kasui, seri muka, bengkang ubi. mcm2lah. nati balik aku mintak resepi

tasikmerah said...

sedapnye kakkkkkkkkkkkkkkk.......

ashley said...

Tijah,
oooo..sepusat sepusing juga la aku dengan CEM kan?
ha ha ha

TM,
he he he he...