Monday, September 07, 2009

Ya Maryamu..

Salam,

Tengah sedap sedap bermimpi memakai kalungan emas bertatahkan EMERALD, tetiba tiba handphone aku menyanyi nyanyikan lagu Celine Dion. Irritating sungguh jika tidur terganggu dengan suara si Celine Dion terjerit jerit..

Sebelum sempat aku mengangkatnya, Celine Dion telah berhenti menyanyi.
Aduuuusss..siapa pulak le ni?

Aku tengok no..09! Mesti Maryam ni.

Sekali phone abahnya pula menjerit jerit dengan lagu California..
Lagi sakit telinga.
Cepat cepat si Huda yang sedang tengok siaran kartun mengangkatnya.

"Assalamualaikum..siapa ni?" aku dengar suara Huda menanya.
"Abah tak de..kat surau. Umi adalah..tidur" sambungnya lagi.

"Umi dah jaga la...meh sini handphone abah tu. Kak Maryam la tu."

"Huuuuu huuuu huuu" aku terdengar suara Maryam menangis teresak esak.

" Apasal ni?" tanya aku kerisauaan.

Dalam suara yang teresak esak..

" Maryam...ter...tingg..ai ka..ka...wannn"

"APA? Maryam tertinggal kawan? Maryam kat mana ni?" tanya aku.

"Maryam...ter ingat...ka..wan" masih lagi teresak esak.

"Aperrr..Maryam teringat kawan? Tak pe la..Nanti balik raya boleh pergi rumah diorang..Jangan le nangis.." sambung aku berdebar debar mendengar suara anak aku yang teresak itu.

"Takkkk..Umi ni tak dengar lerrr!!"

"Habis tu... Jangan le bercakap sambil menangis. Cuba cakap tenang tenang..Memang le Ummi tak dengar..Cakap teresak esak macam tu.." kataku masih tidak pasti apa butiran yang cuba disampaikannya.

"HU HU HU..Maryam teringatkan TO' WAN!! Maryam teringat ayat yang To' Wan selalu baca pada Maryam tuh..Apa ayat dia Ummi?"

"Ohhh..teringat kat To' Wan..Hmm... kalau teringat kat To' Wan, jangan menangis...tapi bacalah fatihah sedekah kat To' Wan..Hmm... Umi tak leh baca quran ni..( he he he sila buat buat tak faham ye ) tapi ayat dari surah Ali-Imran..Nanti cari!" sambungku lagi.

" Dahhh..jangan nangis nangis..baca fatihah banyak banyak."
.
.
.
.
.
Sebenarnya sewaktu Maryam kecil dulu, ayahku sering memanggilnya begini,

(Firman Allah,)

"Ya Maryamu Innallahastofaki...wa tohhaaroki..wastofaki..ala nisa' ila'lamin"

boleh rujuk ayat 42 : surah Ali Imran..

yang bermaksud : " Hai Maryam..sesungguhnya Allah telah memilih kamu, mensucikan kamu dan melebihkan kamu, atas segala wanita di dunia ( yang semasa dengan kamu)"

Aku namakan Maryam kepada anakku yang kedua ini adalah kerana aku mengalami komplikasi sewaktu mengandungkannya. Dia berada dalam keadaan sonsang sewaktu di dalam kandungan tetapi dua hari sebelum tarikh kelahiran, kedudukannya bertukar normal. Sewaktu kandungan ini songsang, aku sering membaca surah Maryam dan Yassin...lantas apabila dia dilahirkan sahaja aku terus menamakannya MARYAM..

Sewaktu Maryam dibacakan ayat 42 : surah Ali Imran oleh datuknya itu, dia mesti selalu TERSENGIH SENGIH..dan DATUKNYA sering ingatkan supaya mencontohi akhlak MARYAM ibu kepada Nabi Isa itu.

Dan untuk pengetahuan semua, "Maryam" adalah satu satunya nama wanita yang dijadikan nama surah dalam al-Quran.

sekian

12 comments:

GPI SKSV said...

Sebak... terharu..

yuyee cap limau said...

kak,mariam belajar kat mne??
aduh sedih nyer cite.ngn mak pon siap buat lawak lagi..hehe

kucingorengemok said...

kesian maryam teringat ok wan... nama sedap, tapi dispoilkan sikit jadi nama hantu phsm, tak senonoh!

siti_m said...

wah nama sama ngan saya nie.... sedih la teringat kat tok wan bebulan puasa nie... al fatihah...

Lukman said...

Salam

Kalau anak lelaki mesti nama Mohammad Yassin ni!

Lukmanw

Insyirah said...

Kalau diikutkan, saya lagi suka nama simple-simple seperti Maryam, Aisyah dan yg sewaktunya dgnnya. Nama yg moden-moden skrg ni, aduhai...berbelit-belit lidah ni nak menyebutnya.

tasikmerah said...

bila la aku nk dapat ank no 2 ni kak....



.

ashley said...

GPI SKSV,
terharu?
yang mak dia ni terkejut badak dengar anak menangis on the other end..
tapi Maryam memang cam ni...sensitip!

ashley said...

Yuyee,
dia kat MRSM K.lipis...
bukan nak buat lawak tapi maknya PEKAK sikit..
dah anak pun nanges teresak esak cakap..mana nak dengar..
ha ha ha ( tak baik kan maknya?)

KOG,
Maryam ni very PEKA....itu kelebihannya.

ashley said...

siti_M,
dia tak da 'SITI'..he he he.

lukman,
antara nama anak lelaki yang dalam fikiran ialah Imran dan Luqman..tapi..rezeki hanya satu saja..

Insyirah,
mulanya anak kedua ni nak dinamakan Hafsah..sempena nama isteri Nabi juga..tapi tak jadi.

TM,
ada rezeki..insyaAllah..
setiap perkara ada hikmahnya...
no worry!

Nizam.Ariff said...

TM, kita kena berusaha lebih keras lagi ni, usia kita dah semakin tinggi... haih... tapi doktor pesan kat Mama (juga kamu pun sama) tak boleh tensen-tensen, laaaagi tak dapat!

Camne tak boleh tensen, aparaaa... doktor ni.



Eh! Assalamualaikum, Kak Hida....
Dah masak untuk sahur?

ashley said...

Nizam,
Daah..aku masak kari ikan NYOK NYOK!!
.
.
tak makan nasi lagi untuk malam ni.
tadi diorang berbuka ngan pizza topping nenas dan pizza chicken serta bengkang berbawang goreng.
.
.
.
sat lagi nak goreng papadom ngan rebus telur masin.
.
.
.
eh baru terperasan pulak...yang aku dok follow blog adik adik ni, anak baru sorang belaka..hmmm
Tijah, TM, Nizam, NJ,Lelaz, ...

KOG,
engko anak berapa? lima?

smile...