Wednesday, September 02, 2009

Trans POT..


Salam,

Minggu ni sepatutnya aku buat tema Occupation ngan budak budak kelas aku tapi oleh kerana aku cari worksheet 5 tahun tak jumpa maka aku tangguhkan topic tu. Aku buat TRANSPORTATION.

Waktu perhimpunan pagi aku tanya anak murid..

" Ayah siapa ada kereta?"

" Sayaaaaa....," semua akan tangan.

"Ayah siapa bawa motor"

"Sayaaa.....," ramai gak la yang angkat. Siap bagitahu ada MOTOR BESOR lagi.

" Ayah siapa pergi KL naik AEROPLANE?"

" SAYA!!!"

Eh elehhhh...banyak la ayah ko punya airport kat KL tuh!

"Siapa biasa naik ROCKET?"

"SAYA!!"

Anak sedara Dr Sheikh Muszaphar ke nih?

ha ha ha ha...

sekian

16 comments:

DrSam said...

bagus betul ada anak-anak murid yang responsif macam tu. Orait aje.

kucingorengemok said...

hahaha, asal boleh!

tasekM said...

keji la ko kak. memperdayakan bebudak.... ha ha.




.

ASH said...

Dr Sam,
aku nak tengok demer faham soalan atau tidak..

KOG,
demer ikut suka jer..

TM,
aku tanya lagi, siapa biasa naik SUBMARINE pun demer kata "SAYA!!"..
submarine ada kat mana?
bagitau kat aku..
ha ha ha..
dah sampai ke dari RUSSIA?

Unknown said...

Salam

Teringatkan bapa yang cuma ada sebuah basikal klasik Raleigh Made in England. Itupun dia beli dari kedai pajak tahun 70an.

Lukmanw

ASH said...

Lukman,
anak anak ni kalau cakap sampan ngan beca, lagi demer tak tahu..

ibundo said...

haha.. masing2 belumba nak angkat tangan. kalau ko tanya bapak sapa penah pegi angkasa lepas, mesti ada yang jwb SAYA.

ASH said...

kakpah,
buat cam mano...semua tak nak mengalah!!

Insyirah said...

Ntah diorg paham ke tidok apa tu roket. Asal cikgu tanya aje...semuanya nak jawab "SAYA!". Hehehe..

ASH said...

Insyirah,
demer tahu rocket sebab tengok OTROMAN!

yayayuyee said...

kak..wow contoh set induksi yang berjaya..hehe

ASH said...

Yuyee,
boleh le Mu ambik buat panduan nanti..he he

Nik Ha said...

Dorang naik dlm imagination ;)

ASH said...

nik Ha,
Hopefully angan angan tu boleh bertukar menjadi realiti..

Gurindam Jiwa said...

Submarine tu dah sampai dah. Pi lah tengok. Namanya KD Tunku Abdul Rahman.

http://tinyurl.com/nhy6dv

ASH said...

GJ,
Oh ye ke??
Memang ketinggalan SUBMARINE betui!!