Tuesday, September 15, 2009

Pemberian..

Salam,

Korang biasa pergi mana mana tasik yang banyak ikan?
Korang rajin tak bagi ikan ikan itu makan?

Aku dulu suka juga pergi Tasik kat Shah Alam tu.
Waktu tu taman tasik tu tak ramai orang lagi. Sunyi lagi..Ya lah zaman 80 an.
Kalau duduk di tepi tasik tu, aku suka tengok ikan ikan dalam air. Suka nak bagi mereka makanan. Waktu tu dah ada orang yang jual roti untuk diberikan kepada ikan ikan itu.
Pernah suatu ketika, aku dan rakan serumah pergi berehat rehat melapangkan fikiran di tepi tasik sambil memberi makan ikan.

Kita akan rasa seronok melihat ikan ikan itu berebut makan makanan pemberian dari kita. Kita rasa puas kerana dapat mengenyangkan mereka. Hati kita gembira kerana kita dapat menggembirakan makhluk Allah yang lain walaupun hanya ikan ikan di tasik.

Semasa aku meyewa apartment di kawasan universiti di US, apartment aku bersebelahan dengan tiga batang pokok yang besar dan rimbun. Di pokok pokok ini terdapat banyak burung burung merpati.
Bila aku ada roti roti yang sudah keras dan luput tarikh, aku akan turun ke bawah dan menabur sedikit demi sedikit roti roti ini kepada merpati merpati itu.

Hati aku juga terhibur kerana melihat makhluk Allah ini makan biarpun hanya burung burung merpati. Semakin hari semakin kerap aku memberi mereka makan. Kadang aku sengaja ketepikan dua tiga keping roti untuk diberi kepada burung burung merpati ini.

Sehinggalah pada suatu hari aku ditegur oleh makcik 'Salleh' yang selama ini memerhatikan perbuatan aku dari biliknya.

"Oooh..My dear, I think the birds recognize you.."

Terkejut aku..

Betul ke? Burung burung tu kenal aku?

Dia beritahu aku bila aku keluar dari pintu apartment, burung burung tu semua dah siap sedia turun dari pokok pokok tu.

Aku hanya ketawa kecil sahaja..separuh mempercayainya.

Hinggalah pada suatu hari yang lain, burung burung itu mengekori aku dari kawasan apartment hingga ke separuh perjalanan ke kelas.....
.
.
.
.
.
UIKSSSS???!!!!
Aku bagaikan tidak percaya!!
.
.
.
sebenarnya makhluk Allah yang lain juga menghargai pemberian dari kita.
.
.
dan petang semalam, suami bawa satu pemberian dari CEOnya!
CEO ni telah bagi SEMUA STAFF di HEAD OFFICE yang berjumlah kira kira 300-400 orang itu sebiji kek coklat! Ini personal punya pemberian..
Mak aiii...
Kalau sebiji kek harga RM15...korang darab aje la.


Thank you very much!
Anak anak ku gembira sekali!!
.
.
.
sekian

8 comments:

kucingorengemok said...

takyah ikut ceo tu balik rumah sampai separuh jalan pulak ye... hehe

tasekM said...

kenapalah aku tak baca n3 dia nih lepas berbuka kang....




.

ASH said...

KOG,
buat buat macam lupa diri lak kan...ha ha ha..

TM,
kenapa???
tergugat ke iman..ISHHH..

Me Tomei said...

Kek itu memanggggg sedap!!!
ooooohhhhh...

he he he he

DrSam said...

Baik betoi CEO tu ye. Semoga ada balasan pahala untuknya. Ada ke orang ikut balik rumah dia nanti :

p/s: sila jenguk blog saya puan, ada pertolongan yang perlu dipanjangkan. TQVM

ASH said...

Dr Sam,
ye..sepanjang 20 tahun suami saya kerja, tak pernah jumpa CEO bagi pemberian macam tu lagi!

okay..I've seen your entry. Will do, InsyaAllah.

geraugebang said...

Baiknya budi. CEO tu orang mana? Hari nak datang umah dia lah.

ASH said...

geraugebang..
tak tau lah..terlupa nak tanya.