Sunday, September 27, 2009

Maksu Khaty..

Salam,

Mulanya dia adalah CATHELINE...Itu sebelum dia memeluk (atau lebih sesuai kembali) kepada agama Islam.
Sebelumnya dia adalah seorang yang beragama Kristian. Bukan Kristian yang biasa biasa..tetapi seorang yang cukup kuat dan patuh dalam agama Kristian itu.
Dia tinggal di Convent. Dibela semenjak kecil lagi di sebuah Convent. Dijaga dan dididik di Convent oleh sister sister di sana.
Sewaktu bersekolah menengah di sebuah sekolah Convent juga, dia turut memegang jawatan Ketua Persatuan Agama Kristian di sekolahnya itu. Kiranya segala aktiviti hariannya mesti berkitar dalam skop dan kepatuhannya terhadap agamanya itu.
.
.
.
.
hinggalah Catheline menemui seorang lelaki yang menarik perhatiannya di tempat kerja.
.
.
Lelaki ini menjadi anak angkat Tok Manis dan To' wan Daud. Pun begitu dia sebenarnya adalah anak saudara To'Wan. Tok Manis dan To' wan Daud hanya mempunyai seorang anak jadi untuk memeriahkan rumahtangga mereka, mereka mengambil seorang anak saudara yang dibela semenjak berumur 3 hari. Itulah Paksu Baharin ini.
.
.
.
Paksu Baharin hanyalah seorang budak pejabat. Tidak mempunyai kelulusan tinggi dalam pelajaran. LCE pun tak lepas. Habis LCE, dia ke Kuala Lumpur mencuba nasib. Ditemuinya satu kerja OFISBOY di sebuah pejabat. Maka di sinilah bermula cinta mereka..cinta antara seorang gadis bernama Catheline dan jejaka bernama Baharin.
Cinta yang telah membuat Catheline kembali kepada agama Fitrah yakni Islam dan akhirnya menukar nama menjadi Khatijah.
.
.
.
.
Aku mengenalinya sewaktu mula mula menjejakkan kaki semula ke tanahair. Aku dan suami menumpang rumah mereka selama sebulan sebelum menemui rumah sewa.
Dari situ aku mendengar cerita ceritanya bagaimana dia berusaha keras untuk menjadi seorang Islam yang baik sebelum berkahwin dengan jejaka pilihannya, Paksu Baharin. Pada awalnya menjadi seorang Islam, beliau bukan sahaja dicemuh rakan baik tetapi juga dimarahi oleh ibu kandungnya. Sister sister di convent tempat dia dididik dan dijaga juga turut kecewa dengan tindakannya memeluk Islam.
Maksu Khaty tidak tahu bagaimana dia mendapat Nur Islam itu..Secara tiba tiba hatinya tertarik untuk mengetahui tnetang Islam apabila mengenali Paksu. Mungkin Paksu jenis yang lurus dan jujur. Mungkin itu yang menarik Maksu Khaty...
wallahualam.
.
.
.
Sebelum memeluk Islam, maksu ambil cuti tanpa gaji untuk berkursus intensif di Perkim. Bila selesai kursus barulah beliau lafazkan SHAHADAH. Kemudian dia belajar Al-quran dengan seorang Ustaz. Bermula dari mengenal alif, ba', ta' sehinggalah dapat merangkak rangkak membacanya. Maksu Khaty memang seorang yang cekal, kuat berusaha dan tegas dengan prinsipnya. Aku memang kagum dengannya kerana sekarang bukan sahaja dia dapat membaca quran dengan baik tetapi dia juga telah berjaya menunaikan rukun Islam yang ke lima iaitu menunaikan haji di Mekah.
.
.
.
Dugaan dalam hidupnya??..cukup banyak. Selain dari dicemuh ibu kandung dan saudara mara serta rakan baik pada mula mula menjadi seorang Islam, Maksu Khaty terpaksa menyesuaikan diri dengan ahli keluarga suami yang berlainan bangsa. Maksu Khaty berbangsa Tionghua dan Paksu Baharin pula adalah seorang Melayu. Kelainan ini memerlukan masa untuk keserasian. Cuma marah ibunya semakin lentur apabila mendapati Paksu Baharin boleh berbahasa Hokkien dengan baik. Ini salah satu kelebihan Paksu Baharin.
.
.
.
Maksu Khaty juga diduga dengan ketiadaan anak selama 8 tahun setelah dia dan suami berumah tangga. Dia benar benar kepinginkan cahayamata. Agak banyak juga wang yang dikeluarkan berjumpa dengan pakar bagi memperolehinya. Setelah beberapa kali mengalami kekecewaan, Maksu Khaty berjaya memperolehi seorang anak lelaki yang kini berusia 16 tahun.
.
.
.
Pada hari raya tahun ini, aku sekali lagi dapat bersua dengan Maksu Khaty. Seronok dapat beramah mesra dengannya kerana setelah sekian lama ada banyak cerita yang dapat dibualkan.
Hmmmmm... tapi yang bestnya maksu Khaty hanya boleh ingat nama anak sulungku sahaja, si AISYAH. Anak yang lain lain, dia dah tak boleh keep track.
He he he..STANDARD le tuuuu..bukan dia sorang je..
ORANG lain pun!!!
.
.
.
psttt...apa pun... aku tetap kagum dengan kecekalan Maksu Khaty nih!

sekian

10 comments:

ibundo said...

Rasanya orang yang beragama islam sebab 'mencari' lebih menghargai agama ini daripada mereka yang beragama islam sebab sudah sedia mendapatnya.
Hmm.. sayang kan!!!

kucingorengemok said...

eh kita ingat jugak selain aisyah - rahmah, maryam, zainab, mawaddah, muhammad... err, lagi 3 tak ingat, sorry adik-adik

kak, i am back >:)

Insyirah said...

Saya ada juga saudara jauh yg reverted to Islam, tapi kalau tak silap saya...sebab kahwin dgn org Islam. Wallahua'lam. Dia tu adik kepada kakak ipar ibu saya. Saya pernah jumpa sekali aje, masa tu saya sekolah lagi. Kalau org tak bg tau saya dia kahwin dgn org Islam, saya ingatkan dia sama religion dgn yg lain, sebab saya tak nmpk perbezaannya pun. Huhu. Sekali tu jelah saya jumpa, saudara jauh...tak kenal pun.

Nizam.Ariff said...

AKu pun ingat jugak sikit-sikit...
Huda... Hida.. err... rahman..

Rahman???





Hahaha

Brahim Nyior said...

Kak Hida,

Seorang guru Cina, convert Islam sebelum kahwin, rakan baik isteri saya.

Namanya Jasmin Ooi, nama sebelum Islam tak tahulah pulak. Tapi dia memang mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Suaminya, Abang Arif seorang yang baik.

Anak-anak mereka pun diberi pendidikan seimbang, tetapi diajar berbahasa Mandarin, supaya tahu jati diri asal ibunya.

Saya bangga jika ada lelaki Melayu Islam yang boleh bimbing wanita seperti ini.

Tahniah juga pada Paksu Baharin yang mengekalkan rumah tangga bersama Maksu Kathy..

cheryna zamrinor said...

membayangkan betapa cantiknye dia berbaju kurung...takde gambo ke kak?

* rasa insaf lak..sha yg lahir Islam pon tak macam dia:(

GPI said...

Salam..nak kacauganggu sikit..

Rahman @ Oman takde kaitan dgn nama anak2 ashley ni.. begitu juga dgn Budin..



1. Aisyah '91
2. Maryam '93
3. Husna '95
4. Zainab '97
5. Rahmah '99
6. Raudhah '01
7. Huda '03
8. Muhammad '06
9. Mawaddah '07


betul tak?

ASH said...

kakpah,
ye benar tu..bila jumpa maksu Kathy ni dapat renung diri sendiri.

KOG,
he he he
yang ko sebut tu mana dulu mana kemedian..

Insyirah,
saudara membawa erti yang besar..dekatkan mana yang jauh..mesrakan mana yang dekat!

ASH said...

Nizam,
anak lelaki aku sorang je..nama MUHAMMAD.
yang ko nak teka tu Rahman ke Rahmah?

ASH said...

Brahimnyok,
Ustaz Muhammad Farid Ravi antara Muslim Convert yang akak kagum. Bacaan al-qurannya mantop..rasa malu pada diri sendiri!!

cheryna,
waktu tu tengah menyembang nyembang...tak tersnap gambar.

GPI SKSV,
amboooiii..
ini nak menang teka kacang ke apa ni?
ha ha ha