Monday, September 28, 2009

Cerita tart nenas dan kuih bunga ros..

Add Image
Salam,

Gambar tart nenas tu aku ambik dari cik Google. Nampak macam sedapkan?
Tapi aku satu ketul tart pun tak telan lagi..he he he..
APASAL?
.
.
.
Aku sebenarnya bukan peminat kuih tart. Keh keh keh..jangan marah. Aku suka tengok orang makan. Aku tak berapa sangat. Perasaan aku biasa biasa je dengan tart nenas. Tak berkobar kobar pun.
Bila sembang pasal tart nenas, teringat dulu aku biasa menempahnya pada seseorang.
Bila aku tanya dia, berkobar kobar dia cakap yang dia dah buat bertahun tahun tart nenas nih.
Maka aku pun, dengan semangatnya menempahlah 100 biji.
CONFIDENT habis...
Suami aku pulak takut tak berapa cukup, suruh tambah 50 biji lagi. Jadi le 3 balang semua yang ditempah.
Fulamak..dua tiga hari nak raya sampai la tart nenas yang ditempah ni.
Bila malam aku buka la satu balang untuk merasa keenakan tart nenas yang kakak ni war war kan...
PEH tuuuuuuu...
.
.
.
.
.
.
terkulai harapan! Tak sedap le bebenor.
Inti sikit, tepung lebih....berdebu semacam je tart dia. Rasa macam sagon tawar yang nak expired.
Waktu raya, tengok tart tu orang cuit cuit jer..last last hampir dua balang BERKULAT begitu jer. Jemnya tak tahan lama. Aku jadi mimpi ngeri nak tempah tart dah. Jauh sekali nak menempah tart dari kakak tu lagi.
Sekarang ni aku hanya dapat tart ni dari mak mertua aku je. Dia pandai buat tart jadi aku tunggu dia bagi je laa..he he he.
Nak beli?
Tak rajinnnn dah.

Jika dibanding dengan tart, aku lebih suka kerepek kerepek. Kuih yang aku agak suka ialah yang masak guna acuan kat atas tu. Nostalgik betul tengok loyang ni. Orang panggil kuih bunga ros. Aku panggil kuih loyang atau kuih goyang sebab masa mak aku nak buatnya acuan tu kena goyang goyang dulu dalam minyak panas baru dia terkeluar!
he he he
Kuih ni jenis kerepek le juga cuma agak cantik.
Dulu zaman mak aku memasaknya, selalu dibuat lepas sahur.
Pepagi lagi...sebab waktu tu cuaca sejuk.
Nak menggoreng pun tak terasa bahang panas. Aku mesti menenggek nak sibuk sibuk menolong.

Yang bestnya ialah sewaktu mak rendam acuan yang bertangkai tu dalam kuali sebelum mencelup masuk ke dalam bancuannya. Kemudian dah lekat bancuhan kat acuan yang panas panas tu, masuk semula dalam kuali...
Time mak celup acuan panas dalam bancuhan itu, akan berbunyi CERREEEEESSSS...
tu yang aku suka dengar!
THRILL..ada excitement buat kuih ni.
Lepas tu mak guna lidi bersih untuk angkat kuih bunga yang dah garing dari minyak panas.

Selalunya zaman dulu, kalau nak menggoreng kuih kuih macam ni, guna dapur minyak tanah saja. Dapur cap KUPU KUPU tu yang ada tangki balang minyak kaca tu!..
ISH..tak tahu? Ni yang malas nak sembang cerita zaman dulu nih.
.
.
Bila gunakan dapur minyak ni kerja kerja penggorengan boleh dilakukan sambil duduk duduk atas lantai. Tak perlu nak lenguh berdiri. Itu kelebihan dapur minyak tanah ni.

Cuma kalau sumber pembakarannya iaitu minyak tanah ni habis. Maka habuan akulah nak kena mengisi minyak tanah dalam balang kaca tadi. Mak tak boleh campur tangan. Nanti kuih habis bau minyak tanah ( minyak gas).
.
.
.
sekian

15 comments:

Tijah said...

aku pun sker kepek2 & kacang2. biskut2 ni tak brapa sgt. tapi kalu ada tu aku belasah jugak kak. hehe

ASH said...

Tijah,
bila dah tinggai seredak tu, seronok juga kutip kutip kan?

he he

Cikgooden said...

salam..sila ke blog aku..utk kawad cam...

aza ni said...

kuih ros...kuih goyang...

ibundo said...

bulan lepas bila aku balik kampung, aku jumpa tuangan kuih goyang mak aku. Ada tiga. Aku bawak balik, ingat nak suruh siti buat masa bulan puasa haritu. hehe.. tapi tak buat pun.

Insyirah said...

Sama la, tak berapa suka tart nenas. Kerepek-kerepek mmg faveret.

cheryna zamrinor said...

tart nenas...kalau nak beli kena tau tuan yang buat, kalau tidak habislah kak...membazir je:(

sha pon suak kuih kerepek..kerepek bawang, rempeyek...


tp skang tgh berjinak2 dgn pie tie...nak kasi tetamu makan sayur plak:)

kucingorengemok said...

tat nenas tukar jadi tat cendawan... ok gak tu, perisa baru :)

Nik Ha said...

Tulah bahaya gak tempah menempah ni.saya pun dah kena.tester kemain sedap & besar, time yg betul2 kecit & takde rasa :( Tat lak dah jumpa yg sdp dgn member ofis ni (ikut citarasa sy lah :).mmg tak tempah lain dah. Kerepek mmg laku time raya tp biskut raya lagi laku kalau time nak habih tu..he..he..

Nizam.Ariff said...

Kuih ros tu...

Aku selalu tercelup sampai habis... bila nak tanggalkan dah tak boleh... hahaha

tasekM said...

kak, ko jgn sebut2 kuih tat ye... kuih tat adalah nyawa aku di hari raya. ha ha.

tapi aku sgt memilih tau. tat tak sedap aku tak kawan. ha ha.



.

ASH said...

Cikgooden,
confrim! hang memang masuk dalam clan itu. Muka hang ngan abang pupu satu acuan..berlain tang tone warna sikit.
he he he..masuk oven suhu 220 kut.

Azani,
bunga ros..suka makan kelopak luar dulu.

kakpah,
yang penting NIATnya dah adaaa..
ha ha ha

ASH said...

Insyirah,
kerepek gunting, kuih siput dan popia simpul...

Cheryna,
wah..pie.
kena belajar buat PASTRI tu!
teringat makan epal pie yang tersangat manis suatu ketika dulu.

KOG,
kut boleh dimakan best jugak..
tak pasal kena telan PILL Charcoal lagi!

ASH said...

NIk ha,
memang pun..kena confirm tuan, baru boleh tempah. macam akak, akak tempah kat kawan sekolah lama yang memang dok buat kuih FULL TIME. kerepek2 lak cleaner tempat ofis suami dok buat...
lelain boleh dapat dari MIL...
yang dapat dari HAMPER raya lak...ada yang okay, not so bad..dan ada yang macam TAK de jiwa jer..
.
.
.akak sendiri?...he he he
kek, cornflakes madu dan choccolate chip cookie tu boleh dibuat untuk mulut keluarga sendiri sahaja.

ASH said...

Nizam,
ko pun rajin gak bahagian celup mencelup nih?
tugas utama aku hanyalah bahagian mengutip kuih kuih yang dah cool down dan dimasukkan dalam bekas tin susu LACTOGEN!
......pasti tu tutup rapat rapat! tak boleh makan sampai dah raya!

TM,
kut ko dapat TART yang macam yang aku tempah dulu tu...
NANGES 3 hari 3 malam aku rasa...
ha ha ha.