Saturday, September 26, 2009

Berlibur seketika di BUKIT MERAH LAKE TOWN!


Raya kali ini aku berpeluang ke Bukit Merah Lake Town bersama sebahagian anak anak, anak buah dan adik adik.

Meriah BUKIT MERAH dengan kehadiran gerombolan kami 4 buah kereta.
Walaupun BUKIT MERAH LAKE TOWN ini terletak kira kira 7 km sahaja dari rumah bondaku tetapi aku hanya pernah singgah di sini untuk bermalam di apartmentnya sahaja.
Tidak pernah aku pergi ke bahagian Theme Parknya.
Ini adalah kali pertama aku masuk ke kawasan LIBANG LIBUNGnya..
ha ha ha

Apaaaaarahh kan??!!

Kedatangan aku tidak lain hanya untuk membawa anak anak dan mengambil gambar mereka.
Aku juga ke sini untuk melihat pemandangan indah di tepi tasiknya yang sejak dari DULUUUU lagi aku gemar melihatnya.


Okay, okay... jom cerita pasal budak budak bertuah ni..

Gambar atas tadi, mereka mula dengan naik BUMPER CAR!
Pastu pakat pakat naik CRAZY BUS!!
weng weng weng..

Yang kocik kocik kena naik TRAIN ngan elephant pusing dan kuda pusing..
ooooo ye..
gambar naik kuda pusing tak dapat tangkap sebab camera woman ni sedang bersedap sedapan makan laksa..
he he he
Seterusnya depa yang besag besag ni naik DRAGON BALL pulak..dragon BALL?? apa apa lahh
weng weng weng
kekonon nak rasa pening pening macam naik ROLLER COASTER laaa..
kui kui kui..
dragon tu tak le tinggi mana pun
ha ha ha
aku ada ambik BIDIO time diaorang naik DRAGON ni
balik tengok kat rumah
letih gelak!!
.
.
Mengakhiri semua ini pakat serbu cawan.
Orang lain tak payah naik.
Anak beranak kami je KONKER.
ngeh ngeh ngeh..

Aku tanya Mr saif, berapa duit dia terkopak..
Ya lah satu kepala 4 ringgit.
Naik apa pun 4 ringgit.
Bumper car, kuda, gajah, cawan, crazy bus, train, dragon...
.
.
Mr Saif kata...duit boleh cariii.
sekali sekala...
bukan tiap tiap hari budak budak ni nak berlibur pun..

Aku wonder berapa luit Budin terkopak dan berapa pulak duit Oman dikeluarkan..
.
.
TAK PAAAAAA
anak beranak, adik beradik punya pasai
.
.
he he he


see you again BUKIT MERAH!!
sekian

2 comments:

GPI said...

psst!
* baju ni ok sikit... tak gosok pun takpe..
*duit tkopak? semua amik dari tabungan duit raya mereka sendiri.. hahahaha.. (atas permintaan)

ASH said...

GPI SKSV,
ish ish ish..bila nak penuh tabungnyaaaaa...