Monday, August 31, 2009

Mati bila?

Salam,

Hari tu ada seorang Ustaz tanya dalam ceramahnya..

"Mati bila?"..dia tanya dua kali.
"Mati bila?"..lepas tu ada yang jawab Wallahualam..

Lepas tu dia jawab balik, "Mati tu bila bila masa...anytime, anyday, any moment..betul tak?"

"Betul...."

Sepanjang hidup aku, dah banyak juga orang yang rapat denganku meninggal.

Datuk belah mak meninggal waktu aku umur 5 tahun.
Datuk belah ayah meninggal waktu aku umur 8 tahun.
Abang pupu aku meninggal, dia umur 15 tahun dan aku pula berumur 10 tahun.
Nenek tiriku yang sedang sihat walafiat dengan tidak disangka sangka meninggal dalam bas ketika dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah sewaktu ingin mengerjakan haji. Waktu itu aku berumur 15 tahun.
Lepas tu dua bapa sedara aku meninggal dalam bulan yang sama dan tahun yang sama mengakibatkan abah aku sedih sebab itu adalah abang abangnya. Waktu tu aku berumur 19 tahun.
Pada umurku 20 tahun nenek sebelah ibu pula meninggal dilanggar lori pengangkut pasir.
.
.

.
Ada dua orang rakan KPP juga meninggal di Shah Alam..peristiwa yang sungguh menyayatkan hati kerana salah seorang itu adalah anak tunggal keluarga. Itu berlaku dalam tahun 1987.
.
.
Selepas berkahwin, setelah mempunyai dua anak, datuk suami pula meninggal.
Diikuti suami kakak tirinya yang meninggalkan sepuluh orang anak yatim! Meninggal akibat kemalangan dengan sebuah bas.
.
.
.
seterusnya ayah mertua tiriku..balik dari Mekah terlantar dua bulan sebelum menghembuskan nafas terakhir.
.
.
.
.
ayahanda tercinta..yang tidak perlu lagi aku menceritakannya.

.
.
dan..
Bila umur ini pula akan sampai limitnya?
Bila nyawa ini akan diambilNya semula?
Bila jasad ini akan beku tidak bermaya?
.
.
sebenarnya bila bila..
kerana dunia ini terlalu sementara.
Dan ianya bukan hak milik kekal.
Bukan hak kita walau secebis pun..

Merasa hidup masih lama lagi??
Jangan...
kerana mati tidak mengenal usia, warna kulit, pangkat, keturunan, bangsa, penyakit..

sekian

entry mengingati diri sendiri...dikongsi buat yang sudi..
.TOK TOK TOK!!
ketuk kepala sendiri..

The second lesson..( Kereta tak boleh start pulak!!)

Salam,

Jumaat lepas sebaik sahaja membaca permintaan LukmanW tentang peket duit raya maka aku pun melihat jam. Hah! Pukul 3 lebih, masih sempat untuk pergi ke pejabat pos dan menggunakan pos ekspress.

Tapi sebaik sahaja masuk dalam kereta dan menYETART injin...
Eeekk..tukk...tukk..
Eeekkk.. tuk tuk..
Macam bunyi batuk kuda yang tak lepas.

Hai yaa!!..ada ada saja kereta ni. Tak nak start pulak.

Hari Jumaat itu pula sudah berjanji dengan kak Aisyah untuk mengambilnya di perhentian R&R Serdang. Dia balik dari Melaka menaiki bas ke Pudu Raya tetapi akan turun di R&R Serdang. Cadangnya selesai ke pejabat pos, bolehlah terus ke R&R Serdang untuk menjemputnya. Tapi apabila kereta tak boleh dihidupkan, semuanya tergendala.

Aku cuba membunyikan hon..BONK BONK..masih berbunyi.
Cuba juga memasang radio. Okay tiada masalah..
Jadi mungkin bateri tidak ada masalah..SANGKA ku!!
Aku lantas menelefon suami.

"Abang, kereta tak nak start pulak dahhhhhh"bunyi orang terdesak..
(ha ha ha)

Almaklum..

"Kat mana sekarang?" tanya suami aku.

"Kat rumah lagi..ingat nak ke pejabat Pos nak hantar money packet tu kat Lukman. Kereta tak nak start pula" aku beritahu.

" Bateri kut.." kata suami. "Hon, lampu, radio okay?"

"Okay jer.."

"Takpa la..tunggu abang balik..hari ni abang balik awal sikit"

" Aisyah nak kena ambik kat R&R Serdang..Jangan lupa"

"Tak pa..takpa..nanti abang call dia! Kalau abang lambat pun suruh dia tunggu jer kat situ"

Sewaktu keretaku yang sebelum ini tidak dapat dihidupkan, segala galanya tidak berbunyi. Hon tidak berbunyi. Radio tidak berbunyi. Lampu pun tidak menyala. KONG HABIS bateri keretaku.
Kejadian itu berlaku di hadapan sebuah kedai runcit. Sewaktu itu aku baru sahaja selesai membeli barang keperluan. Mujur tuan punya kedai tu baik juga dengan aku dan suaminya tolong menghantar aku balik ke rumah. Kereta aku pula tersadai di hadapan kedainya sehingga aku dapat mencari kawan yang LOMPAT HIDUPkan ( Jump Start) kereta aku. Kemudian aku ke kedai bateri kereta dan menggantikannya terus. Waktu tu pun bateri itu dah dua tahun lebih digunapakai.
.
.
.
.
Malam itu suami check kereta tapi oleh kerana sibuk dengan berbuka dan berterawikh maka urusan kereta aku tidak selesai.

Hari Sabtu, suamiku ada urusan di 'sekolah' barunya sedangkan aku perlukan kereta untuk ke sana ke mari membeli barangan dan keperluan. Suami menyuruh aku menghantarnya ke LRT Sungai Besi dan aku boleh menggunakan keretanya. Tapi urusan kereta aku masih juga tidak selesai.

Pagi Ahad, hasrat aku untuk ke surau Annur terpaksa dibatalkan. Suami ke AAM Sri Kembangan untuk mengupdatekan keahliannya. Tidak diperbaharui. Dah EXPIRED!! Selesai itu baru AAM datang ke rumah dan memeriksa bateri.
Ya..MEMANG bateri itu telah EXHAUSTED!
Sungguhpun radio, hon berbunyi tetapi power bateri itu tidak cukup untuk menghidupkan injin.

Hahhh...gitu rupanya!! Mana le aku tahu. Aku ingat kut kalau hon atau radio berbunyi bateri masih okay. Jangka hayat bateri pun sudah hampir dua tahun..
Ya..memang perlu ditukar nampaknya.

Sebaik bateri ditukar...TARAAAA..enjin dapat dihidupkan dengan baik sekali.
Alhamdulillah...aku dapat pengajaran yang baru.

Ingat:-
1) Jangka hayat bateri kereta sekitar dua tahun.
2) Walaupun hon masih berbunyi, adakalanya power bateri tidak cukup untuk menghidupkan injin.
.
.
.
lain lain pengetahuan??? Masih banyak yang perlu diketahui.

Wah..Budin kahwin 31 OGOS LA!!

Salam,

Hi Budin..
masih kah kau ingat, kau berlari lari anak..
mendahului pengiring untuk berakad nikah..

dan aku keras perut gelak tengok pengantin tak sabor..

masihkah kau ingat bila pengiring mu tersesat di dalam Masjid Biru Shah Alam itu?
dan kau telah sampai dulu bersila di depan bakal BAPA MERTUAmu..

masihkah kau ingat betapa itu sungguh melucukan..
maksu, kak Mimah dan aku memerhati telatahmu, BUDIN..

dan..
aku dengan perut boyot mengandung 8 bulan..
bergegar gegar menahan ketawa..

SHHHHHH....
HARI INI DALAM SEJARAH...
( actually Budin nikah malam 30 ogos ..tapi sebab dah dekat 31 kira sambut MENDEKA MENDEKA MENDEKA laaaaa..betui dak Budin?)
31 tu kenduri kan...

ke kamu nikah 31, kenduri 1 hb sept..

wei..mana le aku ingat..bukan aku yang kahwin!!
ha ha ha

anyway, sebenornya Taknin nak ucapkan hepi anibeseri yang ke 8!
......yang tu aku ingat sebab Raudhah lahir tahun tu.

sekian

Sunday, August 30, 2009

Nah!!..ambik..

Salam,
Hangpa tau dak awat aku sedih sangat kelmarin? sebab aku lePUKKKKK anak Jantan aku yang seorang nih agak kuat la juga!!
.....musabbab....
.
.
dia meragas PETI AIS!!
jatuh satu rak PETI AIS..

Dia nak ambik kakak dia punya dadih. Yang dia punya portion dah habis..
Kakak taruh untuk makan lepas TARAWIKH..
Sekali dia mengamuk ngamuk..panjat peti ais...
.
.
.
BROOOONNGGGKKK!!
Luruh segala dadih dadih yang kakak kakak punya.
Botol mayonis pecah, botol ubat dalam tupperware pun terbongkang habis..
susu tercurah atas lantai..

Aku punya GERAMMM..
Dok buat perangai habih semalam.
Aku lepuk, abah dia pun marah kat dia..
Dia merajuk sampai terlena dalam tangisan. Pastu aku gak yang rasa sedih...

Sedih aku bercampug campug ngan geram dan letih sebab aku dah nak tidog...terpaksa MOP lantai berkali kali.
Lantai melekit lekit ngan DADIH, susu, mayonis...
Mujur rak peti ais yang dari kaca tu tak pecah..
Nyaris nyaris juga la..

Gitu lah..walaupun ada jantan sorang, macam macam la Muhammad nih...

pssstt..tapi ummi dia sempat gak la ambik gambar.
he he he.

sekian

SAMOSA Sempoiiiii...

Salam,

Baru lah boleh nak sembang pasal masakan semalam.
Lepas Isya' dok berkejar kejaran dengan Muhammad.
He was so active and didn't want to go to bed.
KELEPUK!!
hah..
Baru tidor..
.
.
.
Alhamdulillah... this morning we have our sahoor on time.
.
Below is the picture of SAMOSAs..
Named SAMOSA SEMPOi because all I need to do was menggorengkannya sahaja.
They were made by makcik aged 70 something.
The filling was MARVELOUS!!AWESOME!!
Sedaaapp..
Yang buatnya adalah mak kepada one of staff kat ofis suami.
Mak staff ni dok kat rumah tak buat apa apa jadi every thursday her daughter will take orders from anyone who wants the dish.
.
.
Rasa nak pergi nuntut jer cara buat dan LIPAT LIPAT samosa tu..
I still have no idea how to make them TRIANGLE.
.
.
Anyone knows how?

Before Isya' time, I pulun this Nasi AYAM EVANSVILLE
HA HA HA
.
.
Sempena pembelajaran buat Nasi Ayam aku ni di sana.
Jauhnya menuntut ILMU buat Nasi Ayam.
sampai ke Indiana,USA...
Sebenarnya aku belajar buat Nasi Ayam ni dengan kawan aku.
Masa aku travel ke tempat dia.
I give the credit to my beloved friend, Ciklia..
Thank you for perturunkan this ILMU.
May Allah bagi pahala kat ko setiap kali aku masak ni untuk family aku.
.
.
The picture below is KUIH SERI MUKA in the making..
Kuih ni aku belajar dari Tok Manis (tok mertua aku)
Belajar dengan orang tua tua ni tak de spesifik resepi.
Dia main tambah tambah je..sebab tu aku kena tengok texture bancuhan dan sebagainya.
Kena duduk dan perhati step by step..
.
.
Bila dah belajar cam gitu..
ada kalanya jadi, adakalanya tak berapa..
he he he he
.
.
tapi semalam kira okay la..

sebabnya.....tengok gambar lah!
Dah habis yang potong, demer kauk dengan sudu jer..
.
IKUT SUKA HATI lah..
JANJI BASUH BEKAS TUUUUUUU!!!
sekian


Saturday, August 29, 2009

Peket duit raya..

Salam,
Agak agak boleh teka tak apa menda kat atas tu?
.
.
.
Setiap tahun cik abang aku jadi supplier menda ni untuk
ahli keluarga terdekat yang memerlukannya.
Tetapi setakat peket jer la..
.
.
.
Isi dalamnya NOT INCLUDED..
he he he
.
Kelmarin Wlukman ada request..
Tapi sehingga semalam dan pagi tadi, yang tahun ni punya tak dapat kat tangan aku lagi..
Sebenarnya dah ada di ofis suami..
Cuma suami aku punya la sibuk, peket yang tahun ni punya dia tak bawa balik lagi.
.
.
DOK TERSADAI dalam laci.
.
.
Yang tahun lepas masih ada banyak lagi kat rumah.
Tahun lepas, aku rasa peket yang suami aku dapat seganda lagi dari yang ditunjukkan.
.
.
.
kalau le peket tu datang ngan isi sekali...
kan MUDAH kerojerr..
he he he he
.
.
.
so pagi tadi aku dah kirim pada Wlukman ngan pos express.
entah bila sampai aku tak tau la..
hopefully sampai la..
.
.
.
Err ada sesiapa nak?
he he he...
Kalau ngan isinya sekali, sila datang rumah bawa KANAK KANAK!
.
.
<<<<>>>>
.
.
sekian

Bila terkenangkan abah..

Salam,

Bila aku teringatkan Abah, aku suka tengok gambar ni..
Gambar Abah pegang tangan mak potong kek.
Hari raya tahun 2004 dulu jatuh lebih kurang sama dengan birthday mak 19/11
Gambar ini juga adalah antara gambar gambar terakhir Abah dapat berdiri di atas dua kakinya. Seronok tengok Abah dan Mak di kelilingi cucu cucu..
Si Budin, adik aku juga sibuk sibuk nak masukkan anak keduanya dalam gambar..
Ada unsur lucu..
.
.
Kak Cik pun bagi alasan...
Kekonon dukung budak Sobihah!
.
.
ha ha ha..
.
.
Orang nak tangkap gambar TOKWAN DAN OPAH bersama cucu cucu..
demer berdua pula INTERFRAME!!
.
.
Tahun berikutnya hari raya sungguh muram.
Kaki Abah dah kena potong waktu bulan Ramadhan..
First hari rayanya pula Abah pengsan subuh subuh hari..
.
.
.
semua lepak kat hospital..
hmmmmmm...Tak akan aku lupa saat itu.
Dah...

sekian.

Surat siber untuk my sweet smiling Sue.


Assalamualaikum,
Dearest Sue,
How are you today?
Hida harap Sue berada di dalam keredhaan Allah sepanjang bulan Ramadhan ini.
Hida tahu Sue mungkin tidak dapat bergerak sepertimana kami yang sihat ini.
Hida juga tahu Sue sudah kurang daya upaya.
Tapi Sue..itu adalah satu anugerah dari Yang Maha Berkuasa.
Sue tidak perlu bersusah payah lagi memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk hari ini..
Sue,
Pastinya Sue tidak seperti orang lain. Anggapkan ianya juga sebagai Rahmah dari Allah kerana memberi kerehatan buat Sue.
Sue sahabatku,
Isikan kerehatan ini dengan mengingatiNya. Sue adalah insan terpilih oleh Allah kerana diberi kerehatan.
Sue tidak seperti kami..Yang terpaksa berkejar kejar ke sana ke mari dalam sibuk duniawi ini.
Betapa untungnya Sue..
Biarpun Sue merasa lemah dengan kehilangan daya upaya itu tapi di situ ada kasih dan sayangnya Allah kepada Sue..
Sue..
Inilah sahaja surat dari Hida untuk Sue..
Biarpun di sebalik kekurangan Sue itu namun Sue mampu tersenyum..
Senyuman yang akan sentiasa bersemadi di hati ini.
Moga Sue sentiasa redha dengan kurniaan Allah ...
Ingat Sue..
Sue insan TERPILIH.
wassalam.

Ya Khaliq..Engkau Maha Mendengar..Engkau Maha Melihat..Engkau Maha Mengetahui

Salam,
Dengan nama Tuhanku Ya Allah serta
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah. SAW.

Hatiku berdebar dan bergetar..
Bila mendapat tahu berita ini..
Mungkin ianya berita gembira..
tetapi satu amanah baru.
Yang Hanya engkau sahaja yang tahu ya Allah..
Betapa besarnya amanah ini..

Buat kami sekeluarga..
Buat aku siisteri..
Terlalu kerdil untuk memikulnya

Ya Khaliq, Ya Aziz, Ya Jabbar..
Tuhan yang Memegang segala Pemerintahan..
Tuhan Yang Maha Kuasa menjadikan sesuatu.

Engkau permudahkanlah liku perjalanan ini
Dan jangan Engkau beratkan ia..

Wahai Tuhanku..
Kasihanilah dia..sisuami yang bakal memikul amanah itu.
Engkau berikanlah dia kejayaan..
Bukan sahaja di dunia..bahkan jua di akhirat..dan lebih lebih lagi di akhirat..

Ya Rabbi ..Tuhan yang mendengar bisik hatiku
Kau peliharalah dia..dan lindungilah dia dari kejahatan yang kelihatan mahupun tidak..

Ya Rahman..Tuhan yang Maha Pengasih
Ya Karim..Tuhan yang Maha Mulia
Ya Zal Jalali wal Ikram..
Berikanlah kekuatan kepada kami untuk menempuhinya..
Berikanlah kejayaan kepada seluruh anggota keluarga ini..

Tolong lah ya Rahman..
Tolong lah ya Rahim..
Hanya kepadamu tempat kami semua meminta pertolongan..
Dan jadikanlah kami tergolong dalam hamba hambamu yang bersyukur..
amin ya Rahim
amin Ya Rahman..
amin Ya Rabbal alamin
.
.
.
................................

Friday, August 28, 2009

Tolong doakan ..

Salam,

Kelmarin suamiku bawa balik brochure dan document yang telah diberikan kepadanya oleh human resource.
Surat offer untuk belajar selama setahun akan datang.
.
.
.
Sebenarnya ini adalah amanah. Amanah baru yang akan dipikul suami.
Risau juga aku ni....dah 20 tahun meninggalkan alam "persekolahan"..tup tup ofis suruh sambung belajar.
20 tahun!!
Lama tu tau!
Husband aku tamat first degree tahun 1989.
Dulu aku pernah suruh dia sambung tapi dia tak nak..
Dia nak kerja sebab ada datuk ngan nenek yang perlukan ditanggung.
Kemudian selepas itu setiap dua tahun kami dapat anak...hmmmm..
Ini satu peluang dari ofisnya.
Peluang yang tak semua orang dapat.
Tetapi peluang ini juga satu amanah berat yang perlu dipikulnya.
Jadi suami ajak aku doa..ajak anak anak juga mendoakannya..
agar peluang ini tidak dipersia siakan...
Dan aku harap kawan kawan di luar sana turut mendoakannya.
Agar kejayaan dapat dicapainya..InsyaAllah..
.
.
.
.
Dan mulai minggu hadapan, suami aku tidak akan ke ofis lagi.
Dia akan mula ke sekolah semula...InsyaAllah.
.
.
sekian

Hai yaa..not everyday I cook currypuff!

Salam,

Below was the dish I TRIED to cook yesterday.
They were Currypuff!!
It was not the usual 'karipap goreng'
but I 'bakor' them instead...
Look perfectly normal, right?!!
wah...the fillings looks perfect.
the pastry making was okay too..
But the TASTE...ALAMAK!!
terlebih salty LAAAA..
Ai..yyooooooo

well..
not everyday I cook the currypuff you know!

Because of the saltiness, my currypuff 'KURENG laku' yesterday.
There are 4 more 'TERABAI' still lying on the plate...

hu wa huwa huwa..

LETIH OOO nak BUATNYERR..

sekian


Thursday, August 27, 2009

Telekung..

Salam,
Cam comel jer budak kat bawah ni kan? ha ha
Ish..ngikut muka sapa le gamaknya tu..he he he
.
.
.
.
Budak ni semenjak dua menjak Ramadhan dah mula rajin sikit nak solat lima waktu.
Kalau tidak, nak solat satu waktu pun payah..
.
.
Jadi oleh kerana dah mula menunjukkan minat nak solat ni maka abahnya pun suruh lah uminya membelikan kain telekung comel untuk kanak kanak ini.
.
.
Umminya pun apa lagi ambil peluang merayap ke WARTA..
( bak kata kakpah..mana lagi nak shopping kat BANGI nih..ha ha ha..)
.
.
Dapatlah satu kain telekung..RM30 hengget.
okay la tu..
siap berbeg...jadi laaa..
Untung budak sekarang..Zaman aku telekung comel comel cam gitu mana ada..Jadi ada la alasan aku untuk tak solat..ngeh ngeh ngeh..
Kut nak solat pun mak aku suruh pakai telekung cam kat bawah ni!!

1.Ambik kain batik mak...ikat kat belakang kepala cam yang ditunjukkan!

2) pastu tarik bahagian bawah kaki kain dan serkup masuk kepala..
hmmmmm dah ghopa orang Afghanistan pun ada..


3) pastu....AUUUUMM..CHAK!..
Kut nak buat NINJA turtle pun boleh..
kasi nampak MATA SAJA!

Ni la ghuper telekung masa aku berlatih solat kocik kocik dulu..
.
.
.
.
werena wereni gituuuu...
he he he he..

sekian.





Jamukan mereka waktu berbuka puasa..

Salam,

Aku sebenarnya tak da lah rajin sangat dalam arena masak memasak ni. Kalau hari hari lain memang aku lebih banyak membeli daripada membuat sendiri...terutamanya di waktu tengahari kerana faktor masa dan anak anakku nak ke sekolah dan balik dari sekolah.....takut kelaparan!

Tetapi dalam bulan Ramadhan, aku memang serta merta jadi rajin..ha ha ha..(diperakui oleh suami dan anak anak jua)

Ada beberapa faktor yang mendorong kerajinan aku untuk ke dapur.

1) Faktor perut lapar : rupa rupanya berlapar ni membuatkan fikiran kita lebih tajam. Kita jadi ringan tulang. Idea lebih banyak sewaktu begini especially dalam memikirkan resepi resepi ..he he he ( ni bagi orang DAPUR la kan...)

2)Faktor masa : sewaktu Ramadhan aku boleh concentrate nak masak dalam satu masa sahaja. Tak perlu nak masak sarapan, tengahari, petang dan malam!!...Tu yang membuat aku jadi LEGA tu..Aku hanya perlu masuk dapur waktu pukul 3 petang dan tumpukan untuk masak waktu berbuka..Makan sahoor?? Ala kadar..Nasi besar separuh tapak tangan dan telur goreng mata kerbau pun adakalanya dah mencukupi!!

3)Faktor pahala ; ganjaran kepada mereka yang memberi makan orang yang berpuasa adalah berganda..itu untungnya jadi tukang masak bagi orang yang berbuka puasa. Di rumah aku ada 8 orang yang berpuasa..takkan aku nak bagi YUSOF TAIYOOB je pahalanya kerana KURMA nya itu adalah jamahan pertama seluruh anggota keluargaku.
Di mana SYER aku? Aiseh man...sikit punya ramai anggota keluarga yang berbuka ini takkan aku nak bagi kat MAKCIK/ADIK MOLEK/ABANG Roti JOHN pahala pahala itu...
ho ho ho..
aku kena TAMAK bab bab ni kan??
Rebut peluang ketika MASIH ADA!!
Mana tahu..kut kut Ramadhan akan datang aku tak mampu lagi nak hidangkan juadah untuk keluarga..
entah ada entah tidakkkkkkk....
ohhhh...

ada BETUIII ka???

sekian

Wednesday, August 26, 2009

KOpiah??

Salam,

"Heiii korang...Ummi buat KOPIAH la.." kata anak lelakiku yang seorang itu.

"KOPIAH?!!"

"KAH! KAH! KAH!"

Berderai kakak kakak mengetawakannya..

"POPIAH la Muhammad.." Semalam aku berjaya menyiapkan lebih kurang 25 biji popiah goreng untuk dinikmati oleh ahli keluargaku yang sepuluh orang ini...( 10? sebab kak Aisyah tak da..masih di KMM).

Ada sesiapa yang nak mengetahui cara membuatnya?
Jemput...

Bahan inti
1) 10 ekor udang basah (sederhana besar)
2) 2 sudu besar udang kering
3) 1 biji bawang besar
4) 2 ulas bawang putih
5) sebiji cili merah
Semua bahan di atas dilumatkan..( kisar atau tumbuk/giling)
Kemudian bahan bahan ini di masak sebentar dalam kuali.
Tambahkan 2 biji telur yang dikocak terlebih dahulu.
Masukkan sedikit garam dan lada sulah.
Angkat dan sejukkan sebentar.
Hiris lobak merah halus halus memanjang dan campurkan bersama inti setelah ianya sejuk.
Ambil kulit popia.
Masukkan inti, taugeh dan sos.
Gulung popia..
Goreng dan toskan.
Sos popia yang dimasukkan bersama inti sebelum digulung ini dibuat daripada
campuran sos rojak ( yang pekat dan berkacang itu) + sos tomato.
Bagaimana?
Mudahkan...
Cubalah!!
sekian.

Malam yang diintai intai..

Salam,

Masa aku kecik kecik dulu, Ustazah Umi selalu cakap pasal malam Lailatu Qadar. Bukan Ustazah Umi saja yang cakap tapi abah pun selalu. Bukan abah saja tapi Ustaz Zainal juga. Bahkan semua orang. Kak Yan, Yong, Mak..dan kawan kawan sedarjah dengan aku.

"Kalau ada ayam berkokok bersahut sahutan waktu malam, mungkin itu menunjukkan tanda malaikat banyak..." kata kawan aku, Sarinah sewaktu geng kami sembang sembang pasal malam Lailatul Qadar. Kami sembang waktu rehat sambil main batu seremban. Bulan puasa mana ada makan jadi kami main batu seremban masa ni.

"Ye ke?" tanya aku kepastian.

"Malam lailatul qadar ni, kalau dapat, dia nampak pokok pokok semua jadi bengkok...sebab depa sujud" sambut Ani pula.

"Siapa yang dapat tengok" tanya aku.

"Sapa sapa la..."

"Lepas tu pulak air sungai pun boleh beku tau..sebab sejukkkkkk sangat..jadi ais" sambut seorang lagi kawan aku.

Lepas tu bila balik rumah,waktu malam sebelum tidur, kadang kadang aku buka tingkap sebab nak tengok kut kut nampak pokok jadi bengkok sampai mencecah bumi.

"Apa dibuat buka tingkap tu! Nyamuk masuk...." marah mak sedara aku.

"Aaahhh..orang nak tengok malam lailatul qadar la!"
.
.
.
.
.
.
Tapi ada satu malam tu memang ayam ayam jantan yang aku bela bersahut sahutan dengan ayam Pak Awang jiranku. Bila aku dengar tu aku rasa lain macam jer..
Seram sejuk...

Hatiku berdetik, "Mungkinkah malam ini adalah malam yang disebut sebut tu"

Aku tengok jam pukul 2 pagi...nak bangun tengok luar?
........brrrrrrr.........
.
.
Aku jadi takut.


Takut kalau kalau bila aku buka tingkap, aku akan nampak ramai 'malaikat' berjalan jalan di luar sana...
Aku tarik selimut...sambil telinga aku terus menerus mendengar kokokan ayam jantan bersahut sahutan sepanjang malam itu....
.
.
.
Apa mungkinkah.....??

sekian




Tuesday, August 25, 2009

Kisah..

Salam,

Ye..kita memang mewah dengan makanan kan?
Setiap hari ada berbagai menu yang menerjah di kepala.
Dan berbagai menu juga yang dapat kita masak.
Alhamdulillah..Syukur..dengan segala nikmat yang Allah kurniakan.
.
.
.
walaupun kat US dulu dulu pernah bersahur ngan roti dan ikan bilis goreng sebab tak de menda lain yang ada untuk dimakan..;-)
.
.
.
walaupun ada di antara kita yang biasa makan nasi berkuahkan kuah maggi!!
LAGI kesian..
.
.
.
.
atau
ada yang makan cucur bawang!
Ingredientnya hanya TEPUNG,AIR,GARAM ,BAWANG!
.
.
.
itu lumrah sebenarnya...kerana sebelum datang senang pasti akan merasa susah dahulu.
Kalau sedang senang, ingat ingat pula semasa susah dahulu..
smile...
.
.
.
Ingatlah jua kisah tentang sahurnya Rasulullah SAW bersama isterinya Sy. Aisyah.

Pada suatu hari di rumah Rasulullah, beliau ingin bersahur tetapi hanya ada sebiji kurma dan air sejuk sahaja. Mula mula Rasulullah membelah nya kepada dua kerana akan berkongsi dengan Sy Aisyah. Tiba tiba, Sy Aisyah meminta lagi kerana beliau masih lapar. Maka Rasullah memberi 1/4 lagi. Kemudia Sy aisyah meminta lagi maka Rasulullah memberinya semua.
Dan Rasulullah hanya mengkudip biji kurma dan meneguk air sejuk untuk sahur pada hari itu.
Sewaktu berbuka pula baginda berbuka dengan air sejuk.
Keadaan ini berterusan sehingga hari ketiga...
maka selepas bersolat, baginda mengadu lapar....
TERUS terkejut para malaikat dan serta merta Jibrail datang menemui baginda...
.
.
cerita seterusnya dah tak ingat...tapi cerita ini pernah disampaikan oleh Us Harun Din dalam kuliyyah untuk kaum Hawa di Surau Annur pada suatu Ramadhan...

Moral of the story :
Betapa susah payahnya Rasulullah untuk kesenangan umatnya di kemudian hari. Maka bersyukurlah....
Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah...

sekian

Err..aku bagi idea tentang minuman juga..

Salam,
Atas komen rakan seperjuangan yang sedang bertarung di luar sana,
Saudara Azani ,
tentang buka blog gambar makan, buka blog gambar makan...
maka hari ni aku letak gambar minuman juga...
Sirap buah buahan campuran..
selain gambar makanan of coz...
.
.
.
.
.
Bihun goreng..BER UDANG!!

tapi sesiapa yang nak belajar buat bengkang roti atau sesetengah dari kita panggil puding roti..
sonang jer..

Here is the BREAD PUDDING in the making
1) Beat 2/3 eggs
2) Pour one cup of sugar plus one and 1/2 cup of fresh milk. Mix together.
3) Add small pieces of white bread (about 5 slices) and sprinkle cinnamon powder too.Mix well..
4) Grease the baking pan
5)Pour in the mixture in the baking pan. Bake in the oven for 40 minutes in 200 degree C
6) Cool the bread pudding before slicing it.
Hmmm..subhanallah!!
you can pour in some condensed milk before eating it..

Have fun!!

sekian

Suatu masa dulu..

Salam,

Satu semester sebelum berkahwin dalam tahun 1989, aku tinggal di apartment untuk pelajar kelamin / pelajar MASTERS. Aku dapat 'menyelit' masuk tinggal di sana atas kesukaran aku untuk mendapatkan rumah sewa di luar kampus. Dengan pertolongan sebuah keluarga Iran, aku dapat menggunakan nama seorang pelajar Masters yang juga tinggal satu floor denganku. Pelajar lelaki ini tinggal bersama sama seorang rakannya yang lain.

Oleh kerana aku tidak mampu untuk membayar sewa sebuah studio apartment ini iaitu kira kira USD375 sebulan maka aku pun membuat iklan untuk mencari rakan sebilik. Rakan yang aku inginkan sebenarnya ialah seorang muslim juga tetapi begitu malang sekali kerana sukar untuk mendapatkannya. Jadi mahu tidak mahu aku terpaksa mengiklankan kepada pelajar pelajar yang datang dari Asia kerana dengan pelajar dari Asia mungkin lebih mudah bagi aku berinteraksi.

Maka akhirnya dapatlah aku seorang rakan yang sudi menjadi teman sebilik yang datang dari negara China. Danping Yang adalah namanya. Seorang pelajar Masters dalam jurusan Matematik. Beliau baru sahaja mendaftar di 'sekolah' kami dan itu merupakan semester pertamanya di Chicago. Sebelumnya beliau menumpang sementara di rumah seorang rakan lain. Beliau pun sekira kiranya sedang mencari bilik untuk disewanya juga.

Oleh kerana apartment itu disewa melalui seorang rakan lain, aku terpaksa memberitahunya syarat syarat untuk tinggal bersama. Aku nyatakan bahawasanya segala makanan mentah berupa daging/ayam yang hendak diletakkan di dalam peti sejuk mestilah mendapat APPROVAL dari aku ( cam samseng jer..punya strict!!) Kalau dia hendak beli ayam, daging, sosej dan sebagainya aku akan belikannya di kedai Islam. So dia akan makan daging, ayam yang halal seperti mana aku juga...he he he...

Bukan yang dibeli di merata rata supermarket. AKU PESEN TAK MAKAN AYAM DI SUPERMARKET. Setengah pelajar Malaysia makan sebab DEPA KATA..orang KRISTIAN punya AYAM/DAGING orait dimakan..Aku agak sangsi... lagipun di Chicago mudah untuk mendapat ayam dan daging halal..jadi NO EXCUSE for me!

Oleh kerana Danping Yang ini adalah seorang pelajar China yang baik budi bekertinya jadi dia cuba untuk menjadi rakan sebilik yang memahami aku. Baguskan dia ni!!
Setiap waktu solat, aku beritahunya yang aku kena solat dan akan memakai telekung berwarna putih...jadi aku harap dia tidak terkejut bila bangun dan tengok ada orang BERTELEKUNG PUTIH pepagi BUTA!!
Mula mula tu, dia macam takut takut juga....
Ya lah..kan..aku pun faham gak.
Sure dia ingat aku ni dok PUJA apa ke!
Lama lama dia dah tak kisah.

Bila aku tanya dia berugama apa, dia kata dia tidak beragama.
Mula mula, aku ingat kut dia beragama BUDDHA tetapi dia kata di China (sewaktu kecil) mereka diSUMBATkan dengan kefahaman MAO TZE TUNG..dan digalakkan untuk tidak menganut mana mana agama. Cuma bagi dirinya, jauh di sudut hati, dia merasakan ada satu KUASA OUT THERE yang sentiasa memerhati segala gerak dan tingkah lakunya...sebab tu dia ni jadi baik gitu!

.......Oh...bagi aku....dia percaya adanya Tuhan tapi mungkin dia tak meng akui lagi bahawa Allah itu Tuhannya.

Pengalaman tinggal bersama dengan seorang yang 'tidak beragama' ini memang menarik juga kerana Danping Yang yang suka bertanya itu dan ini membuatkan aku berfikir kejadian diri kita dan tujuan kita untuk hidup di atas muka bumi ini.

....jadi fikir fikirkanlah.

sekian

Jarang sahoor..

Salam,

Sewaktu aku remaja dan juga sebelum berkahwin jarang aku rajin untuk bangun dan bersahoor sewaktu Ramadhan terutamanya di sekolah menengah. Berpuasa ( atau juga tak puasa ) di sekolah agak menyiksakan kerana agak sukar sekali bagiku untuk bangun sahoor. Sahoor di sekolah agak awal kerana kami ada waktu supper sekitar jam sepuluh. Pakcik dan makcik dewan makan akan masak untuk sahoor selepas waktu itu. Sekitar jam 3.30 am - 4.00 am loceng di Dewan Makan sudah bingit memanggil manggil pelajar untuk turun ke dewan makan.
Selalunya di sekolah, aku tidur sekitar jam 1.oo atau terlajak hingga ke pukul 2.00 untuk study. Dan kalau aku dapat bangun jam 3.00 atau 4.00 pagi maka itu bermakna aku hanya tidur sekitar 1 atau 2 jam sahaja...ohhh itu satu keMUNGKINan yang amat luar biasa!!

Bangun untuk sahoor di sekolah juga amat DRAAAAGG sekali. Kalau pelajar lelaki boleh selamba sahaja untuk pergi ke dewan makan dengan memakai kain pelekat atau baju pijama mereka..atau apa apa sahaja yang mereka pakai sewaktu tidur..( TAK SENONOH kan?)
Tetapi bagi pelajar perempuan, mereka MESTI berbaju kurung untuk ke dewan makan.

Sewaktu hari biasa (luar dari waktu sahoor) pelajar perempuan DIWAJIBKAN memakai baju kurung SEKOLAH sebaik sahaja keluar dari pintu pagar asrama tetapi diwaktu sahoor, kami dibenarkan memakai BAJU KURUNG MUNGER MUNGER!
Alahai..nak memakai baju kurung MUNGER MUNGER lak time sahoor itu amatlah MALAS sekali. Kalau boleh pi dewan makan pakai kain batik, kan ke mudah? he he he..

Pulak tu sewaktu sahoor, makanan di dewan makan adalah TERSANGAT tidak menaikkan selera sekali. Budget dapat KUAH PETROL ngan IKAN TERMENUNG KORAIH jer..Mana tak termenung tepi tray tu. Kalau dah bersusah payah bangun pukul 3.30 pagi, pakai baju kurung MUNGER MUNGER lak tu ( melaram pepagi BUTA) tup tup dapat makan nasi berkuah petrol dan bertemenung koraih jer...alahai..memanglah tidak berselera langsung! Tu tidak termasuk sayur sawi yang digoreng lebam atau sayur kobis yang TAWAU!!
Bila mengenangkan makanan yang dihidang sewaktu sahoor inilah maka aku lebih rela untuk menyambung tidurku dan mengeroh sampai ke subuh....he he he

sekian

Monday, August 24, 2009

Apa yang mereka sedang buat tu?

Salam,

Sedar dari mimpi pagi tadi, aku lantas mandi dan bersiap siap untuk ke sekolah. Kalau berlama lamaan di rumah pun nanti LOLAP juga lagi. Jadi untuk tidak terus TIDURRRRRR maka aku berazam untuk membuat sesuatu yang lebih bermenafaat. Yang lebih bermakna dan terisi!

Jadi aku bawa netbook aku dan projector aku nih bersama sama..

Jeng jeng jeng..

Sebenarnya dalam fikiran aku, ada kerja yang mesti diselesaikan dalam cuti sekolah ini.
APA DIA?
Persediaan untuk Hari Graduasi AULAD nanti.

Bagi Aulad Perdana, kami akan mempersembahkan sebuah Nasyid bertajuk "ANIMALS".
Dalam nasyid kami itu terdapat 12 binatang yang akan berbunyi bunyi..
he he he..
Untuk membuat costume, adalah rumit dan menelan belanja yang agak besar jadi aku cadangkan supaya 12 binatng ini dilukis sahaja gambarnya di atas manila kad.
.
.
.
tut..tut..tut..
alahai..sms dari tepun pulak bunyi...
errrr..
sms dari BANK ISLAM...
GAJI DAH MASUK...
yipeee..hei katalah Alhamdulillah!!
ni selingan sahaja ye..sekadar GANGGUAN dalam penulisan ini.
.
.
where are we?
.
.
Cadangan aku ialah gambar 12 binatang ini dilukis besar besar di atas Manila kad dan akan digantung di leher 12 anak anak Aulad sewaktu mereka bernasyid nanti.

12 GAMBAR BINATANG?
Banyak tu..
siapa yang nak lukis lawa lawa dan cantik cantik?
.
.
.
Kut tak lawa nanti?
Kut harimau rupa cam gajah..
Tikus macam lembu lak nanti?
hah..siapa yang susah..

Jadi perkara yang sebegini ..jangan pening pening.
Komputer ada, projector ada.
Gambar gambar tu dalam thumbdrive jer.
Kalau tak ada, cari dalam internet. Apa nak susah kan?


So di bawah ini adalah caranya..
Cikgu berdua ini sedang trace gambar seekor kambing BESAR yang
diPROJECTkan ke atas sebuah manila kad!!
amacam??
mudah tak keghojer..

Selesai cikgu cikgu men 'trace' lima ekor binatang,
kita kasi can anak anak daycare untuk belajar ABC sekejapppp..
kasi mereka happy la.
cuti cuti kena dok kat sekolah..
kan?
tak ramai ada empat orang jer hari ni.
sekian.

Ramadhan..bulan kesobaran!

Salam,

Ramadhan..kita semua menunggu nunggunya.
Kenapa hati kita tiba tiba merasa gembira bila datang bukan Ramadhan?

Ada banyak makanan?
Ada banyak lauk pauk dan juadah lain?

Dalam bulan ini sepatutnya hati tak gembira sebab perut kena berlapar..
Lama tu...dari waktu subuh 5.45 am macam tu...sampai la ke pukul 7.23..lebih kurang hmmm..14 jam?


Wah! Lama tuuuu...

Kalau bulan tak posa, isteri lambat hidang makanan lepas Jumaat pun macam nak ditelan isteri.
Kalau bulan tak posa, waiter kat restoren lambat serve pun macam nak ditempeleng waiter.
Tapi dalam bulan posa, walaupun 14 jam kita tahan lapar..kita tetap RELAXX..macam tak der menda...saborrr jer, kan?

...sebab tu lah bulan Ramadhan ni boleh dinamakan juga Shahrul Sobar..sebab di waktu ini lebih ramai umat manusia yang sobar sobar belaker..he he he..dan kalau ada yang tak sobar, SAH lah orang tu tak posa!!

sekian...taklimat ringkas di tengahari ini. Jangan nak tidurrrrrr jerr.

Oh My God!..kenapa aku bermimpi Tijah pula?

Salam,

Memang selepas subuh tak elok tidur. Aku cuba untuk tidak tidur dengan berada di depan netbook aku ni..tapi lup lup lup lup...mata terlolap jua.
.
.
.
.
.....tiba tiba aku berada dalam kereta aku.
Cuaca sungguh tak menyenangkan.
Kelam..kelabu..Angin kuat.
Aku memandu. Entah ke mana..
Aku tak tahu area itu.
(pesen sesat juga ka dalam mimpi pun?!! ha ha ha)
.
.
sekali aku sudah berada di hadapan sebuah rumah banglo kecil yang indah.
tertulis di situ no 9 Jalan 1/2A..(wah.. siap bagi address lagi)
.
.
.
.
BBBANGI? sSekali aku tengok di bangalow indah itu ada ramai orang.
.
.
Tijah muncul dari dalam rumah itu. Menyambut kawan kawannya.
Aku berada di dalam kereta. Tidak jauh dari depan rumah itu.
Aku tidak keluar menegurnya. Sekadar melihatnya dari jauh.
Dia bersalam salaman dengan kawan kawannya.
.
.
.
Aku masih di dalam kereta...
lantas terus menghidupkan injin serta berlalu dari situ.
.
.
.
dan aku terjaga! Aduhaiii apasal pulak Tijah dok kat Bangi?
Bukan dia dok kat Lavender Height?
hisssshhh..
meraban lagi aku!

Heiii...hari lain tak der mimpi, bulan posa pula datang satu demi satu!
.
.
DAH! Aku kena cepat beredar dari katil ni.

sekian

Sunday, August 23, 2009

Please..don't waste your food!

Salam,
Today is the second day of Ramadhan.
.
.
In the morning, at about 10 a.m, I decided to go to Surau Annur near Dr Harun Din's house. Usually there is a kulliyah there for womanfolk at 9.30 am every Sunday.
I was half an hour late and the kulliyah was already started.
Ustaz Wan from SMAP gave the ceramah. It was about the Ramadhan, of coz, and I didn't 'senguk senguk' this time around. He had a funny way to explain thing and I enjoyed hearing his kulliyah. I probably would share some of the things that I got from the kulliyah with all of you in another entry.
But right now I have other thing to write about.
.
.
.
When I went to the market after the kulliyah, I found some combs of ripe bananas waiting to be bought at one of the stalls there. The bananas were tagged at two ringgit a bunch. So I asked the 'kakak' to give me one bunch. She asked me to buy all of them for just three ringgit. At first I couldn't take it but she begged me to take them all....
....because no one else want that bananas anymore.
Well, what the heck!
I could make something out them.
Maybe!!
.
.
.
.
and you know what I had done to those bananas?
.
.
.
LENGAT PISANG!
.
1) Peel the bananas skin and put them in a bowl
2) Pour half cup of sugar and mash them
3) Add half cup of coconut milk and a pinch of salt
4)Add one and half cup of flour. Mix well.
4) Pour in 12-inches baking pan and steam it!!
.
.
wolllaaa!!
A traditional Malay cake taught by my granny in-law.
Last night, before waking up for the sahoor, I cooked some Chicken Clear Soup.
The chicken was GONE into the tummies of the family, of coz.
But the stock was still abundant...
so
.
.
what did I do with the LEFT-OVER CHICKEN STOCK?
.
.
.
BUBUR LAMBUK..( porridge) of coz!
.
1) Clean one and half cup of rice.
2) Put the stock and the rice in the rice cooker.
3) Add small pieces of meat.
4)Add a stalk of lemongrass.
.
.
.
Finally, add little amount of coconut milk and a pinch of salt too.
PRETTY EASY, isn't it?

Well, I had a good customer waiting to taste my BUBUR LAMBUK in the afternoon!!
smile..

The end.


Whazz cooking?

Salam,
I am sorry if my pictures below would disturb your mind in this fasting month of Ramadhan.
My 'niat' is only to give ideas to those who do not know what to cook for 'Buka puasa'
Yesterday, I had done these cooking.
1) Spaghetti and ... 2) the gravy

Look at the face of a kid who loves the spaghetti SO MUCH!!


Jelly..well not so tempting, right?!



After Tarawikh, we all indulged ourselves in this LOVELY AYAM PERCIK!
I had made all these cooking with the help of my daughters.
Wanna recipes?
Well... the spaghetti is pretty easy to make.
Spaghetti and Beef Frankfurters!
Ingredients:-
A packet of spaghetti
A packet of frankfurters
A packet of groundbeef
A can of tomato paste
Onion, 6 cloves of garlic, 3 tomatoes,
pinch of pepper,sugar, salt, oregano, two pieces of bay leaves.
corriander leaves
water
1) Fry the frankfurters until they turn brown. Slide them nicely. Set aside.
2) Chop the onion and the garlic. Saute them in a good heavy pot.
3) Add the groundbeef and mix well.
4) Chop the tomatoes and add them in the pot.
5) Pour in a can of tomato paste and some water..about 3 cups.
6) Put the chopped franfurters. Add in oregano,salt,sugar and pepper.
7) Don't forget to add in the bay leaves too.
8) Cook well.
I loves corriander leaves so I add the chopped one when dish is ready!
Go ahead..and try the recipe youself!
AYAM PERCIK
Ingredients:-
Half chicken.
half packet of meat currypowder
10 dried/fresh chilies
1 big onion
4 cloves of garlic
1 inch of ginger
3 chunks of lemongrass
pinch of salt and sugar
a cup of good coconut milk
Lime juice
Some butter
1) Blend the chilies with the onion, garlic,ginger,lemongrass.
2) Add the salt and sugar too.
3) Marinate the chicken for two hours with half of the mixture and also the currypowder.
4)Take the half of mixture and add some good coconut milk to make the gravy.
5) Boil the gravy well on the stove and add some lime juice.
6) Put the marinated chicken in the oven for about 45 minutes in 200 degree C.Don't forget to put some butter on the chicken as well.
7) When the chicken is almost ready add two spoons of the gravy on the chicken.Baked 10 minutes more and.....
Vollllaaaaa...
You are going to have a wonderful AYAM PERCIK!
Try the recipe too!
.....THE END.





Saturday, August 22, 2009

Don't sleep too much!

Salam,

It's Ramadhan again and now it is school break too!

This morning I woke up around 4.45 a.m to cook fried rice, fritters and also fried eggs. Maryam, my second daughter, prepared hot Milo for the whole family.
When we just finished having our sahoor, the azan's calling came loudly from the surau nearby.
My husband, Husna, Zainab, Raudhah and me decided to have our subuh prayer there.

Maryam stayed back because Muhammad and Mawaddah had already woken up!! She took care of the two.
Rahmah was pretty lazy to joint us and she decided to pray at home.
Huda, being the noisiest of all, had to stay back as well!!

After Subuh prayer, there was a kulliyah. A subuh kulliyah!!
The Ustaz sounded tired and I was quite sleepy. Half way through, I went out and 'angkat kaki'. My eyes could hardly open, okay!!

....and off I went!

NGANTUK La..

Then I heard Muhammad's voice.

"Ummi, nak main komputer"

"Go ahead," I went off again.

"Ummi, Mawaddah nak susu!"

I make a bottle of milk for her and gave her a bath.
Then I went off again..

By this time the children had come back home too.

"Zainab, study! Ummi ngantuk sesangat.'

'.......Then I saw Kakpah came to my house. She simply decorated my house and all of sudden my house had turned into a nice cosy home..
Wow!! I could see pots and pans gleaming in my kitchen. I could see my new cabinets. I could see a wonderful view from my kitchen's window. Then I took my new S-series Nikon and took lots of photo.
The sky was blue..The land was green... Then I could see lots of wild buffaloes coming from the mountain nearby. They ran and ran towards my beautiful decorated house...and ..and ..and I could smell somthing bad. Something pungent and so familiar....'

"Ummi, Muhammad UH UH!! Bangun laaa..."

..and the end of my dream!

sekian

A simple dish from Malaysia - Banana Dumplings

Salam,

When I was studying in Chicago, my school usually organized International Food Festival for their students. The students from all around the world would join this one day festival.

My friends and I from Malaysia would usually have a meeting and decide who would cook what!

In 1988, there was this INTERNATIONAL FOOD FESTIVAL again....

and....

There were four people in my rented house.
1)Sha was 'expert' in cooking currypuff so she decided to make that tedious 'kuih'..around 70-100 pieces.
2)Rozlin knew how to make KETAYAP so she volunteered to make around 30 pieces.
3) Adik (Ruziana) prefered to fry 'cucur kodok' instead as the dumpling s were easy to make.
4) Me??? aku buat buah MELAKA jerrr..

There were other students who had to make rendang ayam, satay daging, nasi impit, bihun goreng and spaghetti goreng as well.
The guys usually had to make the satay and we used to have a 'CHEF' from 'architecture department' to lead the cooking.....ha ha ha.

After the food festival was over we found out that the Mat/Minah salleh really loved our BANANA DUMPLINGS. The dumplings were the HOT ITEMs in our selling.
Hey..I couldn't really believe it!!! It was such a simple dish..

Okay? would you like to make it yourself?

Here is the recipe for two:-

Banana Dumplings ( Cucur KODOK )

10 ripe bananas ( the sweeter the banana, the better the taste)
half cup of sugar
2 cups of flour
a pinch of salt
a quater cup of water ( if neccessary)
Oil for deep frying.

1) Mash the bananas.
2) Add the sugar and a pinch of salt.
3)Add and mix the flour. Fold and blend the mixture nicely.
4) Add some water if the mixture is too thick.
5) Scoop the mixture with small spoon ( make it like a small ball) and deep frying in nice wok.
6) Deep frying the dumplings until they turn into nice golden colour.

tadaaaaa...BANANA DUMPLINGS!!


the end...

sekian.

Friday, August 21, 2009

Harapanku di Ramadhan ini..

Salam,

InsyaAllah beberapa jam lagi kita akan bertemu Ramadhan..

Harapanku semoga kengkawan, taulan, sahabat handai, sedara mara, rakan cyber berlapang dada menunggu nunggu ketibaan Ramadhan..
Jadikan malam malamnya sebagai malam malam yang indah dengan kesyahduan Ibadah.
Jadikan siangnya pula sebagai hari hari yang penuh dengan zikir mensyukuri nikmatNya.

Harapanku jua agar kengkawan, sedara mara, rakan cyber memaafkan kesalahan perbuatanku, kelantangan penulisanku, keceluparan kata kataku dan segala cela dariku..

Aku insan yang mengharap kemaafan dari anda semua.
Aku jua insan yang mengharap maghfirah dariNya.

.................Siapa lah aku....


"Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak"

salam kasih dan ukhuwah

Thursday, August 20, 2009

Bukan kupinta untuk jadi the BIONIC woman!

Salam,

Petang semalam, sekira kiranya selepas waktu Asar, aku ke dapur untuk melihat lihat apa yang aku boleh buat di dapur tu.
Tiba tiba aku dapati pintu dapur berkunci. Kuncinya yang selalu aku letak di suatu tempat juga tiada.

"Huda, mana kunci pintu dapur?" aku tanya si Huda yang sedang menonton TV bersama Muhammad.

"Tu..kat tangan Muhammad tu." kata Huda.

Sambil membebel marahkan Muhammad kerana memandai ambil kunci itu dari tempat selalu, aku pun masuk ke dapur. Mawaddah mengekori aku sambil merengek rengek nak kan susu.

"Waddah campak mana botol Waddah?" aku tanya anak kecil berusia dua tahun itu.
"Kalau letak merata rata, Ummi tak nak cari..cepat mana botol Waddah?" aku bebel lagi kat Waddah lalu keluar dari ruang dapur.
Mata aku membelingas ke sana ke mari mencari botol susu yang selalu dicampak merata rata sebaik habis minum susu.

"Kan Ummi kata jangan campak botol. Letak kat meja, kalau dah habis minum!"

KETAPPPP!! Tangan aku menekan kunci tombol pintu dapur...

Aku jumpa botol Waddah bawah tempat letak TV..
HISHHH budak nih..

"Ummi, nak susu gak" kata Muhammad pulak.

"Okay.."

Aku nak ke dapur...TAPI..KUNCINYA!! Mana kunci PINTU DAPUR NIH???

AAAAHHHHHHHHHH...
DAANGGGGG!!
DAAAANNNGGG!!

Bagus lah engkooooo!!
SAPA SURUH KO TINGGALKAN KAT DALAM DAPUR TUHHH!!

Aku rasa seperti semangat aku hilang..Luntur di tiup sang bayu..
....................................................................................................

THINK! THINK! THINK! ASTAGHFIRULLAHHHH..

....tetiba saja aku rasa macam nak minum PATI AYAM BRAND's..
ha ha ha....

Dan dan tu aku teringat Wan Lukman. Aku rasa nak tanya dia pasal MASTER key.
Tapi apahal pula aku nak call dia tanya MASTER key?

ye laaa....dia kan ada IDEA IDEA tentang keselamatan ni?

*****smile*****
.......................................................................................

Aku terus siap siap.
Nak cari TOK TUKANG KUNCI!
Pergi Billion.
Hah..apek buat kunci tu tak de pulak.
Tunggu....dekat 10 minit.

Apek sampai.
Aku tanya : Tokey, saya punya pintu dapur terLOCK. Kunci ada dalam. Lu boleh bikin kasi buka pintu?

Apek : Wa boleh tulong adik kasi pintu itu buka...tapi ini jam sudah lebih pukul lima kasi tambah charge sikit aahhh. Selalu OUT servis charge RM50. lepas jam 5 tambah RM10. RM10 luit minyak. Semua jadi rm70.

Aku : Lu kasi pecah itu kunci ka hapa?

Apek : Wa talak pecah itu kunci..Wa dengar. Kasi itu macam MCgyver..Kunci talak losak.Pintu pun okayyy..

DAAAANNNGGG...
( Aku syak sure dia akan guna MASTER KEY PUNYA!!! McGYVER KUNUN....)

Aku : Talak boleh kulang ka..kasi semua RM50 linggit sahaja ( hey..lima puluh tu dah BANYAK tau..kalau setakat bawak MASTER KEY pergi buka pintu tu, aku pun boleh!!! Tinggal lagi, aku TAK DAK itu MASTER KEY)

Apek : wa...ini sulah persatuan bikin looo. ( sambil dia tunjuk senarai harga yang ditetapkan oleh persatuan PEMBUAT KUNCI...)

Aku : ( DANNNNGGG....dah agak agak MENYUMPAH juga dalam hati!!) talak apa la kalau macam tu. Saya kasi pecah la sendiri! ( Aku pun selalu juga buat menda ni..Ni bukanlah kejadian kali pertama)

..........................................................................................

Aku merayap ke kawasan berhampiran station minyak SHELL di fasa 1. Harga lebih kurang sama cuma cara kerjanya lain sikit.Di sini dia beritahu, keluar servis RM 30. Buat kerja pecah kunci RM20. Tambah harga lock baru lebih kurang RM 18-RM24..maka sama je lahhhh.
Kedai tutup pukul 7pm. Jam dah dekat 6.15 pm...

Allahhhhh..Anak anak yang sekolah petang dekat nak balik pula. Sure lapar dan dahaga.
Itu tak termasuk Waddah dan Muhammad yang masih tak dibancuh susu mereka tadi.

............................................................................................
THINK! THINK! THINK!
SubhanaALLAH..
Mudah kan lah aku..( susah baru ingat ALLAH kan?)

Apa apa pun beli makanan sikit..untuk bebudak alas perut.
.
.
.
Balik.
Aku pergi belakang. Tengok dari tingkap dapur.
Eeeee...geram!!!
Nampak kunci (yang ada TIGA TIGA) tu betul betul kat tepi THERMOPOT air panas.

Tapi jarak antara tingkap dan THERMOPOT ialah kurang lebih 12 kaki.
DANG!
...............................................................................................
Pintu dapur belakang??
Jangan harap.
.
.
.
.
Aku ada tiga pilihan.
SAMADA:-
1) Aku teruskan hasrat untuk pecahkan kunci tu.
atau
2)masuk ke dapur melalui BILIK AIR yang ada tingkap terbina bersama galang besi. ( dapur aku ditambah belakangnya jadi bilik air berada di tengah tengah)
atau
3) aku tunggu je suami aku balik..sesambil rehat rehat.

"UMIIIII!!!.ADAH lapar le...Ada apa apa nak dimakan?"

Aku TERPAKSA ambil risiko no 2.
..................................................................................................

1. Mula mula telefon CIK ABANG dengan suara cam nak nanges.
" Abaannng, pintu dapur terkunci. Kunci lak kat dapur..."
"Tak per laa..Try la pecah kan kunci tu. Kalau tak boleh tunggu abang balik!"

Pukul berapa tu? 9 PM...hmmmm tak leh jadi.

2.Aku terus TUIL TUIL..ha ha ha ha..lekang satu kayu.
3. Keluarkan kepingan kaca. Satu satu.
4. Galang besi?????
he he he...

DIK
DIK
DIKKKK..
aku KELUARKAN TENAGA BIONIC WOMAN aKU...
HA HA HA HA HA...
(dengan sebelah tangan ROBOTIC ku ini!!!..sila abaikan ye)

5. Okay siapa nak masuk rancangan BOLOS???... ADAH!!..goood.
6. Bolos..sila buka pintu dapur..

MISSION ACCOMPLISHED!!! BRAVOOOO!!
Hantar kat abang gambar.

Abang macam nak tergelak. Macam macam hal bini aku niiii..

......the damage????..
lantak le besi tu VENKUK sekali pun. Janji boleh masukkan cermin semula dan tak de pula sesapa nak NGINTAI!!

.........................................................................................

Malamnya aku rasa POWER BIONIC AKU ada getaran dan gangguan. Mungkin IGNITION COIL nya kena diservis juga kuttt..

"ABANG, ada minyak AFIAT tak?'

he he he..

*** moral of the story: Jangan PECAH RUMAH sesapa. Harap maklum.

sekian.

Wednesday, August 19, 2009

Apake mendanya ini?

Salam,

Dua tiga minggu lepas, sewaktu dalam perjalanan ke sekolah, sebagaimana biasa aku berhenti di beberapa buah rumah untuk mengambil anak anak muridku yang menumpang ke sekolah bersama.

Setibanya aku di sebuah rumah yang hanya dua block sahaja dari sekolah, aku buat la 3 pointers seperti selalu...oooopppppsss..tetiba kereta aku bergegar semacam.



Gambar COIL yang ROSAK..
COIL MENDA??
Mula mula aku ingat kut, aku terlupa turunkan hand(..foot)brake. Tapi tinjau...hmm hand(err..foot)brake aku dah dilepaskan.

ALAHAI..SUDAHHH...kereta ni buat hal pulak!

Jangan dia panas tengah tengah jalan..meletop ke mender ke..pulak!!
ha ha ha..
Aku ni pesen TAK RETI satu mender pasal kereta.
Harap boh minyak ngan boh angin tayar jerr..

Lelain =ZEROOOOO!
Baguskan pengetahuan aku tentang KERETA?

Setibanya di sekolah, aku pun sms cik abang," Kereta gegar lain macam jer..TAKOT SAYA!!"

Oleh kerana aku biasa mengalami peristiwa MUFLER kereta patah tengah tengah jalan dan BUNYI CAM MOTOBOT sangkut maka aku pi la menjengok Mufler kereta aku yang ini pulak.
Okay je MUFLERnya..tak patah.

Aku juga pernah mengalami BATERI kereta kong tengah tengah jalan maka aku pun picitkan HONnya..
Elok jer berbunyi..
BONK!BONK!..( pesen bunyi macam lori ikan jer..kui kui kui)

Maka aku pun kata pada diri sendiri, " Bior nyer leh..Tunggu cik abang bawak pomen"

Maka hari Sabtu berikutnya terpaksalah suami aku pergi bawak kereta aku tu jumpa DOKTOR.

alahai alahai....

DOKTOR KERETA itu dengan sewenang wenangnya menekan minyak dan berkata,"Ini macam..ada coil sudah losak. Kasi ganti. Seketul dua latut.."

Setelah adik pomen menggantikan COIL yang dikatakannya itu maka kereta aku pulih seperti biasa...

COIL MENDA???
Entah berantah..
Jangan tanya aku!!

sekian

Tuesday, August 18, 2009

Si Jarad, Si Zubab dan si Namlu..

Salam,

Di sebuah padang ragut tinggal pelbagai jenis serangga. Ada serangga yang berwarna hijau, ada serangga yang berwarna hitam dan ada yang berwarna merah.

Si Jarad adalah seekor belalang yang berwarna hijau. Dia seekor serangga yang besar dan gagah. Setiap hari, Jarad sentiasa melompat ke sana ke mari mencari mangsanya iaitu serangga serangga kecil yang lain.

Seekor lalat berwarna hitam bernama Zubab juga tinggal di kawasan padang ini. Tetapi Zubab tinggal berdekatan dengan selonggok sampah sarap yang dibuang di situ. ( oleh manusia yang tak bertanggungjawab)
Zubab berkawan baik dengan Jarad. Sekiranya Jarad mampu melompat ke sana ke mari, Zubab pula boleh terbang.
Si Jarad dan si Zubab sering mengganggu seekor semut merah bernama Namlu.
Sungguhpun si Namlu seekor semut yang kecil tetapi dia sangat rajin.

Setiap hari Namlu akan disuruh oleh si Jarad dan si Zubab untuk keluar mencari makanan buat mereka. Kasihan si Namlu..
Dia sering dipermain mainkan oleh mereka berdua ini.
Sehinggalah pada suatu petang datang dua orang kanak kanak kecil bernama Aiman dan Fauzan.

Kata Aiman kepada rakannya Fauzan,

" Eh, semalam cikgu Hidayah suruh kita cari belalang la..Jom kita pergi ke padang sana. Tentu kita dapat mencarinya".

Maka kanak kanak berdua itu pun merayap rayap di padang sambil membawa jaring.

" Hah, ini pun seekor belalang! Wah, besarnya!!!" kata Fauzan.

Lalu belalang bernama Jarad itu berjaya dilibas dan masuk ke dalam jaring mereka.
Aiman terus memasukkan Jarad, si belalang ke dalam botol yang dibawa bersama.

Melihatkan Jarad, rakannya berjaya ditawan oleh dua kanak kanak itu maka Zubab, si lalat pun cuba meloloskan diri dengan terbang ke udara.

'ZAAAAAPPP!!"

Fauzan terus melibasnya dengan jaring mereka.

"Lihat ini Aiman!! Saya dapat tangkap seekor lalat juga!" jerit Fauzan kepada Aiman.

Kanak kanak berdua itu sungguh gembira sekali.

Jeritan kanak kanak tadi telah didengari oleh Namlu, si semut.

"Hmmm..akhirnya Allah telah mendengar juga resah hatiku" kata Namlu sambil tersenyum.
"Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali..Tuhan akan membalas perbuatan kita.." sambungnya lagi.

Kemudian, Si Namlu dapatlah merehatkan diri pada petang itu sambil minum secawan kopi...
.
.
.
.
.
ERRRR...Kopi JANDA?...he he he..sila abaikan!

Begitulah cerita cikgu Hidayah pada hari ini anak anak sekelian..
Ingat ye..

Jarad itu adalah perkataan bahasa ARAB untuk BELALANG.
Zubab pula adalah untuk LALAT.
Namlu itu adalah untuk SEMUT.

" Errrr..cikgu, kenapa kat WORKSHEET ni JARAD ialah lalat dan ZUBAB untuk belalang?"

" Hmmmm...ye ke???? SALAH LE TUUUUUU!! Sila PERBETULKAN."

....he he he.

sekian

Monday, August 17, 2009

Idea ABM..

Salam,

Kadang kadang sebagai ibu bapa kita risau jika anak kita tidak dapat mengenal huruf atau mengenal suku kata perkataan.

Ada kanak kanak yang mudah mengenal huruf.
Ada juga yang begitu susah untuk memahaminya.
Ada yang mudah untuk membunyikan huruf huruf.
Ada juga yang sukar.

Sebagai seorang guru, di tadika kami banyak membuat ABM ( alat bantuan mengajar) untuk anak anak melihat, memerhati serta memahami huruf dan suku kata.

Bagi yang telah dapat membaca suku kata perkataan, kami buatkan ayat ayat mudah untuk mereka membacanya.
Semuanya bertujuan untuk melancarkan lagi bacaan mereka.

Bagi aku pula, aku suka merekacipta ABM yang bergambar supaya anak anak ini lebih tertarik dengan ABM yang aku lekatkan.
Kebanyakan gambar gambar ini aku ambil dari internet. Kemudian dari gambar itu aku rekakan ayat ayat pendek yang bermakna.

Ini sebahagian dari kerja aku bersama anak anak murid dan guru di tadika kami.
Kerja ini selalunya dilakukan secara bergotong royong..

Mungkin bagi ibubapa yang suka menghias bilik anak anak kecil, idea sebegini juga mungkin boleh dipraktikkan untuk mengajar mereka...
Ada juga gambar gambar yang aku cantum cantumkan!

Ada juga gambar yang menggunakan sticker yang dijual..
he he he



Ada juga lukisan besar yang dilukis di dinding..
Macam pokok BESAR yang mengeluarkan daun ber'KATA KATA' ini..
NGEH NGEH NGEH...
AYUHHHH..BACA! BACA! BACALAH!!!
KUI KUI KUI..( gelak cam nenek kebayan)
Eh! cikgu ni kalau tak mengusik anak murid, tak sah??

smileeeeee...

sekian