Thursday, December 31, 2009

Gedebak gedebuk dan garau..

Salam,

Sorry la semua. Aku tak pergi blog korang. Tak sempat nak balas kunjungan.

1) Daftar dan bayaran yuran anak untuk sekolah Tahfiz Ummah @ABIM ( kira sekolah agama la) untuk 3 orang yang sekolah rendah. Gedebak gedebuk KERING..... RM 888.70....

2) Beli buku buku tulis untuk sekolah kebangsaan dan menengah...kering lagi RM600 lebih!

3) Peralatan, pakaian, beg sekolah, kasut, makanan...malas nak kira dah.

4) Yuran pendaftaran untuk si budak Zainab hari ini. Keluar lagi RM120.

5) Lelain...nanti keting keting ketong dah berbunyi tabung AYAM....he he he.

.
.
.
so...
Anak anak sekelian,
Sila belajar bersungguh sungguh.
Ingat perit jerih ayah dan ibu yang bekerja dan keluarkan segala wang ringgit untuk kamu semua.
.
.
.
Okay tak pa la berkorban untuk anak anak kan?
Lagi pun duit yang dicari tu untuk siapa lagi kalau bukan untuk pembelajaran anak anak.
.
.
Masuk cerita pagi ni pulak.

Jam : 6:40 pagi.
Kejadian : Telefon, telefon berbunyi.....( sila nyanyi seperti WONDERPET okay)

Suara : Assalamualaikum kak.
Aku : Waalaikumussalam
Suara : Ada kerja kosong kat tadika ker.
Aku : Ada..
Suara : Boleh mohon?
Aku : Errrrr....kerja ni untuk wanita sahaja.
Suara : Kak, saya dah buat PEMBEDAHAN dua tahun lepas.
Aku : ERRRRRR.....ERRRRR....HMMMMMMM Saya minta maaf ya. Saya rasa jawatan ini kura sesuai la.....

( Letak telefon sambil TEPUK DAHIIIII!!!!!! LAAAAA...HAU LA WALA QU WA TA ILLA BILLAH ...alahai..NI YANG AKU MALAS JADI FEMES NAMA DAN NO PHONE NAIK KAT SURAT KABOR NIH!!! SUARA DI SANA ITU TERSANGAT GARAUUUUUUU OKAY!!!)

sekian

12 comments:

Tijah said...

hahahhaha. sekali...tulennnn bangggg! bleh aa kak. kasik dier post tea-lady. kasik can dier feeling gugurl sket!

ASH said...

Jah,
sebenarnya aku simpati jugak kat diorang yang 3/4 hormonnya WANITA nih. Dan aku tahu geng ni cuba mencari pekerjaan yang sesuai selain jadi GRO tapi...sebab cikgu TADIKA yang kosong nih kena tinggal di PREMIS jadi SUSPENG juga la.
Selalunya geng diorang ni VERY TALENTED dan BAB seni meni memang DASAT!
...sian juga. BTW teringat cerita lakonan Ahmad Tarmimi Sarigar dalam WALI!

tasekM said...

hahahaha.... kak suruh dia tipon aku la pulak. kalau dia nk jadi tyreman. walau lelembut tu... aku syak kederat jantan tu. he he.




.

anjang said...

Auwwww tak tahan you,

ASH said...

TM,
no dia PRIVATE tau..aku takleh nak call balik.Kalau tidak, boleh aku kasi ko...

Anjang,
ko jangannnn...!

lukmanw@gmail.com said...

Hidayah

Awat lelaki tak boleh jadi cikgu tabika ke?

Chek baru cadang buka tabika dan chek berdua laki bini nak jadi cikgu tabika.

Lukman

Anonymous said...

Assalam mu alaikum wr wbt
Ingat ke lama tak akan buat posting baru, rupanya 2 hari aje...
Memanglah awal tahun ni.. duit akan berlari-larian dari dompek ke tempat lain..
Tapi tak apa!! itu dah jadi tanggungjawab dan amanah ibu dan bapa..
Keluar aje le..

DrSam said...

salam tahun 2010. Awal tahun memang begitu...tabung ayam ke itik ke...selalu berderai buat belanja sekolah.

Nizam.Ariff said...

Sekarang ni musim demam selsema dan sakit tekak...

ampunkan je la dia... hahaha

ASH said...

LukmanW,
Chek tak kata orang lelaki takleh jadi cikgu tabika.
Yang Chek dok risau, orang yang suara dia garau macam lelaki TULEN tapi pakai baju kurung mai dok jadi cikgu tabika...
Lepas tu siap habag kata dia dah BEDAH..dan boh nama siti ZABEDAH walaupun IC kata nama dia MOHD ZABIDI.
Kalau Pak Chek nak jadikan dia cikgu kat sekolah Pak Chek nanti, boleh la Chek tolong rekemen...

Chek kat sini TAK SANGGUP.maap la nuuuu.

ASH said...

Pak Usop,
berlari larian? ha ha
marathon nih!

Dr Sam,
You have only 4 sons..not so pecah la itu tabung!! ha ha


Nizam,
bukan dia sahaja buat call..
sms pun boleh tahan PRANKY nye!!
Ntah sapa sapa..
kalau buat entry mahu Jah ngan TM guling guling gelakkan aku.

Anonymous said...

adohaiiii!!!!!!
pocah perut den golak!!!
dia lupa nak makan pil hormon pagi tu..