Saturday, December 12, 2009

3 jam sahaja..

Salam,

Terkedu baca berita kat surat habag hari ni. Seorang pengantin lelaki bersama jurugambarnya serta ayah dan ibunya meninggal akibat kemalangan dengan bas dalam perjalanan pulang akad nikah. Akad nikah kat Anak Bukit. Depa pulak orang Peghelih...

Aku baca tengok pak dia dikatakan Lab Asisstant Sek Men Sains Tuanku Syed Putra...sekolah lama aku tuh. Pengantin pulak bekas budak MRSM Beseri!

Aku pun sms tanya kengkawan kat Peghelih. Kawan baik aku kata pak pengantin lelaki tu kerja kat Sek Putra. A different school. Berita tu silap la tu..

Aku tak tau laaa..tapi apa apa pun aku ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pengantin. Kedua dua pihak.

Jodoh pertemuan, ajal maut adalah takdir.

Tak boleh bayangkan perasaan pengantin perempuan yang sepatutnya hari ini adalah hari kenduri perkahwinannya tiba tiba menjadi majlis kenduri tahlil suami, bapa mertua dan ibu mertuanya....
Suami yang baru dinikahi selama 3 JAM!!

Innalillahi wa inna ilahi rajiun.

Alfatihah untuk semua mangsa kejadian.

6 comments:

Anonymous said...

terkedu semalam bila tgk kat tv..
al fatihah

5 'so' bersaudara... said...

depa tu (geng pengantin lelaki) dok kat taman melatin indah.. beseri. tak jauh la dari rumah Datuk Mahmud.. yg ada anak dia sama makngah ashley dulu2...

ASH said...

ibu singa,
baca kat yahoogrops ANSERI, habag kat yang arwah suami tu bekas MRSM Langkawi..teh batch 18.

4 sedara,
oh ya ka..
depa setaman la tu.

tadi pun baca kat blog bekas jiran yang rapat ngan depa.
abang arwah pengantin lelaki tu doktor kat hospital kangar.
hmmmm.....

Brahim Nyior said...

Salam kak,

Sedihnya. Saya baca pun rasa nak menangis, simpati dgn nasib pengantin.

Moga dia tabah. Yg pergi tetap pergi, tak kembali.

aza ni said...

salam puan hidayatun,
ketentuan Tuhan, pasti....semoga keluarga dan pengantin tabah..
Al Fatihah untuk mereka yang pulang.

ASH said...

Berahim,
takdir telah menentukan segalanya..
Kawan kita orang dulu pernah juga eksiden meninggal dunia 3 hari sebelum menikah. On the way nak balik kampung...
Tunang dia jenuh berubat juga la lepas tu.

Azani,
kalau tak panggil 'ashley', boleh panggil 'hidayah' tak?
.
.
ya dariNya kita datang, kepadaNya kita semua akan kembali.
lambat ngan cepat jer...our times will come soon.