Thursday, December 10, 2009

'Makan Malam' by Maryam

Salam,

A simple dish cooked by Maryam. My 16-year-old daughter.
He he he...
Biornya lerrrr..1) Telur puyuh masak sambal tumis.
2) Salad timun dan tomato
3) Ikan kedera masin.


Telur masak sambal tumis
1) Telur puyuh direbus dan dikupas secara bergotong royong oleh adik adiknya, Zainab, Raudhah dan Muhammad (yang juga turut sibuk sibuk nak tolong walaupun.....)
2) Kemudian Nasi putih dimasak oleh Zainab..guna periuk KARAN daaa..sonang!
3)Maryam memulakan langkah langkah memasak sambal tumis. Kupas bawang besor dua ketul. Gunting dan rendam 10-12 biji cili kering dalam air panas sampai lembut.
4) Grennng..grennng...bunyi blender. Hancur lumat bawang dan cili tadi.
5) Tumis bahan tadi sampai naik bau dan cantik berkilau. Masuk kicap sikit. Masuk air asam. Masuk gula dan garam. Kemudian masuk telur puyuh. Renihhhhhhhh...sampai cantik.
6) Angkat masuk mangkuk!!
.
.
.
Salad
1)Kupas timun dan potong dadu
2)Potong dadu tomato.
3)Ambik mayonis sesudu. Gaulkan.
4)Perah lemon.
5)Boh gula sikit + serbuk lada sikit...dahhhhhhhh siap!
.
.
.
Ikan kedera masin
1) Ambik ikan kedera masin...basuh dan goreng jerrrrrr.....SODAP!!
Semua ini dimakan secara bergotong royong juga.
Hah!! Nampak abah menambah tu..
.
.
sekian

11 comments:

Tijah said...

untungnya ramai anak dara nihhh. sikit taun laie sok mmg tak kedapo la omak eh. hhikhik

ashley said...

Jah,
mak dia mengarah dari bilik ssambil tengok internet..

Insyirah said...

Untungnya maryam ada sifu sejak remaja lagi.

Syira dah ada sifu baru, tapi sgt garang & tegas. Takutttt.. :-(

ashley said...

Syirah,
'Sifu' ni yang lari lari kejar kejar bawah pokok KELAPAK itu hari ke?
ha ha ha...

Insyirah said...

Itu anak 'sifu' la kak. Kahkahkah...

'Sifu' syira ni garang & tegas gila. Cuak nak belajar dgn dia. Uwaaaa... :-(

GPI SKSV said...

Psst..

1. terubuk masin mana? awat makan kedera masin?


2. Serbuk lada hitam? fresh dr sarawak ke? atau stok lama...

ashley said...

Syirah,
'sifu' baru ko tak melayari internet kan?!!
ha ha ha...
mana le tau..
nama pun 'SIFU' kannnnn...

GPI,
1)terubuk masin peram sat...
alahai tak ke mana terubuk tu. Rumah ni tak der kucing!
ha ha ha

2)stock tahun 2008! ha ha

Gurindam Jiwa said...

16 tahun dah boleh masak. 18 tahun kira selesai kan je lah. Selangor punye mas kawen pun dah naik ke rm300!

ashley said...

GJ,
.....kalau dah boleh masak, kena kahwin ek?
Tu ramai yang dah kahwin tapi tak reti reti juga masak...macamana tuh!

Gurindam Jiwa said...

Yg dah kawen pun tak pandai² masak tu? Sebab masa dia 16 tahun, Mak dia tak peghati dia masak Telur puyuh masak sambal tumis, Salad timun & tomato, dan Ikan kedera masin. Huahahaha...

ashley said...

GJ,
kesiannnnnnnnnn....kan kan kan?