Tuesday, December 01, 2009

Anak itu..

Salam,

Hari semakin gelap. Perbualan di teruskan.

"Nak pergi rumah siapa ni?"

"Rumah makcik"

"Ayah kat mana?"

"Johor"

"Mak?"

"Mak dah meninggal"

"Innalillah..bila?"

"Tahun lepas"

"Sakit apa?"

"Kanser payu dara"

" Errr kau duduk sini ke?"

"Tak."

"Habis? Kenapa tak balik Johor? Raya raya nih?"

"Tak da siapa kat rumah sana..."

"Ayah kan ada.."

........................diam.......................

"Ayah nak kahwin semula, ek?"

" Ha ah.."

.......................Sigh.........................seorang remaja yang perlu dipujuk hatinya.

Oh ayah, fahamilah anakmu!

sekian

10 comments:

kucingorengemok said...

ohhh, kita sangat mengerti! [hihihi]

tasekM said...

jiwa anak perlu difahami namun kita tidak juga boleh membelakangkan jiwa seorang ayah, kan?

ada perkara yang anak2 tak boleh lagi untuk ayah...

mak aku dulu kak. janda umur 32 tahun. bila ada org yg nak meminang dia, aku tentang habis-habisan. sbb yg nk masuk meminang tu bg alasan dia ada masalah dgn bini dia. alasan bodoh! aku tak bulih terima. aku yg masa tu baru nak kenal dunia pun bulih berfikir sewarasnya.

la ni. bila dia dah tua2 ni. bila ada org nk masuk minang. aku dah tak lagi halang. sbb kami semua dah besar. aku kata, kalau mak nak kahwin, kahwin le. dah dia pulak kata, "tak kuasa aku!"

ha ha.



.

addyaholix said...

errr.. saya nak komen apa ya kak? ermm!

ashley said...

KOG,
ko bagi tak kalau ayah ko nak kahwin?
ha ha

TM,
Ini kisah seorang anak remaja yang berumur 18 tahun..yang bagi aku...masih merindui ibunya.
.
.
.
....wehh hai..
Mak aku umur 61 tahun, kahwin juga setelah 2 tahun ayah aku meninggal..AMACAM?
ha ha..

ashley said...

addy,
Ko tak komen pun, akak faham..

noor said...

So sweet...your blog..salamm..

geraugebang said...

Tak tau nak komen sebab tak berada di tempat diaorang. Tapi memang remaja selalunya akan protes kan.Kalau kita dah tua ni, mungkin kita tak kisah. Tapi kalau muda lagi entah laa.

ashley said...

noor,
salam and thank you for stopping by..

gerau,
kita tak akan tahu sehinggalah kita sendiri merasakannya..

anjang said...

perlu ada jalan tengah agar menguntungkan bapa sampil tidak mengguris hati anak. win-win situation

kesiannnnnn

ashley said...

anjang,
agak agak kaum bapa ni tengok muka anak tak masa diorang kahwin lagi..
tak kira la samada kahwin time isteri pertama masih hidup lagi atau tidak..
ha ha