Friday, December 11, 2009

Lesen..

Salam,

Zaman remaja adalah zaman yang paling kucar kacir. Aku rasa sesiapa pun akan mengakui ini. Zaman perubahan antara kanak kanak dan persediaan untuk menjadi dewasa-(dewasa??) Dewasa sepatutnya lebih MEWARASkan kita.

Remaja ialah dari umur berapa sebenarnya?
10 tahun?
hingga berapa?
20? 22? 23? 24?
atau bila dah kahwin?

so kalau yang kahwin umur 18 adakah masih tergolong dalam REMAJA atau DEWASA?

Kalau yang tak kahwin kahwin hingga umur 40 tahun pulak adakah dia masih tergolong dalam REMAJA?
atau Remaja adalah golongan umur 10-19 tahun sahaja.
Selepas itu sudah dipanggil DEWASA.
Hmmmm...entahlah.

Bagi aku umur begini lebih sesuai dipanggil remaja. Bila masuk 20 tahun sepatutnya dah meniti alam kedewasaan. Dah perlu berdikari. Dah tak payah merengek macam budak kecik. Tak payah nak bergantung pada ibubapa lagi. Dah sepatutnya tahu menilai diri dan keadaan.
he he he...
dan dah boleh dapat lesen untuk berumahtangga!
.
.
.
ye la...lesen kereta pun ambik umur 18 tahun. Umur 20 boleh kahwin.....kalau ADA DUIT LAAAA!!
ha ha ha..

Ko ingat apa?
SILA LIHAT SENARAI TERBARU MAS KAHWIN dalam surat khabar, okay!!
.
.
.
dan kalau nak kahwin, sila cari duit sendiri. Jangan menempel duit mak bapak.
Bukan umur 2 tahun kan?
.
.
malangnya budak budak sekarang, sampai nak kenduri kahwin sendiri pun MAK BAPAK sponsor lagi. Tak patut kan?
Daripada buang duit main sms dan undi rancangan REALITI SHOW, baik le kumpul duit sikit sikit simpan buat mas kahwin kan...

he he he..ada yang TERSENTOT?

........................nasib aaaa kan.

sekian

7 comments:

cheryna zamrinor said...

duit lesen - duit sendiri.
duit blaja kat u - loan yang kena bayar sendiri.
sekarang?

hutang2 - duit sendiri.

kawen besok? - mestilah duit sendiri.

sebab?
cinta tu sendiri punya.

ala kaakkk..skang mak ayah suka kawen glamour2. mestilah sponsor sampai kering. lepas tuh, anak2 pon semua dreamy nak kawen mahal2.

cuba macam bila sha cakap...sha nak kawen di masjid time org kursus haji (yang ni serius). semua orang mencebik kata sha tak glamour.

adoi.

ASH said...

cheryna.
glemer??
.
.
ha ha ha..
BETUI cheryna!!
pastu tertiarap kan?
yang penting akad nikah.
pastu buat jamuan makan sudah la..
ringkas dan mudah..
lepas kahwin, boleh guna duit duit hantaran tu untuk bina hidup baru..

dari membazir...

Tijah said...

kekadang ada gak yg mak bapak terlebih over nak menunjuk dia mampu kawenkan anak secara grand agaknyer. maka terpaksa la kuar duit sindri walhal anak tu baru 2-3 kali rasa duit gaji. heheheh

aza ni said...

salam hidasaif,
betul tu, akad nikah yang penting...

tasekM said...

itu mentaliti mak bapak yg berduit la kot...

aku dulu kawen. bapak dah la tak de. tak kan nk susahkan mak pulak. semua benda guna duit sindrik kak.

dan aku tak mintak benda bukan2 pun dr pihak lelaki. cuma cincin, mas kawen dan duit hantaran. itu sahaja.

barang hantaran yg selalu org hantar dan di balas pihak sana yang pakai dulang2[jenuh nak terterap bawak semerit. ko tau semerit tu ape...? he he] tu pun aku tak mintak.

tak bersanding pun. buat makan2 je.

aku tak mahu jadi perempuan yg susah dikahwini. tak mahu meminta yg bukan2. dan yg tidak2.

tapi kan kak.....

bila kita tak mintak, macam2 yg org bagi. yang tak sepatutnya dapat pun kita dapat. alahai...



.

ASH said...

Jah,
kena ukur poket la kan...gendut ke tidak...
Jangan gendut poket sebab boh guli..
ha ha ha..
apa apa pun jangan menyiksa para teruna dan dara yang nak kahwin!

azani,
tapi si teruna tu kena sedar diri juga..jangan mentang mentang mak bapak si dara tak kisah..dia ambik peluang!

TM,
kira macam, you give I take la kannnn..
Ai kenot gif lebih lebih...

ASH said...

TM,
semerit?..ye aku tau laaa..hahaha..
mak mertua no 2 aku yang di Sg Petani tu ada semerit beratur dalam lemari!!