Salam,
Bagi kawan kawan yang mengikuti blog aku ni, mungkin dapat mengikuti perubahan gambar gambar hiasan yang aku letakkan pada header. Kebanyakan gambar di header yang aku letakkan adalah gambar pemandangan. Pemandangan itu pula selalunya mesti ada air. Tak kira lah samada air terjun, air hujan, air tasik, air sungai, air laut, air kolam, air embun atau air matair. Yang pastinya ianya adalah sumber air yang boleh dibuat bersuci.
Bagi aku, manusia dan juga kehidupan lain tidak dapat dipisahkan daripada air. Tanpa air, kita dan kehidupan lain turut lesu, kontang dan pupus.
Malaysia adalah sebuah negara yang bertuah. Allah turunkan hujan - sumber air bersih untuk kita di bumi Malaysia. Hujan yang turun di tempat kita adalah sepanjang tahun. Tasik dan sungainya ada di merata rata tempat dan merupakan tempat tadahan air yang paling berguna. Tidak ada satu negeri pun di dalam Malaysia ini yang tidak ada sungai.
Pergilah ke mana mana sahaja di dalam Malaysia ini dan kita akan temui sungai. Tak kiralah samada sungainya besar ataupun kecil. Bila ada sungai maka akan ada pokok dan tumbuh tumbuhan. Bila ada tumbuh tumbuhan akan ada binatang binatang yang tinggal di situ. Yang menggunakan air di sungai dan buah buahan di kawasan itu untuk kehidupannya. Maka ujud satu sistem yang saling perlu memerlukan atau sokong menyokong di antara satu sama lain. Indahnya..ekosistem itu. Satu sistem yang Allah ujudkan untuk menunjukkan Rahmatnya di muka bumi ini.
Kita juga suka melihat tempat tempat yang terdapat sumber air seperti sungai, tasik, kolam dan laut ini. Kita suka kalau tempat tempat yang indah ini tidak tercemar. Itu adalah naluri manusia yang telah Allah tanamkan dalam diri kita. Kita berkelah di tepi pantai, mandi manda di sungai, memancing di tasik dan merasa gembira melihat keindahan air terjun yang Allah ciptakan.
Tapi malangnya sebahagian besar rakyat kita tidak menghargai rahmat ini. Kita tidak merasakan bahawa hujan dan sumber air ini satu kurniaan. Kita selalu ambil mudah dengan perkara yang kita sudah ada. Air hujan yang bersih akan bertukar menjadi hujan asid jika kita tidak berhati hati. Air sungai yang jernih akan menjadi warna seperti teh tarik jika kita ambil mudah. Air laut yang biru dan bersih akan bertukar hitam pekat jika kita lalai dan leka. Ramai dari kita yang tidak perihatin dengan perkara perkara ini. Kita jahanamkan ekosistem yang indah ini. Kita adalah penyumbang TERBESAR pencemaran!!
Kita jahanamkan bukit bukau yang menjadi pasak bumi. Kita jahanamkan tasik dan sungai yang menjadi sumber kehidupan. Kita bunuh fauna dan flora yang mengimbangi ekosistem kita. Kita berlaku zalim pada bumi kita sendiri. Apakah kita akan terus meninggalkan pencemaran, kerosakan dan kemusnahan untuk anak cucu kita menikmatinya???
Sedihkan???
sekian
11 comments:
dari ahad lepas aku mengadap tasik, minggu ni tiap2 hari, balik kerja, aku pergi mengadap tasik.
tasik sungguh menenangkan tau kak...
:)
.
kalau takde air bersih, takde holiday. takde camping. takde mandi laut.
dan takdelah ketenangan fikiran dan terapi secara semulajadi yang dicipta tuhan:)
thanks kak...good entry!!!
Air ni macam api...
Kecil jadi kawan
Dah besar boleh jadi lawan...
wah..tulisan ni kalu masuk pertandingan menulis esei anjuran Jabatan Alam Sekitar, mesti menang nih..heheh
sesungguhnya, air adalah keperluan semua makhluk yg hidup di dunia nih...kalu bukan kita yg berakal ni jaga, nak harapkan sapa lagi kan???
ha ah...
satu esei yang bagus..
TM,
ko demam tasik ke?
tapi aku pun suka tengok air yang jernih dan tenang di tasik sebenornya..
cheryna,
teringat pulak api, air, tanah dan angin..errr tenaga tenaga yang sering disebut oleh kaum China.
Nizam,
ianya satu sumber tenaga yang berkait rapat dengan kehidupan..
terpulang bagaimana cara kita mengambil menafaat darinya.
lupakanje,
kah kah kah..
mahu golak pengadil tengok bahasa lintang pukang aku!!!
ibusinga,
alahai...standard esei budak tingkatan 1!!
ha ha ha
kak ashley, betul tu air amat penting...sy pon suke sgt kalo dpt amik gmbr pemnadangan tasik ke, air terjun ke...laut ke..
off topic sket tapi masih berkaitan: kalo takde letrik, ok lagi, kalo takde air, sengsara woooo
Catlina,
betui..mau merapak cari air keliling kelalang. Waktu tu nampak air sungai macam teh tarik pun....sanggup MANDI!!!
air sungai macam air teh tarik... terkenang sungai klang.. kesian kat sg klang tu..kepekatan macam teh tarik dah.. nampak pun macam sedap!hehe
i pun sukerrrrrrrrrrr sumber air..
kalu nak bercuti i rather go kat tempat yg berair2..:)
JCMI,
....rasa macam KARAM SINGH WALIA's tak essei nih?
ha ha ha ha
patut kena ada pepatah pepatih kat hujung kan??
Post a Comment