Sunday, December 13, 2009

Peghelih..

Salam,

Negeri Peghelih memang tak besag mana. Kalau dulu dulu cikgu aku selalu cakap, negeri Pegehlih ni besag kelemboi ( buih ).
Dengan kata lain - haluih dan orang tak berapa nak perasan.
Tapi masa aku pi menjejakkan kaki ke negeri Peghelih, aku tetap excited.
Terharu... sebab boleh keluag dari negeri sendiri dan bertapa selama lima tahun kat negeri orang.

Waktu mula mula round pekan KANGARK ( aku panggil pekan sebab memang dulu macam PEKAN- tak tergamak nak panggil bandar), aku tak tau mana nak pi sebab tak da apa yang grand di KANGARK tu.

Tahun 1980, Kangar lebih kurang semeriah pekan Bagan Serai sahaja.
Tak da apa..

Tapi aku tetap hepi.
Perkara yang aku paling suka sekali kat pekan Kangark ialah mudah nak cari menda makan.
Bukan setakat mudah tetapi MURAH!!

Yang aku suka ialah buah buahannya yang FRESH dan MORAH!!
Buah buahan itu samada dari negeri Perlis sendiri atau dari THAILAND!!
( atau lebih sedap panggil SIAM)

Dulu ni kat pekan kangark ada gerai MARA. Tak jauh daripada stesen bas dan pejabat pos.
(ni LOKASI DULU..la? tak dak dah kuuuttt)

Kat sini lah aku suka pi makan bihun sup UTARA ngan ais kacangnya.
Tak mahai..
Bihun sup singgit. Ais kacang lima kupang.
Kenyang habis.

Laksa??? Perghhhhh...lapan kupang!
Cendoi??? Lima kupang.
Kuiih kuih??? sebijik sekupang.

Nasi campork..
TOKSAH cerita laaaa...lauk tak menang nak pilih!
semua sedap...meleleh ayark liog.
Under dua ringgit boleh dapat lauk yang best!
Bajet budak sekolah...okey la kan?

Satu lagi perkara ngan negeri Peghelih nih, oleh kerana ianya kecik maka tak ramai sangat penduduk. Dan apa apa berita selalunya cepat tersebar sebab kenal mengenal dan sangkut menyangkut antara satu sama lain.

Sebab tu bila keluag cerita eksiden kelmarin, aku cepat cepat sms kawan kut kut ada yang sangkut paut dengan mangsa.
.
.
.
ya laaa.. Negeri kecik.

sekian

18 comments:

anjang said...

besaq kelemboi satu perkataan yang dah lama aku tak dengor.... Kecil-kecil pun sekali berselisih paham boleh tahan jugak orang perelih ni

ASH said...

anjang,
sebab kenai antara satu sama lin. Tu yang payah tu.
Kalau berbeza pendapat..memang haruuu..

Nizam.Ariff said...

Orang kata, kalau keretapi singgah kat pekan perlis tu, ekor gerabak masih kat sempadan siam... betui ka?

ASH said...

Nizam,
ha ha ha...
Arau tu kat sempadan ka?
Yang aku tau, stesen keretapi kat Peghelih tu kat pekan ARAU ja.
Kangark tak dak stesen keretapi.
.
.
Yang pastinya MP ada dua saja.
kangar dan arau.

en_me said...

leh poligami tanpa izin bini tewww.. ihiks

[biru][pink] said...

tak sampai lagi peglelih
kedah dah sampai la..
nanti ada masa nak pegi lah

tasekM said...

teringat zaman belajaq dulu. time cuti balik rumah mak angkat kat mata ayaq. lepak depan rumah. dok ataih buaian tgk sawah padi. hilang segala yg dok berselirat dalam kepala.

tiba2 rasa nk putaq masa balik ke time tuuu....



.

ASH said...

en_me,
negeri lain tak leh ek?
siannnn kan..

birupink,
salam singgah ke myblog..
cuba la pegi jalan jalan kat gua kelam.

TM,
tengok bendang memang nostalgik!!
boleh mencurah curah keluag idea..
nak berpuitis la

aza ni said...

salam puan hidayatun.
mungkin tak pernah sampai, walau selalu ke sik...lain jalan kot.

kucingorengemok said...

pindah perlis tgh² tahun masa darjah 6 - SAYA TAK SUKA :|

Anonymous said...

kita tak pernah sampai perelih..

ASH said...

Azani,
..kena rajin travel.

KOG,
...suka atau tidak....ianya terlalu subjektif.
.
.
.
macam cantik ngan buruk laaa..kan?
he he

ibusinga,
...semenanjung ni dah sampai dari sempadan ke sempadan.
dari timur ke barat.
he he

GPI said...

Yang pastinya MP ada dua saja.
kangar dan arau.

~~~~~~~~~~~

Ye ka?

bukan PADANG BESAR sekali ka?

P001 : PDG BESAR
P002 : KANGARK
P003 : ARAU

geraugebang said...

Rasa nya pun tak pernah pi. macam dah pi. Oh, tak pi Nampak papan tanda jer. Masa tu nak pi langkawi. Tak jumpa perlis kan. he he he.Kesian ahkak buta geografi.

Anonymous said...

Kalau gi Langkawi naik Feri kat Kuala Perlis ertinya dah masuklah ke Negeri Perlis tapi kalau gi Langkawi naik Feri kat Kuala Kedah atau naik Flight dari KLIA memang tak menyingah kat Perlis.
Keluasan Perlis ni sepelaung sahaja. Kalau menjerit kat Padang Besar boleh dengar kat Tambun Tulang atau Arau... Gitulah nak bayangkan kecilnya Indera Kayangan.

Anonymous said...

Kalau gi Langkawi naik Feri kat Kuala Perlis ertinya dah masuklah ke Negeri Perlis tapi kalau gi Langkawi naik Feri kat Kuala Kedah atau naik Flight dari KLIA memang tak menyingah kat Perlis.
Keluasan Perlis ni sepelaung sahaja. Kalau menjerit kat Padang Besar boleh dengar kat Tambun Tulang atau Arau... Gitulah nak bayangkan kecilnya Indera Kayangan.

ASH said...

GPI,
oh ya ka?

Pk Usop,
kira tera la juga orang yang dok melaung tu!!
ha ha ha
mesti POWER..

ASH said...

gerau,
naik feri kat kuala perlis kira dah masuk perlis la tuhhh..
naik feri kat kuala Kedah, tak masuk perlis macam pak usop cakap tuh.