Thursday, December 17, 2009

Tekun, usaha, jaya..

Salam,

Tekun, usaha, jaya adalah MOTTO sekolah lama aku dulu. Sekolah di hujung UTARA tanahair. Sekolah yang mempunyai sejarah suka duka diri aku ini. Yang telah sedikit sebanyak membentuk diri aku sekarang.

Tekun, usaha, jaya adalah MOTTO yang ingin aku serapkan pada jiwa anak anak aku.
Buat sesuatu perkara biar tekun. Biar ada usaha maka barulah boleh kutip kejayaannya.

Ilmu, iman dan amal pula adalah MOTTO sekolah rendah anak anak aku. Aku rasa sangat sesuai untuk dijadikan kata kata ransangan. Orang yang berilmu bersandarkan iman mestilah meneruskan amalan yang baik selaras dengan ilmu yang telah diperolehi.

Justeru itu aku nak pamer sikit gambor pakcik ni tengah dok MULUN.
he he he MULUN STUDI!
Minggu ini dan minggu depan adalah minggu FINAL EXAM untuk semesternya.
PULUN JANGAN TAK PULUN!!
Dan pada anak anak yang 7 orang yang sedang bersekolah tu, ingat ye...
KALAU ABAH PUN BOLEH STUDI, KORANG PUN KENA TINGKATKAN USAHA JUGA!!
Dan pada rakan rakan bloggers yang tengah ambik Degree, Master, Phd dan sebagainya..
Selamat bertekun, berusaha dan insyaALLAH berjaya.
p/s....takut la nak kacau ABAHNYA..
he he he
sekian

4 comments:

tasekM said...

kata cutiiiiii... tak payah kacaulah!

hahaha...

:P


.

ashley said...

Kacau kacau...
larik gitu....ha ha ha

ibusinga said...

mulun atas sejadah tuuu....
berkat....

ashley said...

ibusinga,
harap harap gitu lahhhh..aminnn.