Friday, December 04, 2009

Manis melecas melecas!!!

Salam,

Bagi kengkawan yang mengikuti perkembangan penulisan di blog aku mesti dah sedia maklum bahawasanya si suami sedang belajar di satu institusi pengajian di ibukota.
Di institusi pengajian tinggi ini hampir separuh daripada pelajarnya datang dari luar negara seperti Iran, Bangladesh, Pakistan, Afghanistan, Ubekistan, Kazakhstan...dan apa apa yang 'tan' lagi kan!!! ha ha ha ....
( tapi seriusly..memang mereka ni ada jadi pelajar yang sekelas dengan husband aku.)

Antara pelajar yang terdapat dalam groupnya ialah seorang pelajar Bangladesh dan seorang pelajar Pakistan.

Cuti Aidil Adha baru ni, yang Pakistan ni balik jumpa anak bini dia. Ye la..datang sini sensorang jer. Mestilah rinduuuuuu...
Oleh kerana gembira sebab dapat balik merayakan Aidil Adha bersama keluarga maka dia bawa balik buah tangan untuk diberi pada ahli kumpulan dalam groupnya.


Ni..kuih yang memang dia bawa dari sana.
(psssttt..aku rasa sini pun ada jual)
Tapi dia TETAP nak bagi suami aku yang dari sana punya.
.
.
Sampai rumah, aku gigit sikit kuih yang macam cekodok tu..
MANISSSS!!!
Makan yang empat segi tu pulak.....
MANISSSS!!!
Melecas lecas.
Apekenamernyer ek?
.
.
KOG? Ko minat cerita ta alif mim ya lam kan?
jer beritahu kejap.
.
.
sekian

9 comments:

ibusinga said...

manis medu...
rasa2nya KOG ekspet ..
kalau ada tulisan ta alif mim ya lam..
soh dia translate

AZANI said...

ladhu kot...

anjang said...

dia orang ni memang suka yang manis-manis kot termasuklah adik manis di malaysia

ashley said...

ibusinga,
..hehehe..tulisan macam togeh tu?

azani,
wahhh..ko pun jadi expert nih!

anjng,
ho ho ho.
apa nak heran kan?...
nama pun manusia.
elok suaikenal! bersoreh soreh..
Kitakan satu datuk Adam dan nenek Hawa?

et said...

hurm..yg petak tu ade rase kacang x? mcm pernah rase je neh..^^

kucingorengemok said...

adakah yang segi tu mempunyai suji? halwa suji kot? bulat rupa mcm gulab jamun (tau nama tak pernah rasa). benci tauuuu chop kita expert part tu :p

ashley said...

ET,
ha ah..rasa ada kacang kacang sikit. tapi lembut macam bengkang. tak crunchy.

KOG,
patut ko rasa dua dua nih...
MANISSSSSSS..
kesian kuih tu dok dalam peti ais.
penat dia terbang dari Pakistan.

expert...satu PENGANUGERAHAN TU!!
okay wat...
he he

Abu Ikhlas said...

kueh cam cekodok tu nama gulap jamu. cuba rendam dalam fresh milk and tabur grounf pistachio and chill dlm peti ais. mesti sedap gile.....

ashley said...

abu ikhlas,
oh ye ker...okay, nanti boleh try sebab trsimpan jer dalam peti ais..tak der sapa nak jamah.