Monday, January 04, 2010

Sibuk..

Salam,

Waktu aku kat US DULU (1987-1990), kebanyakan pelajar yang beragama Kristian dari kalangan ORANG PUTIH tak peduli pun nak masuk CHAPEL yang ada kat kolej aku tu. Chapel tu ada seorang BRADER Priest yang dok jaga. Lengang ja CHAPEL depa.
Tak meriah langsung.

Bila aku tanya seorang kawan yang beragama KRISTIAN, pasai apa CHAPEL tu sunyi?
Kawan aku tu kata, ni kawasan BANDARAYA...
Orang tak ambil KISAH pasai agama sangat.

Tapi berbeza ngan PAK ITAM ngan MAK ITAM. Depa ni rajin sikit la pi Church depa. Bila di amat amati....kemungkinan besar sebab Pak ITAM dan Mak ITAM ni adalah dari kalangan orang miskin dan masih tertindas jadi depa nak minta kekuatan dari TUHAN supaya hidup depa ada peningkatan.

Bila aku tanya kengkawan MAT atau MINAH SALLEH ni, KEBANYAKANNYA memang malas nak pi CHURCH time pagi ahad tu sebab malam SABTU depa berparty sakan...jadi tak kuasa nak bangun awal awal pi CHURCH pada pagi AHAD.

Kut nak meramaikan CHAPEL kat sekolah aku tu pada pagi AHAD ialah dari kalangan pelajar KOREA yang menjadi penganut KRISTIAN yang agak mantap. Kalau pelajar ORANG PUTIH KRISTIAN lain...hmmmmm..malam je party, malamnya party!!
Haru sungguh!

Aku juga pernah tanya pada seorang kawan...Mat Salleh la.
Dia religious ka atau tak?
Dia jawab, kalau religious yang aku maksudkan itu ialah percaya kepada adanya tuhan maka dia percaya akan ujudnya tuhan....
tapi....
kalau religious yang aku maksudkan itu samada dia pergi CHURCH ataupun tidak maka dia jawab dia bukanlah seorang pengunjung CHURCH yang RAJIN. Sekali setahun ja...tu pun waktu dekat dekat "EASTER"...dan mak dia yang ajak pi sama sama.
Lelain dia tak ambik kisah pun.

Okay... korang pikir sendiri awat yang GENG CHURCH kat NEGARA MALAYSIA ni pulak dok BERSABORK sangat nak guna KALIMAH ALLAH tu untuk refer TUHAN ( yang depa maksudkan)!!
Yang kat negara orang PUTIH sana tu, tak pedulik langsung CHURCH DEPA..tapi yang kat sini sesaja nak KUIS dan KUIZ bab nih!!

Selama ni depa dok guna JESUS CHRIST THE LORD!!...guna ja lah perkataan tu.
SESAJA jer kan?

KORANG PIKIR PIKIR....agak agak la pasai apa?
rasa rasanya banyak mana dah ORANG MELAYU YANG "RANAP" diKRISTIANkan?
Agak agak laaa.....kan?
Kalau tidak, takkan la depa DARING ENOUGH!!

Errrr...agak agak entry nih nak kena BLOCK ka?
aku suruh pikiag ja..takkan takleh.

Kadang orang lain ni berani sangat sebab depa dah rasa depa DAPAT BERDIRI GAGAH.
Dan mungkin sebab depa tengok ORANG ISLAM pun dok HENYAK kalimah ALLAH itu sebab depa jadi BERANI!!

Agak agak berapa ramai dari kita yang rajin memeriahkan/mengimarahkan surau/madrasah/musalla/masjid di tempat kerja masing masing? Kejiranan masing masing? Kampung masing masing? Kediaman masing masing?....kalau tak, takkan lah depa BERANI sangat kan?

Masjid Besi di PuTRAjaYA dan Masjid KRISTAL, GANU tu berapa saf jemaahnya setiap waktu?

saja tanyaaaaaaa...

sekian

1 comment:

Anonymous said...

Assalam mu alaikum wr wbt
Pertama, yang sangat beria-ia benar utuk tunjuk kehebatan tu bukan yang kulit putih, tetapi kulit hitam juga...
Kedua, orang Melayu Islam di Malaysia ni dah sangat lemah kerana kena racun pemikiran seperti yang diingatkan oleh Rasulullah SAW...
Daripada Abu Sa’id Al Khudri r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkel, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau masksudkan?”. Nabi SAW menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”. (Hadis riwayat Muslim).
Matan Arabnya ada tapi tak pandai nak postkan..