Waktu itu di hujung hujung semester. Cuaca pula tak menentu kerana peralihan musim antara musim salji dan musim bunga. Ada masanya salji masih turun lagi. Ada masanya pula dah panas. Jadi adakalanya terpaksa pakai 'winter coat' dan adakalanya pula 'spring jacket' pun dah memadai.
Oleh kerana tubuh badanku masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan peralihan cuaca itu maka aku telah demam selsema yang agak teruk. Sekejap sejuk, sekejap panas. Tapi aku tetap pergi kelas. Tambahan pula di hujung semester peperiksaan akhir akan diadakan. Banyak yang terpaksa diulangkaji. Dan di kelas kelas akhir inilah juga pensyarah mula memberi tips/klu soalan yang bakal ditanya. Jadi aku tidak mahu ketinggalan.
Hari itu ada kelas STATICS. Kelas yang aku gemari. Kelas yang diajar oleh seorang pensyarah wanita berasal dari Greek, Dr Maria. Aku ke kelas bersama dengan kawanku, si Zain. Hanya aku dan dia sahaja pelajar dari Malaysia di kelas Dr Maria itu. Pelajarnya ada lebih kurang 40-50 orang. Kelas bermula jam 10 pagi.
Aku sudah rasa tak sedap badan. Zain bertanya samada aku perlu keluar awal. Aku kata tak mengapa. Aku boleh terus berada dalam kelas. Sekejap aku rasa sejuk kemudian aku rasa panas. Kepala aku rasa pening sangat. Berdenyut denyut. Aaaahhh.....migraine aku sudah datang.
Mujur kelas itu hanya berlangsung satu jam sahaja. Selesai kelas, aku dan Zain menuju ke Students' Center, tempat pertemuan kebanyakan pelajar. Jarak antara E-building dengan Students' Center tidak berapa jauh. Hanya lebih kurang 200 ratus meter sahaja tapi disebabkan badan aku rasa tak berapa sihat dan kepala aku terlalu berat maka aku rasa ianya sangat jauh.
Sewaktu aku menolak revolving door bangunan Students' Center itu...tiba tiba pemandangan aku rasa gelap.
Bupppppp...aku jatuh tersepuk.
Sekejap jer...lebih kurang sepuluh minit.
Aku terasa badan aku diangkat orang dan terdengar riuh rendah suara budak budak Arab.
.
.
.
Sedar sedar si budak Zain tengah sengih sengih ngan gelas berisi air kat tangan. ( Zain ni budak lelaki Mesia....yang kecik dan kiut sahaja..ha ha ha)
"Weiii..awat hang pitam betui betui pintu tu!" kata dia.
"Hang tau dak budak AROB angkat hang..."
.
.
.
Mak aiiiiii...Malunya kena DOKONG ngan seorang pelajar lelaki AROBBBB!!
Tobat aku REDHO tak pitam dahhhh!!
Selepas itu, kepoh di kalangan budak budak Mesia berita tentang aku pitam depan pintu masuk Students' Center. Biasa la..kannnnn.
Sorang Senior, Bro Ad, insist aku pergi hospital petang itu juga. Dia tolong bawakan. Sebagai junior, aku kena patuh aaaa kan. Sat lagi kalau ada perkara yang lebih buruk terjadi, nyusahkan geng geng senior juga.
Dari pemeriksaan doktor, aku terkena kejutan cuaca, under stress dan kurang tidur....plus DEMAM!!
sekian
11 comments:
Ahaa... Pitam dek perubahan cuaca dan tekanan semasa study? Biasalah kak.
Saya dulu, semasa di UPM, belakang kolej ada dusun contoh. Kami masuk cari durian, tapi saya dapat tangkap anak ayam hutan.
Saya bawak balik dan boh dalam kotak. Tapia anak ayam tu tak henti menciap sepanjang malam. Habis sati blok boleh dengo bunyinya. Saya lak rasa lain macam, badan seram sejuk dan malam itu juga saya demam.
Kawan-kawan kolej nasihatkan saya 'pulangkan' anak ayam tu.
Pagi esoknya, saya pulangkan anak ayam hutan tu di tempat saya tangkap. Selepas tu saya balik. Menjelang petang, demam saya kebah.
Kebetulankah kak?
Kisah benar tu, tahun 1993, Kolej ke-5 UPM, Serdang...
Berahimnyok,
ko bawa balik anak ayam hutan ke atau anak ayam jadian...he he he
jangan memain!!
Area UKM pun boleh tahan 'kerasnya.
biasanya ash pitam ni pasal darah tak naik kepala....sayapun pernah...masa zaman kadet dulu...tau tau dah baring kat tanah...
azani,
berpinau bijik mata tengah paneh tuuu..
Pak Arob angkat stail macamana??
kendong..??
sangkut di bahu??
di belakang??macam jepun??
:)
ibusinga,
aku kan PITAM...
mujur PITAM...ha ha ha ha
.
.
.
lepas tu bila nampak geng Pak Arob, aku rasa macam nak pakai PURDAH!!
it happened to me also bila ada perubahn cuaca. Tak semua orang dapat the benefit nak jadi darah sejuk kan...
abu ikhlas.
salam,
oh ye..nak nak pula kalau baru nak merasa perbezaan musim dan cuaca itu.
ashley ukm tu memang keras banyak bangunan batu, jangan marah hah
keeeeee.... seronok kak!?~
hahaha...
aku demam la kak hr nih... alahai...
.
anjang,
ha ha ...lawak aaaaaa lawaaaakkk
TM,
tak pa..nanti suruh darling you PIKUL!! ha ha
Post a Comment