Friday, December 18, 2009

Perahu pecah? what? where? when?

Salam,

PERAHU PECAH tu sebenornya nama makanan.
Ala ala siam gitu.
Tak pernah dengar??
Ish ish ish.....
Tu la...ni le nak berkabor nih.

Masakan nih aku masak malam tadi.
Ini portion aku..
sikit jer kan?
KUNUNnya nak diet la memalam.
tak yah le mentekedarah nasik banyak banyak.

Okay.... balik kepada tujuan asal.
Barang siapa yang nak tahu cara memasak PERAHU PECAH,
sila ikuti bait bait ungkapan dalam resepi di bawah..
VERY POETIC TAK BAHASA?
ha ha ha ha
Bahan.
Segala jenis seafood
Udang, sotong, ketam, ikan, lala...
pendek kata yang nelayan tangkap bok naik dalam perahu lah
Tapi malam tadi aku hanya dapat tangkap udang, sotong dan ikan siakap kat pasar..
jadi itu je la seafood aku..sumber protein yang bagus.
2 paket tomyam
daun saderi,
tomato,
serai 4 perdu...errr i mean 4 batang,
cili padi agak agak nak berpinar pedas taruh 7 genggam!! ha ha ha
tapi aku boh 7 biji jer..
air limau nipis
daun limau purut
bunga kobis
santan
dan kalau suka, boh la daun ketumbar!!
cara memasak exactly macam TOM YAM
cuma ditambahi dengan santan sahaja pada akhir akhir masakan.
CARA NAK MASAK TOM YAM????
TAK TAU???!!
pi ketuk ketampi 200 kali!!!!...
he he he
sekian

7 comments:

geraugebang said...

Patut lah perahu pecah. Banyak benor bahannya. Bukan perahu je pecah, Bonet keta pun pecah kalau isi benda banyak tu. ki ki kik

anjang said...

jangan pecah perut udah le, ha ha ha

ASH said...

gerau,
bukan bonet keta yang pecah, poket punnn..ha ha ha

anjang,
...uish melampau tuh!
ha ha ha

Anonymous said...

cissssssssssss.........
tertipu aku!!!!!!!!!!
and..
daun kumbang pon enter frame gak...

ASH said...

ibusinga,
aku tak nampak unsur unsur penipuan di sini...
ha ha ha...mungkin ko keliru kut.
aku tak buat 'gores dan menang'!
.
.
daun kumbang tu ada hak juga..
wakakakaka

tasekM said...

daun kumbang...? hahaha.... itu hari aku nk cakap daun kumbang tu laaaa aku pi cakap daun lipas. ha ha.

kak... aku kan... kalau dah masuk siakap sekali, auto kembang2 tekak aku... he he.


.

ASH said...

TM,
ko ni macam macam..
daun kumbang,
kembang tekak..
.
.
jah mesti protes.
sebab dia sama taste ngan aku.
suka daun ketumbar ngan siakap!!
ha ha ha