Salam,
Waktu tu Aku dan Ann jalan jalan..sopping sopping kat Marshall Field, sebuah Mall di tengah tengah bandaraya Chicago.
Ann sebenarnya belajar kat Kalamazoo. Dia saja nak jalan jalan kat Chicago masa cuti break seminggu. ( yang ye nye TUJUAN UTAMA lebih kepada nak jumpa pak we dia yang satu U ngan aku...ha ha ha ha)
Oleh kerana masa kat KPP, Ann rapat ngan aku, jadi dia lebih senang bermalam selama seminggu itu di rumah aku. Masa ni aku hanya tinggal di studio apartment. Apartment yang disewa USD375 sebulan itu merupakan sebuah apartment pelajar di universiti aku.
Hari tu kami keluar naik CTA ( train) dari university aku ke Downtown. Ronda ronda, window shopping. Keluar masuk department store. Bila masuk Marshall Field, Ann belikan sehelai baju tidur untuk aku...
Wahh...hadiah untuk perkahwinan aku..KAH KAH KAH..kelakar kawan aku nih!
Tapi aku tetap GUMBIRA..ye lahhh. Baju tidur tu cantik.
Lepas lenguh kaki naik turun Marshall Field, Ann nak telipon PAK WE dia..( kawan aku juga sebenornya...)Maka kami pun singgah kat satu public phone bersebelahan pintu keluar Marshall Field tu.
Masa ni tengah salji turun tau..Awal Januari.
"Dalam dalam salji dok tengah turun, nak telipon juga budak nih..." sungut aku dalam hati sebab gigil juga nunggu luar pondok telefon. Dia dalam pondok tu tak lah gigil.
Aku?? Brrr...Brrr...Brr...
Agak lama juga la makcik tu telefon. Almaklum...orang tengah HANGIT bercinta.
Sebaik dia keluar dari pondok tu, entah dari mana datangnya seorang MAK ITAM yang besar dan GEMPAL lari dan rempuh dia. Ann TERTOMOIH kat sidewalk. BELEPUK muka dia kena pavement. Berdarah habis gigi dan bibirnya.
Aku tergamam sekejap tengok kawan aku TERTOMOIH gitu. Mak Itam ini pun jatuh tertiarap juga sebab rempuh kawan aku.
Apekejadah Mak ITAM ni lari lintang pukang tak nampak orang. Pastu tu dua orang Pak Guard Marshall Field datang tangkap dia. Rupa rupanya Mak Itam ni cuba melarikan sehelai coat kulit. Gilerr...Mencopek siang siang hari gitu. Ingat senang senang nak lepas.
Padan muka kena tangkap juga akhirnya.
Tapi kawan aku? Masa berdarah tu lap ngan tisu. Tisu habis, ambik salji untuk kurangkan pendarahan dan bengkak kat bibir. Ye laaa..bibir kena PAVEMENT youuuu!
Aiseh...nanti nak jumpa PAKWE kan...
seksi macam ANGELINA JOLIE.
ha ha ha ha
p/s sebenornya iktibar dari kejadian ni adalah :-
.......jangan siksa kawan dengan membiarkan dia kesejukan!!
kui kui kui...tuhan balas.
sekian
14 comments:
hang kena belajar meditasi memanaskan badan la kak. he he.
.
kihkihkih
tak tahan baca tang iktibar tu...
patutnya masuk je la dlm tu sekali, buat conference call, hehehe
tak boleh jadi, orang lain syok kat dalam kita gigil kat luar. Angelina Jolie wow, den suko tu
TM,
aku cuba jugakk...tapi telinga aku tak leh KOSENTRATE!!
ha ha ha
terpesong..
ibusinga,
....buat karangan lari tajuk ngan conclusion!
betui tak?
KOG,
....tak daya aku nak mendengar sembang sembang orang bercinta nih!
anjang,
...hah!
ko BRAD PITT kerrr..
adoiii...sha yang patah gigi, retak jaw dek kena penangan kayu hoki nieh pon leh ngilu baca posting nieh kak...adoooiii...sakit..sakit..
Cheryna,
sian ko kena kayu hoki...
tapi dah baik kan?
...tapi Pakwe kawan akak tu boleh ketawa bila dengor!!
CISSSS..
mujur akhirnya mereka kahwin juga.
Dok sorang ke, studio 325 sebulan? Scholarship berapa sebulan? Sure loaded ni...
Saya dah kerja baru dok studio sorang.
GJ,
Tak!!
mana boleh dok sorang...
Mula mula tu ye la..
Merapak bayar sewa.
Sewa rumah kena bayar deposit lagi...
pokai liau.
Meminjam dari tunang di Boston..
ha ha ha.
Lepas tu nasib ada budak dari negara Cina yang sudi jadi teman sebilik. Mujur dia mau patuh peraturan.
Awek Melayu lain tak dak ka kat Chicago tuh?
..saja nak bagi INTERNATIONAL!!
salam ash,harap bibirnya taklah berparut, tapi bibir memang satu tisu yang amat mudah terluka, anyway, dia jumpa tak pakwe dia lepas tu...and sekarang ni jadi hubby and wife?
Azani,
mahunya tidaaakkkk...ha ha ha
dah anak lima wehhh
Post a Comment