Tuesday, December 15, 2009

Kunyah sireh??? anyone

Salam,
Di bawah ni ialah gambar daun sireh.
Daun sireh yang ditanam di belakang rumah Mak mertua aku yang ke2.

Kegunaan daun sireh ini bukan sahaja untuk kunyahan tapi dalam dunia perubatan tradisional ianya juga pernah digunakan untuk memberhentikan darah pada tubuh badan yang terluka.

Kenapa sireh mesti diletakkan pada tepaknya seperti dalam gambar di bawah ini?
Kenapa ianya menjadi simbol penting dalam adat resam tradisional orang orang Melayu?
Pada masa dahulu tetamu disambut dengan sireh pinang ketika memulakan tutur bicara yang penting.
Kenapa?
Pada masa sekarang, tepak sireh ini tiada lagi berperanan sebagai alat penting dalam membuka bicara bahkan ramai dari kita yang tidak tahu langsung bahan yang perlu dibubuh di dalam cembul pada tepak sireh di atas.
Malah ramai dari kita juga tidak tahu bagaimana cara untuk mengunyah daun daun sireh itu..
Mengunyah daun sireh ini sebenarnya lebih kpada satu tabiat.
Seperti juga menyentel tembakau.
Dan aku rasa ianya bukanlah satu tabiat yang baik.
Malah ianya juga boleh mendatangkan bahaya pada gusi kerana bahan kunyahan yang diletakkan pada daun sireh itu antaranya adalah kapur.
Kapur boleh mengakibat kanser gusi jika ianya digunakan secara berlebih lebihan.
Rasa daun sireh yang pedas pedas pahit ini juga tidaklah berapa digemari oleh generasi sekarang.
Biarpun suatu masa dulu mengunyah daun sireh merupakan tabiat yang dijadikan adat penting...tapi sekiranya ianya mendatangkan keburukan maka adalah lebih baik tabiat ini ditinggalkan.

13 comments:

anjang said...

pernah jumpa ke sirih bertemu urat?
Sirih banyak kegunaannya, juga bertindak sebagai antseptik semulajdi

Gurindam Jiwa said...

Mak Mentua yg ke2?

lukmanw@gmail.com said...

Di Taiwan, Sirih & Kapur tlh dikomersialkan. Dijual di tepi jalan di tgh bandar olh gadis-gadis berpakaian seksi mengoda.

Lukmanw

kucingorengemok said...

zaman dulu gaknya konyel (=kunyah) sirih ni sama macam orang skrg hisap rokok la... rasa cool abis! tapi at least kalau sirih kanser kat gusi sendiri... asap rokok syer dengan orang keliling

Anonymous said...

Assalam mu alaikum wr wbt.
Pertama, Dekat rumah aku masih ada pokok sirih. Pokok itu ditanam oleh arwah mak aku.
Kedua, Sirih pinang memang penting kepada tradisi orang melayu. Antaranya, kalau nak merisik mencari menantu, dipanggil pergi meminang. Kalau isteri nak beranak dan nak cop bidan disebut meminang bidan. Untuk memulakan kata bicara, tepak sirih dihulur dahulu.
Ketiga, sememangnya daun sirih yang dicampur kapur dan gambir mempunyai khasiat perubatan, sekurang-kurangnya air kapur,sirih dan gambir (warna merah) boleh mengubat kulit yang terkena ulat belencas yang gatal..
Keempat, kira-kira boleh buat enteri khusus tentang kapur, sirih dan gambir.

tasekM said...

aku sampai sekarang keliru daun sireh, daun kadok, daun lada hitam.

serupa!

:)

Anonymous said...

dulu selalu belek2 daun sirih kat kampung...kot2 jumpa sirih yang bertemu urat tu,,

ASH said...

Anjang,
daun sireh memang ada gunanya tapi kalau dengan kapur makan tu yang ada side effectnya..

GJ,
Pak mertua kahwin TIGA DAAAA!!

Lukman,
kalau kunyah mulut berlendiag merah,TERGODA ke??
euuuwww..

ASH said...

KOG,
aku pernah rasa sekali daun sireh ni..tak rasa cool pun!
ha ha..
isap rokok? jauh simpang laaaa..

Pak Usup AlBerangque,
dulu pernah buat presentation kat kelas komunikasi pasal sireh dan tepak nih...
SUATU MASA DULU!

TM,
daun kadok lebih lembut.
tang bau tu lain laaaaa dari sireh.
Bau daun sireh kan outstanding sikit. daun lada hitam nak kena pi Seghawak la kuttt.
ha ha

ibusinga,
daru dok bele Orat daun sireh, baik belek ORAT KETING...ha ha

aza ni said...

salam hidayatun,
sirih ini chewing gum zaman dahulu, pembuka bicara.selain gambir , kapur ada juga letak pudina dan cengkih,saya pernah rasa di leboh ampang, ada satu ane jual, dia bawa basikal ada peti di belakang, dah lama tak nampak,masa tu saya baru umur 20.

Nizam.Ariff said...

Aku suka makan pucuk kaduk buat ulam...

sedap! Aromanya yang mengasyikkan

tasekM said...

kak, tak payah pi sergawak. umah opah aku kat teluk intan tu pun ada pokok lada hitam. daun mmg nk serupa. pokok pun pesen panjat2 jugak.

:)


.

ASH said...

Azani,
aku tak tahan tengok ane main sembur sembur lepas kunyah itu daun sireh...
ha ha

Nizam,
pucuk daun kadok hiris halus halus campur dengan ulaman lain...masuk dalam nasi putih panas panas...
FULAMAK!!

TM,
tumpang dah ada benih tu...
hang tanam la barang lima nam ekar...
he he jadi pengusaha lada hitam TELOK INTAN wehhh