Wednesday, December 02, 2009

Kusyuk..

Salam,

Mak Minah pergi bersolat ke surau malam itu. Pak Malau juga. Mereka suami isteri memang selalu berjemaah di surau. Nak dapat pahala berjemaah. Memang bagus. 27 kali lebih daripada bersolat seorang diri.

Jiran mereka, Gayah dan Dolah, sepasang suami isteri yang masih muda. Beranak tiga. Anak yang sulung baru 5 tahun. Yang kedua 3 tahun dan yang ketiga setahun setengah.
Gayah juga rajin ke surau. Begitu juga Dolah. Mereka tiada orang gaji di rumah kerana Gayah hanyalah seorang suri rumah tangga. Gayah pergi ke surau mengusung ketiga tiga anaknya, Qassim, Abdullah dan Ibrahim.

Qassim, si anak sulung, faham bagaimana sepatutnya dia berkelakuan di surau. Jadi dia akan mengikut si bapa untuk solat berjemaah bersama. Tetapi dia tidak mahu berjauhan daripada bapanya. Bila bersolat berjemaah, Qassim berdiri bersebelahan dengan bapanya. Mahu tidak mahu, bapanya terpaksa memilih untuk berdiri di hujung saf.

Tapi adakalanya jemaah lain datang lewat dan menyambung saf di tepi Qassim.
Maka ada jemaah dewasa yang menegur bapa Qassim kerana meletakkan kanak kanak 5 tahun di tengah tengah saf..
TERPUTUS SAF katanya.

Walhal, Qassim sudah mumaiyiz. Sudah tahu bersih dan kotor. Dia pun sudah disunatkan semenjak berumur 3 hari. Dan dia sudah tahu cara cara bersolat serta juga bacaan dalam solat kerana dia telah belajar di tadikanya.

Pak Malau jiran mereka sering menegur bapa Qassim.

"Tak payah la bawa budak budak ke surau. Tak kusyuk orang lain nak solat!!" kata Pak Malau pada Dolah.

Dolah hanya diam.

Abdullah dan Ibrahim pula bersama sama dengan ibu mereka sewaktu solat berjemaah.

Abdullah sering bermain main di tepi dinding dan dia tahu bahawasanya dia tidak patut melintas di hadapan ibu ibu yang sedang bersolat. Berkali kali sudah ibunya berpesan. Dia hanya bermain main seorang diri. Tetapi adakalanya bagi kanak kanak yang berumur 3 tahun, perasaan ingin tahunya datang dan dia akan pergi menjengah muka ibunya untuk melihat apa yang Gayah sedang lakukan.

Adiknya, Ibrahim, adalah kanak kanak lelaki yang berumur kurang dari dua tahun. Dia telah dibersihkan dan dimandikan sebelum di bawa ke surau. Gayah cukup teliti hal ini kerana anaknya itu akan didukungnya ketika solat. Gayah tahu cara untuk bersolat sambil menjaga anak kecil.
Tapi ramai kaum ibu menegurnya kerana melakukan pergerakan yang luar dari kebiasaan orang lain.

Isteri Pak Malau, Mak Minah juga tidak senang akan hal ini.

" Rimas aku tengok kamu sembahyang, Gayah. Apa susah susah bawa anak kecik datang suro. Ko duduk je kat rumah. Sembahyang kat rumah. Lebih afdhal. Lagipun senang orang lain nak kusyuk dengar kuliah dan sebagainya. Tidak la asyik terdengar anak ko menangis aje.."

Gayah juga sudah lali perihal itu. Gayah tetap pergi kerana selain bersolat, Gayah ingin mendengar kuliah pengajian yang disampaikan oleh ustaz ustaz yang ada. Lagipun, kalau bukan sekarang, bila lagikah waktu yang dia ada untuk menambah ilmu serta membawa anaknya bersama. Dari sekecil inilah dia hendak membiasakan anaknya ke surau. Hatinya berdoa agar ahli jemaah lain yang kebanyakannya terdiri daripada warga emas dapat memahami.

Dan adakalanya bila pertanyaan ini diajukannya kepada Mak Minah,

" Makcik, hari ini makcik datang kuliahkan. Apa yang Ustaz ajar ? Saya UZUR."

" ENTAHLAH...MAK MINAH TERLELAP TADI..."

.........................sigh.


sekian


p/s cerita ini adalah rekaan semata mata tetapi banyak berdasarkan pemerhatian penulis....
he he he

6 comments:

et said...

iye, teringat mase solat sunat raye aritu..tapi, mslhnye, mkck tu dr awal lg da duduk kat tgh2 saf, dgn bawak anak2 die..haizz..nk tegur, x sempat..huu~ sedey2..

ASH said...

ET,
cerita ini adalah rekaan semata mata..

IKTIBAR :
Bagi yang ada anak kena tahu bagaimana untuk behave and control their children...kerana tak SEMUA orang gemar pada anak kecil.

Bagi yang dewasa pula, kena bagi ruang pada anak anak ini untuk datang ke surau kerana surau adalah rumah ALLAH dan setiap individu berhak untuk datang mengimarahkannya.

Kadang kadang disebabkan PENTINGKAN keselesaan diri, kita TERlupa bahawa insan insan kecil ini juga ada hak mereka.

Anonymous said...

Assalam mu alaikum
Ajarlah dan biasakan anak-anak datang ke surau dan masjid. Nanti bila besar tidaklah suka merayau ketempat yang tak elok.
Alah bisa tegal biasa....
Yang tua tu, mereka tak diajar ke surau masa kecil dulu... itu sebab jadi bgitu...

kucingorengemok said...

kat tempat lama dulu budak² yang suka buat bising main dalam surau tu, mak bapaknya takde pun, dok rumah je...

Brahim Nyior said...

Salam kak Hida,

Saya akan pastikan anak-anak duduk diam selepas solat di masjid, tapi dah namanya budak-budak, asal ada ruang kosong di dewan masjid, mau saja deme berlari-lari, terutama kalau masjid tu kosong (kalau saya musafir, masjidlah tempat rehat dalam perjalanan)

Ada gak kes budak yang kononnya ke masjid, tapi melepak luar masjid isap rokok.

Mak bapak ingat pergi masjid. Idup-idup kena tipu dengan anak remaja mereka.

ASH said...

Pak Usop AlBerangque,
Masalahnya, budak budak kecik ni tak nanges atau buat bising pun dah ada yang naik rimas.

Dan sometimes bila Ustaz bagi ceramah kat depan, makcik makcik yang syok berFORUM kat belakang..tak der pulak kena marah!

KOG,
mak bapak nak PRIVASI kat rumah..ha ha ha..so hantor anak gi surau jadi wakil!

Berahimnyok,
Isap rokok kat tangga mesejid?
Hmmmm
Orang tua pun AGAK RAMAI bagi contoh. Inikan pulak budak remaja.
Dan kalau tak nak kena tipu, mak bapak kena la pergi solat sama sama setiap waktu..