Tuesday, June 09, 2009

Terfikir tak nak berwasiat?

Salam,

Sebenarnya dalam seronok seronok menyakat orang dalam blog ni, sepatutnyalah bagi orang yang dah masuk golongan 'season' macam AKU ni nulis surat wasiat.
Ya lah..umurpun dah nak masuk empat POLOH dua. Golongan AMPAT POLOHAN ni sebenornya, penyakit dah sangat suka nak hinggap..

Penyakit tu sebenornya sebab musabab jer.. Tapi yang sebetuinya dah memang adat hidup ni berakhir ngan MATI. Tak de sapa juga yang terlepas.

Kadang kadang tak sakit pun mati juga..
Tengah jogging pun mati juga..
Tengah main bola pun mati juga..
Tengah makan makan pun mati juga.
Tengah tidur pun boleh mati juga..
Kiranya bila dah sampai ajal..tak ada yang boleh menghalang.

Macam semalam..aku dapat message dari adik aku.

Bunyi message " Ustazah Kalsom, isteri cikgu Zain Semanggol meninggal kat Mekah"

Ustazah Kalsom ni sebenornya ustazah aku dari darjah dua hingga darjah empat. Dia dah pencen dah le. Rumah dia tepi sekolah rendah. Zaman sekolah rendah dulu, kalau raya memang mesti pergi lah rumah dia.

Eerrr..Tujuan utama : Kutip duit raya. Mesti dapat dua posen..Kira banyak la tuu.

Ustazahnya baik. Tak la garang sangat tapi agak tegas juga.
Hmmm..dah pergi mengadap Ilahi.
Meninggal di Mekah, tengah buat Umrah.
Innalillahi wa inna ilahi rajiun..

Hmmm..adik adik aku yang bertiga tu, apa khabar gamaknya.
Sekarang cuaca panas kat Mekah ni. Musim SUMMER...

okay la..berbalik kepada berwasiat.

Sebenarnya kita semua dituntut berwasiat yakni berpesan dan sebaik baiknya ditulis sebelum masuk tidur setiap malam. Tapi siapa kat sini yang rajin buat wasiat sebelum tidur?..
ANGKAT TANGAN?!!

Aku pun takkk.. Tak teringat pun.

Tumpang aku dah ingat ni..bior le aku tulis kat sini ek..
MANA LE TAHUUU kan.

Ini wasiat aku :-

1. Aku tak de le harta..emas perak entah..rasanya tak da. Kalau ada pun sebentuk cincin..entah kat mana aku letak..he he he..sila jual kalau terjumpa dan dermakan duitnya pada rumah anak yatim.

2. Segala baju, kain, tudung..kalau sesiapa dari anak anak aku nak ambik, ambik la..tapi kalau demer tak nak, bagi le pada yang nak..especially makcik makcik yang datang minta sedekah. Yang buruk buruk..buang aje le. Tak usah disimpan simpan..BUAT MENYEMAK rumah.

3. Buku buku aku, kalau ada yang nak, sila berikan..Kalau tak nak, hantar pada KHUTUB KHANAH BANGI tuuu..bior ada orang yang baca.

4. Harta berupa barang elektrik seperti kamera, komputer, mesin jahit..pepandailah anak anak aku faraidkan di antara mereka.

5. KERETA?? itu laki aku punya..

6. Duit kwsp..faraidkan...walaupun se COET.

7. Duit tabung haji...tak le banyak mana..tapi sila bayar hutang aku kalau kalau ada??? ada ke? DAN TOLONG GUNA UNTUK UPAH HAJIuntuk aku DULU!!
Kut ada baki, dermakan pada PASTI sikit..sebelum komer FARAIDKAN selebihnya..

8. Tanah?? ada ker?..entah ler..SEPATUTNYA ada le bahagian aku..tapi..hmmmmm..
pepandai le orang yang hidup MEMFARAIDKAN pada suami dan anak anak aku yang berduyun tu....bab tanah ni leceh..kadang bertahun tahun tak selesai!!

LELAIN..??

lantak suami aku le..
kut dia nak nikah lain..
suka hati dia le....
aku mana boleh masuk campur!!
KANNNNNNNN...( cam geram jer?? he he he..)

Pun begitu aku minta ampun maaf kat semua oranglah termasuk SUAMI TERCINTA, MAK aku, MAK MERTUA yang bertiga tu, TOK mertua, AYAH mertua, adik adik, anak anak, mak ayah sedara, sepupu sepapat yang dikenali atau pun tidak..dan semua individu yang kenal dan pernah berhubungan ngan aku..

sedihnya..
relakan aku pergi BILA TIBA WAKTU ku pula..

jangan lupa DOAKAN segala kebaikan untukku..

psssstt..tak lupa juga.
sesapa yang ada hutang ngan aku, sila bayar pada anak anak aku..
kalau tak mampu?..ha ha ha..korang tanggung esok..
ishhhh tak kira
KORANG USAHA LAH DULU untuk bayor!!


sekian.

16 comments:

Brahim Nyior said...

Kak, penah dengo lagu kumpulan UNGU? Andaiku Tahu.. Lagu tu amat menyentuh perasaan dan memberi kesedaran.

Kematian tak lewat daripada jadual yang ditetapkan.

Andaiku tahu
Kapan tiba ajalku
ku akan memohon
tuhan tolong panjangkan umurku

Andaiku tahu
Kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku

Aku takut akan segala dosa-dosaku
........................
........................


Semua duit ringgit, pangkat dan kedudukan tak ada nilai di sisi Allah apabila kita menghadapNya..

ASH said...

Berahimnyok..
maap ler..kumpulan kumpulan penyanyi terkini ni usahkan tahu lagu, kenal pun idak tak berapa..

Nizam.Ariff said...

Aku minta maaf zahir dan bathin, makan minum minta halalkan.... err

Eh, dah raya ke?

ASH said...

Nizam,
bila masa kamu makan minum kat ghumah aku??

..patutnya aku le minta maap..
kut terkasor bahasa..tersinggung perasaan..tercuak hati..ter ter ter...dan ter lagi..

sesama le maap kan.

Tijah said...

aku pun mintak mahap ler kat ko yer kak. kot ada tersinggung terkasar bahasa ker kan selama kita kena dialam mayer nih...
(cam pagi raya plak...)

srrootttttt!!!!

(kesat hengus...mintak tisu kat kakpah)

aza ni said...

aku pun minta maaf,gurau senda, kasar tulis,entri yang tak patut...

ASH said...

Tijah,
aku ampunkan...he he he..
aku pun minta maap juga..
akan akan datang kut panjang umur aku lagi..
tulis nagter kamu lagi..minta maap juga le sesiap..

Azani,
aku pun..kata kamu badak ke..apa ker..

sob sob sob sob..

minta maap untuk kesalahan yang dah lepas, yang hari ini dan yang akan datang..
kenang daku dalam doamu..

ibundo said...

woi..woi..apasal semua main mintak-mintak maap ni. Dah raya ke....

DrSam said...

setuju benor tu. Tak ramai yang teringat bab-bab wasit ni. Mungkin masih percaya esok masih ada.

cerita bab mati ni...ada juga yang masih hidup tapi dah mati...mati pucuk, mati akal dan mati hati antaranya. Nauzubillah.

Blog ni tak ada tinggal wasiat untuk sesiapa sambung ke ;)

tasekM said...

perrghhh... ramainya mak mertua kak...?

:)

ASH said...

Kakpah,
aku juga nak minta mahappp kak kakpah..
halalkan segala hutang piutangku..

wakakaka..

...kita main minta mahap kut kut le tak sempat..
NAK TUNGGU raya dua tiga bulan lagi!!
Kalau kojol kang sebelum tu, dah TERHUTANG BUDI!!

ASH said...

Dr Sam,
Siapa lah yang nak meWARISi blog aku ini..
sob sob sob..

TINGGAL 'puSAKA'??

ASH said...

TM,
aku kahwin 3 kali kah?
atau pak mertua aku berkahwin 3?

he he he..

Madu nya berdua jer..
Yang satu telah di'lepas'kan.

GPI said...

emm...

Masa kat Masjidil Haram, kami berdua (dgn Na) ada lalu tepi 4 jenazah..yg akan disolatkan lps Zohor. (Ahad lepas)

lps tu balik hotel, dpt msg dr Sha..
tentang kematian...

ASH said...

SKSV,
adakah di antara jenazah itu jenazah Ustazah Umi Kalsom?

GPI said...

kalau ikut gerak hatinya..
ada dalam tu.

Tapi nak ta.. nya sapa..
bukan kita tau sapa person-in-caj bhgn hal jenazah ni..

tp yg penting, kami ada solatkan jenazahnya.. kira lega la sikit...

bekas guru ku juga.. masa darjah 1