Sunday, June 28, 2009

Jom pekena nasi lemak sat..

Salam,

Aku tau...ye.. aku tau..
Aku memang pemalas sebenarnya nak main masak masak ni.
Bila pepagi jer, aku asyik ke kedai. Macam kedai makan tu mak bapak aku punya.

Senang..
Aku pergi ngan suami. Makan bihun ke..makan nasi lemak ke. Makan lontong ke. Makan soto ke.

Nak kata masak sendiri?
PEPAGI?..
Hmmmmmmm... IN YOUR DREAMMMMMM....

Tapi entah mimpi apa aku malam tadi..
dalam kerenyaian hujan malam tadi..
tetiba bangun tidur jer aku dapat satu idea untuk mensurprisekan semua orang.
Aku kata AKU NAK MASAK NASI LEMAK PAGI NI..

(errrr sebenarnya tak de le aku rajin nak masak pukul 5 atau 6 pagi! Dah pukul 8 lebih sebenarnya..ha ha ha)


amacam? nasi lemak aku nampak cam terliur tak?

1) ada sambal udang ngan petai

2) ada telur rebus

3) ada timun

4) ada ikan bilis goreng...

Sekira kiranya dah cukup sifat le juga nasi lemak aku ni...

Jom..aku ajar sesiapa yang nak tahu cara cara buat nasi lemak. MY STYLE!!

Macam biasa..Kena masak Nasi la dulu.
Nasi lemak : 4 cawan beras
1 biji santan kelapa
1 kuntum bunga lawang ( kalau tak kenai bunga lawang pergi TM nya blog)
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga ( tak kenai buah pelaga?..meh aku lagakan pala korang)
1 keping?ketul? kerat? kulit kayu manis
2 helai daun pandan ( diikat cam reben..ha ha ha)
sedikit halba ( aku suka boh halba dalam nasi lemak aku..walaupun orang kata cam nasi dagang le pulak)
garam secubit BUKAN segenggam ye!
Caranya :
Beras dibersihkan elok elok. Ukur airnya. Masuk santan..Agak agak le yek..Ukuran macam masak nasi biasa cuma dicampur santan. Lepas tu campak segala bahan yang lelain tu kedalam periuk sekali ngan beras. Ini masak dalam periuk KARAN jadi tak susah hati nak hangit!



Godaan UDANG MASAK TUMIS LAK...dengan PETAI!!
alaaaa..sempoi beebb.
Bahan : Udang - suka hatilah kan banyak mana. Cekau je le kat market tu.
Cabai kering barang 10 biji. direndam dalam air panas.
Bawang besor barang 2 ketul.
Kicap sikit.
Gula sikit.
Belacan.
Air asam JAWA..
Garam secukupnya.
Petai agak le barang 10 mata. Minyak untuk menumis.
Cara nak buat :
Kisar cabai kering yang dah dibuat biji bersama ngan bawang besor dan belacan.
Tumis bahan kisar sampai cantik berkilat dan keluar aromanya. Masukkan sikit kicap. Kemudian masuk udang. Kacau..Udang dah agak masak.. masukkan gula, garam dan air asam JAWA.
Dan akhirnya masukkan petai dan bawang besor yang dipotong bulat...
SONANG EHHH!
Untuk menjimatkan masa, sambil buat sambal udang ni juga..anda eloklah merebus telur barang 5 atau 6 biji sesuai dengan keperluan sajian anda..
he he he.
Jangan lupa eh..Dah direbus masak telur tu, terus masukkan dalam air sejuk untuk CANTIKKAN telur. Tak lah ia LOBAM MACAM bijik mato kono TUMBUK!
ITU TIPS TU..
Jangan LUPO!
Pastu gorenglah ikan bilis TERPILIH yang telah dibeli dari PULAU PANGKOR. Ikan BILIS lain TAK SODAP! Yang dari PANGKOR juga yang THE BEST!! ambik yang dah dibuang segala taik dan kepalanya...kalau ada ikan sepat kering pun, sedap juga makan ngan nasi lemak ni.
he he he..
PROMOTE NEGERI SENDIRI LAH KAN...
Kupas timun dan hirislah sesuka hati korang sebagai ulam ulamannya..
Aku malas nak rebus kangkung tau!
amacam...nak cuba? silakan...
Ini adalah hidangan BRUNCH (breakfast dengan lunch) sebab dihidangkan around jam 9.30 am.
Baru TERBUKA bijik mata anak anak aku yang sedap berlengkau lagi tu..
sekian.


14 comments:

AZANI said...

ha baiklah puan ashley, sungguh menyelerakan.

ashley said...

buat..
jangan setakat telan air liur jerr..

Tijah said...

err...i on diet nih. wakakaka...

zafi said...

adoi laaaaaaaaaa
lapa dan2... :P
adoiiiiiii post nasi lemak!!!

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

kata orang makan lemak2 tak bagus..hi hi..

tapikan..mak aih..satu piyok bak..ha ha ha..

ashley said...

Tij,
cm kelako jer..ON DIET..hi hi hi

Zafi,
amacam..ko hidangkan ala ala the Naked Chef kat kengkawan di sana.

cikgooden,
bukan aku nampak ko tibai nasik lemak memalam itu hari?

Nizam.Ariff said...

Aku suka taruk telur suku masak (yang kuningnya masih cair) atas nasik lemak yang panas-panas. Lepas tu gaul... perrrghh. Telur tu sebati dengan nasik lemak.

Gila kolesterol tu.. hahah

ashley said...

Nizam,
alang alang dah banyak kolesterol kan..biar bertimbun timbun..
betui tak?

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

kak hida:..

ha ha ha....

nak bawak derian pi bangi?..tengok la kalau ada lagi masa tu...email la no.phone.....

siti_m said...

setuju memang ikan bilis pangkor lebih sedap dari tempat lain. Sebab duk kat manjung jadi bila nak balik kg je mesti ada yang pesan ikan bilis pangkor

ashley said...

Cikgooden,
alaaaa...
kan hang ada no telipon LukmanW..
anyway..
bagi aku email add hang..
ha ha ha
psstt....
mana nak tau.
kut aku nak suruh hang taboh gendang raya ka nanti!!

SitiM,
dah ada penyokong ni!!
Orang Peghelih pun dah sokong aku nampaknya!
maju PERAK untuk semua..
PEGHAK BOLEHHHHH..
he he he he

muslimat parit said...

Salam ,,,dinda..Bila nak masak pulut durian..anak-anak menakan aku tu dah teringin kut nak makan pulut derian...mai Bota..makan derian...beli je la..pokok tak berbuah...

ashley said...

alahai..alahai..
I tengah tunggu durian Batu Kurou..

Pulut derian...
hmmmm tak de yang sebut sebut lagi.

ari tu adalah makan SERIMUKA DOGHOYAN...
angin laaa..

ashley said...

Sis Muslimat parit,

Mak minat berjalan kalut,
Hendak ke pasar membeli ikan;
Biarkan saja dengan itu pulut,
Anak tak kisah, apa apa pun demer makan..