Friday, June 12, 2009

Macam macam berita sekarang ni kan?

Salam,

Berita isteri kena tikam sampai mati oleh suaminya kat Taman Sri Andalas, Kelang.
Ngeri..
Apo kono si laki tu main tikam tikam isteri pulak ni, hah?

Kalau perompak masuk ghumah macam kat Ipoh hari tu kira cam boleh diterima akal la..
Ini suami sendiri.
Haiihhh... LETIH!

Waktu aku kat Wangsa Maju dulu, yang boleh pindah cari rumah kat Bangi ni, sebab berjiran ngan keluarga yang kaki gaduh la. Laki bini asyik gaduuuuuhh. Tak kira siang malam. Rumah pulak rumah flet. Pening kepala.

Physically and mentally, diri kita pun tension sama bila dengark jiran bergaduh macam nak berbunuh bunuh..

Yang jiran aku tu, laki dia kaki mabuk. Bila petangnya dok lepak kat kedai, tunggang botoi. Pastu bila balik, bini dia siap sedia ngan penyapu. Bergaduh kadang sampai dua pagi. Kadang suami balik tengah tengah malam, depa dok berpuntau silat. Terajang gedebang gedebung. Aku ngan suami tengah tidork pun boleh terkejut jaga.

Kita pun naik tension dengar suami isteri bergaduh terjerit jerit macam tu..

Masalah utama : Alcoholic!

Suami tu pun kadang kadang bawak balik ayah dia. Ayah dia pun kaki minum.
Sekali tu polis datang mai ketuk pintu ghumah. Orang jumpa ayah lelaki tu terpuruk kat dalam longkang. Hidup lagi..Tapi tengah high..

Bila polis bawak balik ayah si lelaki tu, depa berkelahi pulak anak beranak..
MEMANG TUNGGANG LANGGANG habih ghomah tangga.

haih..

Suatu hari ghumah depa takdak letrik sebab lama tak bayark bill. Laki dia dengan mulut yang berbau arak mai tanya ghumah kami...kut boleh sambung masuk karan.
Suami aku tak nak bagi.

Lepas tu dia masuk ghumah menyanyi nyanyi kutuk kami..Hmmm..

Aku kesian kat anak anak depa ja. Anak ada dua. Waktu tu yang kakaknya umug 6/7 tahun. Yang adik dalam 2/3 tahun gitu..

Entah apa jadi kat depa sekarang ni. Elok kami dok situ dua tahun, jiran kami tu kena keluag dari situ sebab tak bayark sewa ghumah dan tak bayark segala bill letrik, ayark dan juga gas..( Wangsa Maju ada paip gas pakai meter! dulu la..)

Alcoholics..Rumah tangga boleh jadi kucar kacir.

sekian.

10 comments:

tasikmerah said...

cepat betul 4 tahun berlalu.... aku kembali mengomen. hahahaha....

kak, aku syak akibat tekanan hidup la kak.... haih....



.

kakpah said...

orang mesia ni skarang ramai yang sakit jiwa. kepala hotak dah tak betul. kalau tak, takkan ada yag mendera pembantu rumah sampai lecur kena siram air panas. Dah tu yang hempas anak baru sepuluh bulan atas katil sampai mati tu satu hal lagi plak.
Tu kepala hotak tak betul la tu.

Nizam.Ariff said...

Bukan alkoholic saje.

Workakolic pun sama, anak bini habis berantakan...

Addyaholic tak tau lak aku...

ashley said...

TM,
kalau hang majuk 4 tahun, kena tunggu tahun 2013 baru dapat kek..
ha ha ha..
mujur bucuk buccuk akak ni tak bawak diri tepi kolam Taman Buaya, kalau tidak mesti ada yang tak lena tidur.
.
.
.
tekanan hidup tidak semestinya dapat diselesaikan dengan membunuh orang..
Jadi penangkap buaya lebih baik dari bunuh bini sendiri.

kakpah,
sikit hari orang yang dalam bidang Psychology tak menang tangan nak tangani masalah orang lain.

Nizam,
adakah alcoholic, workaholic dan addyaholic memberi kesan yang sama dalam masyarakat kita hari ini?

jom kita suruh addyholic fikirkan..
dia mesti dapat selesaikan masalah nii..he he he

Nizam.Ariff said...

Jenuh addyaholic fikir masalah negara ni... hahaha

DrSam said...

masaloh betul kalau dah akal tidak dapat membuat pertimbangan yang betul.

arsaili said...

salam..so say no to achohol

ummumishkah said...

kena kembali kepada Islam..
salam ziarah! :)

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

sedap sangat ka yang depa dok kalut minum?..
tapi kan..la ni, tak sebab kaki tongang pun, rumah tangga ada berantakan jugak...banyak sebab dan musabab la kak...curang, misalnya..misal la , misal...

tasikmerah said...

addyaholic tak terfikir la aku syak... tengok. dia haram tak komen. hehehehe....

:p


.