Wednesday, June 10, 2009

Kadang di atas, kadang di bawah..

Salam,

Hidup ini ibarat roda kan? Ada masanya kita di atas. Ada masanya kita di bawah.
Bila kita berada di bawah..jangan berasa terlalu hina sebab InsyaAllah satu hari mungkin kita berada di atas.
Dan apabila berada di atas pula, jangan pula kita tak sedor diri kerana satu hari mungkin kita akan turun kembali ke bawah..

he he he..
falsafah..falsafah..

aku sebenornya nak cerita time aku naik EYE-On-MALAYSIA hari tu.

Ada cerita kelakor gak la waktu naik tu.
Aku, suami, Maryam, Raudhah dan Rahmah yang naik waktu malam.
To be fair, esoknya waktu siang, abahnya angkut Husna, Zainab, Muhammad dan Huda untuk naik pula.

Yang waktu malam tu, ..Kami berlima naik le RODA IMPIAN tu.
Aku seram sejuk jugak tetapi bercampur excitement. Thrill la nak naik menda menda cam gini. Rahmah anak aku yang umur 10 tahun tu memang la excited habis. Maryam pulak selambe dekk jer..


Sekali aku tengok si Raudhah dah gelisah semacam. Cam takut jer. So dia duduk jer diam diam..
Bila dah satu round, dia ingat dah habis. Kami pun ingat dah habis juga. Sekali roda ni pusing lagi. Suami aku kata bagus lah. Lama sikit baru berbaloi..
Si Raudhah lagi pucat. Dia kata bila nak habis ni..

Aku tanya dia apasal. Dia kata sakit perut nak terberak!!..ha ha ha..
Aku kata tunggu le kejap. Tiga kali kut pusing nanti dia berhenti la.

Tup tup habis tiga round, roda tu tak berhenti jugak.
Ayoooo..kakcik ni dah pucat pucat tahan... nak terberak! KATANYA..

RISAU JUGA AKU NI kut kut dia TERKUCIL DALAM SELUAR kat dalam cable car tu.
Mahu PONING orang yang akan masuk selepas kami!!
he he he


Berbeza benor dengan si Rahmah..yang happy ni...TERUJA..
Sekali dah habis round sampai enam kali, barulah kami keluar.
Elok keluar jer dari cable tu, RAUDAH terus menjerit dengan gembiranya..
"HAH!! DAH LEGA DAH...TAK SAKIT PERUT DAH!!"
CISSS...budak ni!
sekian


8 comments:

tasikmerah said...

aku naik dulu 5 pusingan je... ni mcm mana ko naik 6 pusingan ni kak...

rasuah le tu...

ha ha.

:p

AZANI said...

ha...nak ketawa ada nak kesihan pun ada..pakcik faham rasa rahmah tu..pasal pakcik pernah jem dengan perut memulas....berpeluh dahi...

ashley said...

TM,
aku pun tak tahu laaa..
ha ha ha..
lima round je ko dapat?

gamaknya saja nak bagi perut anak aku tu bergelodak..
round enam kali!!

ashley said...

Azani..
RAUDHAH yang KATA sakit perut..
haboook jer..
walhal takutt!!

Rahmah hepi selamberrr..

Nizam.Ariff said...

Roda kehidupan, sekejap kat atas, sekejap kat bawah. Aku dah naik roda kehidupan berkali-kali... asyik kat bawah je... bila la operator motor tu nak pusingkan buai aku ni? isk isk..

ashley said...

Nizam,
tip nya senang jer..usaha, doa, tawakkal..
he he he..

Tijah said...

hahaha. tu bukan nak berak...butterfly in stamak namo eh tu. oh tinginnyer aku nak nek rolerkoster

ashley said...

tijah,
macam macam anak ni kan..
Mana rollercoaster yang best kat mesia ni selain genting?