Wednesday, June 24, 2009

Orang kaya....

Salam,


Seronok kan kalau jadi kaya..
Boleh tidur atas duit..

Jadikan duit macam bantal.
Boleh jadikan duit cam tissue jugak.
Untuk lap lap misai, kalau basah.
ha ha ha..



Hari ni, seorang bapa pulangkan duit sebelas ringgit pada cikgu.
Bapa ni kata seorang rakan anaknya bernama F telah berikan duit itu kepada anaknya.
Hmm..


Budak F niiii..


Hari tu kami nampak seorang rakannya bermain main dengan duit RM50.
Kami tanya siapa punya duit tu..

F juga!!


Jadi hari ini aku buat siasatan.
Bila F datangnya, aku terus check beg dia. Belek poket beg.
Geledah beg dia yang banyak compartment tu.

Ada bekal. Bagus..
Ada botol air..biasa..


Hmmm ada TABUNG??
Okay..Jom buka tabungnya.


ADA DUA RATUS SEPULUH RINGGIT!!!
MAK AAIIIII..BUDAK NI!


KOREK KOREK LAGI..
ada dompet cop gambar otroman..KOSONG..
tak per..
ada dabai..cop BEN TEN..ada duit ENAM PULUH SATU HINGGIT..


Nak buat apa duit duit ni dibawak ke sekolah?
11 + 210 + 61 = 282.


Terus telefon mak budak ni.
Hmm..
mak dia tak tahu menahu yang dia ada bawa tabung berisi duit duit tu..
Mak dia syak dia ambik dari dompet ayahnya..

Hmmm..

AYAH..duit manyak sangat ke? Hampir tiga ratus lesap tak sedar??
Tsk..tsk..tsk..

ORANG BANGI NI MEMANG KAYA KAYA ...
KUTTTTTT!!!

sekian

8 comments:

tasikmerah said...

kirim salam ke abah dia. hahaha..

:p

kakpah said...

mak datuk ai.. sampai tak terperasan duit tu takde. Jangan jadi habit sampai ke besar dah lah budak tu.

ashley said...

TM,
ye..aku tau. ko memang suka bab kirim kirim salam ni..
mengeratkan UKHUWAH mukmin sejati..
ha ha ha..

kakpah,
kaya kan orang Bangi?

Tijah said...

ni yg aku nak jadi cekgu nih....
*tetiba...

ashley said...

Tijah,
nak nak cikgu Tedika kan?
sila isi borang permohonan..

Insyirah said...

Terer...terer..

Saya kata budak tu terer. Kecil-kecil dah pandai pow senyap-senyap.

Nik Ha said...

Psst..suh bdk F sedekah kat acik ni sket boleh..he..he..

ashley said...

Insyirah,
akak rasa budak tu dia ingat duit lima puloh tu sama gak ngan duit singgit..tu pasal dia main ambik jer tuuu..

Nik ha,
nanti saya contact ayah Dak F..dia buleh sedekah ke tak kat acik ni..
ha ha ha..