Wednesday, June 17, 2009

Catatan kisahku..

Salam

Sewaktu aku di USA, aku banyak travel keluar dari kampus aku. Cuti ajer aku mesti travel keluar daripada Chicago. Bukan tak best tinggal di kota besar Chicago tu tapi aku hendak juga ambil tahu tempat tempat lain selain tempat yang aku belajar tu.


Travel yang paling hebat sekali ialah sewaktu aku pergi ke Niagara Falls tu..Waktu tu kawan aku yang tinggal di Evansville, Indiana mengajak aku travel bersama sama dengannya. Tak silap aku kami travel selama hampir dua minggu. Dari midwest ke east coast dan terus ke Canada.


Sebenarnya kalau jadi pelajar di sana, cost travel hanyalah minyak, makan dan belanja untuk masuk ke tempat tempat yang memerlukan bayaran. Kos tempat tinggal almost zero! Sudah menjadi adat resam pelajar Malaysia di USA, kalau travel dan singgah di bandar bandar besar seperti Washington, New York, Boston, Chicago, LA, dan sebagainya, ada sahaja pelajar yang terbuka hati untuk memberi tumpang tinggal di rumah mereka. Kita pun hanya bermalam sahaja dan sewaktu siangnya kita akan berkunjung meninjau tempat tempat yang terkenal di bandar itu.



Dan jika anda bernasib baik, ada rakan yang dengan rela hati akan menawarkan khidmat sebagai pemandu pelancong TANPA BAYARAN kepada anda..BAIK KAN? Itulah kelebihannya travel sewaktu menjadi students dulu.


Bangunan SEARS TOWER...landmark Chicago

Dan sebagai pelajar yang tinggal di Chicago ( sebuah bandar besar) maka rumah aku pun sering disinggahi oleh rakan rakan dari luar yang ingin menjelajah bandar Chicago. Adakalanya aku jadi pemandu pelancong membawa rakan rakan naik ke bangunan pencakar langit seperti Sears Tower dan John Hancock Buliding. Aku juga membawa rakan pergi ke Museum of Science, Museum of Arts, Museum of History. Selain dari itu, Chicago juga mempunyai Aquarium yang menarik dan tersendiri. Di bandar Chicago, anda juga boleh pergi ke zoo yang terdapat tidak jauh dari pusat bandar. Tarikan yang terdapat di Lincoln Park Zoo sewaktu itu ialah terdapat beruang kutub yang putih dan besar...Uishhh..best!!

Bangunan Aquarium di Chicago.. Museum of History..yang bersebelahan

Tetapi tarikan yang menarik ramai kengkawan pompuan waktu aku kat sana DULU ialah..ha ha ha..apabila di bawa bershopping ke Carson Pirie Scott dan Marshall Field. Dua gedung membeli belah yang mewah dan cukup besar di tengah tengah bandaraya Chicago. He he he..tapi aku kalau mai kat sini buat lenguh kaki ngan sakit belakang ja..nak termuntah tengok barang barang..



Punya besag tempatnya dan punya banyak barang TETAPI punya la mahai!! Setakat BUAT WINDOW SHOPPING boleh le..Cuma sewaktu ada sale..datang juga sebab harga cadar ngan tuala akan diturunkan sampai 70%..Kalau time gini aku berebut gak la membelinya..ha ha ha..

Tak silap aku, Carson Pirie Scott ni pun dah mengalami zaman kemerosotannya akibat kemelut ekonomi.

Saingan kepada Carson Pirie Scott ialah Marshall Field. Gedung membeli belah ni punya la besag. Memang seronok..JAMU MATA..Tapi senasib juga ngan Carson Pirie Scott, dengar khabar, Marshall Field yang GAH suatu waktu aku kat US dulu pun dah terkubur dan bertukar menjadi MACY's.



Di Chicago, pengangkutan awam yang paling penting sekali ialah train. Terdapat train dari arah Selatan Chicago menuju Utaranya. Satu lagi pengangkutan yang sering aku gunakan ialah bas. Pun begitu train dan bas ada relation antara satu sama lain. Dulu, pengguna boleh membeli tiket yang membolehkan kenderaan ini dinaiki sebanyak 3 kali samada train, bas, train ataupun bas, train, bas dengan hanya US2.50 kemana mana sahaja dalam masa satu hari itu. Itu menjimatkan sekiranya kita hendak ke sana dan ke mari bagi tujuan lawatan.



Aku hanya pernah menggunakan khidmat teksi di Chicago sekali sahaja.Itu pun sewaktu pulang dari Malaysia setelah bercuti panjang. Aku menaiki teksi dari O'Hare airport bersama ngan seorang rakan kerana sudah terlalu penat dan agak JETLAG....

Begitulah serba sedikit catatan hidupku sewaktu di Chicago, Illinois..Mungkin akan aku ceritakan lagi serba sedikit kisahku dimasa akan datang. Jangan jelak..

Sekian.

4 comments:

Nizam.Ariff said...

Bila nak pi lagi?
Biasanya, kalau ada peluang mesti lawat semula tempat2 tu utk imbau kenangan manis zaman hippies dulu...

Nizam.Ariff said...

Err... zaman hippie tu lama sangat ke?

ashley said...

Kalau anak aku dapat pi US, ada la harapan..

aku kecik lagi la zaman hippies tuu..masa aku kat US tu, zaman ROCK!! ZAMAN BATU!! ngeh ngeh..

lukmanw@gmail.com said...

Hidayah

Agak-agak kalau aku pi US setahun dua ni ada ke student yg nak bagi tumpang tidur "-)

Sippp.............

Lukman :-)