Thursday, June 25, 2009

Cam belia....

Salam,

Aku dan suami bersiar siar kat Taman Tasik Perdana. Lama dulu..memang dah lama. Hampir 19 tahun yang lalu. Masa tu aku pakai baju maxi. Labuh. Besar..Sebab perut aku pun dah besar. Sarat sangat. Kami jalan jalan. Tambahan bila dah dekat dekat nak bersalin. Elok exercise kalau dah dekat tarikh bersalin. Nak nak pula kalau anak pertama.

Aku jalan jalan tepi tasik. Tengok orang sana sini. Ada yang jogging. Ada yang exercise. Ada yang duduk duduk. Dua duaan pun ada.

Sekali orang lalu lalang tengok husband ngan aku.


Seorang kakak beranak dua tegur, " Adik, kakak adik tu tak yah le jalan jalan sangat kat pokok kayu tu..banyak akar..Nanti jatuh!"

Aku beralih kiri kanan.

Kakak tu cakap kat HUSBAND aku rupanya..
.
.
.
.
.
.
.
CISSS!!

sekian

6 comments:

tasikmerah said...

hahahaha... sabor je lah kak. ha ha.



.

ashley said...

Aku tak kisah..
husband aku yang CAM NAK TELAN kakak tuuu...

AZANI said...

kita serupa la ashley,aku selalu dipanggol pakcik, wife dipanggil kakak, kira lagi teruk ooo.

ashley said...

azani..
itu biase le tu..
Man suppose to look OLDER than His wife!
ha ha ha

Insyirah said...

Hahaha. Akak, ada sorg kawan saya. Bila dia jalan dgn suami dia, orang akan tanya pada suami dia...itu anak awak ke. Gila bengang suami kawan saya. Kawan saya tu rendang-rendang je orangnya. Tapi muka tak ada la macam budak ke apa.

ashley said...

he he he..mujur orang tak buat cam tu kat aku..kan??