Saturday, June 13, 2009

kerusi gegar..

Salam,

Kalau le aku ada kerusi yang bergegar gegar tu mesti lega sikit belakang aku ni. Kalau le aku ada kerusi gegar yang kasi getar kaki dan otak tu mesti angin kus kus keluar sikit dari badan ni.
Hari ni aku jadi MAMAK..walaupun aku seorang MAMA dan bukan MAMAK..

TUKANG BANCUH TEH TARIK KAW KAW!!
masak ayark, hangkut ayark panas..dan bancuh ayark teh.
TU KERJA AKU dan entah berapa kenduri dah niih..

Hari ni ada kenduri kat rumah jiran. Semenjak petang semalam sampai petang tadi, sanak sedara dan jiran tetangga habis semua kena keluarkan peluh dan lemak lemak dari badan.

Kami gotong royong kat rumah jiran. Masak dan rewang.

Malam ni kepala dan badan aku pula rasa terawang awang..
WOOOii penat wooooiii...

Sapa nak tolong reflexkan badan aku ni!!

psttt ..errrr..kakpah, pinjam bibik aini sat!

sekian

13 comments:

Nizam.Ariff said...

Selalu dengar perkataan 'rewang' tapi kalau tak silap aku, maksud rewang dalam bahasa jawe ialah 'tolong'.
Tapi tak sesuai jika digunakan utk menjerit minta tolong. Seperti kena kejar rimau, jangan pulak jerit 'rewang! rewang!' lak, nanti memang direwang dek rimau.

Kalau dari segi istilah org skrg ni, rewang lebih kepada masak-masak di kenduri kendara...

Ada sesapa yang cukup Jawe yang boleh tolong mengesahkannya? (psst: perkataan 'tolong' dalam ayat ni pun tak sesuai kalau ditukar kepada rewang)

Tijah said...

alaa...ko suh jer anak ko pijak2 blakang ko kak. misti sodap...

AZANI said...

menurut kembarasalik.wordpress.com
rewang adalah "Pada satu-satu majlis kenduri perkahwinan seumpama ini, kami adik-beradik akan dikerah untuk balik dan berkumpul dalam satu keluarga besar untuk sama-sama membantu majlis perkahwinan tersebut. Adat inilah yang dipanggil dengan istilah REWANG"
aku tak psti adakah rewang ini bermula dari dikerah untuk berkumpul, atau mula dari setelah berkumpul.

AZANI said...

tentang picit picit tu aku rasa tak perlu, cuba yang ini,ada bath tub tak?kalau ada penuhkan tub dengan air sejuk + panas, sesuam yang boleh, garam,kalau ada garam bukit lagi baik, larutkan dalam air,limau nipis/limau purut/kasturi ,potongkan, ini untuk bahan scrub badan, aroma dia menyegarkan, berendamlah selama mungkin.kalau tak da tub, ok sediakan air sebaldi,masukkan garam, limau tadi perah dalam baldi,gayungkan air dari bawah bawa ke atas, masuknya dari kaki bawa ke pinggang,naik ke atas.Scrub limau tadi ke selutuh badan, bila habis baru bilas dengan air bersih.
Selamat mencuba.

kakpah said...

Patut la sari suntuk sonyap yo. Banyak kojo. Heh.. tijah punyo sajesyen tu okay per. Suruh bebudak tu loncat-loncat atau poco poco je belakang ko. gerenti ko tak bangun-bangun sebab sedap.

Azani tu dah boleh bukak spa dah tu.

kak ina kl said...

salam..akak yang ada kerusi urut pun tak guna selalu...

lagi best gi kat spa...boleh keluar air liur kalau dia urut..sedapppppppp

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

badan tak pernah buat kerja berat, jadi lagu tu la.kut..he heh

ashley said...

Nizam,
ayat aku :'Masak dan rewang'..so jadi maksudnya 'masak dan tolong'..
Yang aku faham 'rewang' beerti 'bekerjasama dan tolong menolong untuk kerja kerja kenduri..'..
habis cerita.

Tijah,
depa suka lompat kat belakang.
nanti patahlah tulang tulang aku tuuu.

azani,
ko ada spa 'house of healin' ke?

kakpah,
hari ni pergi K.lipis lak..hantar Maryam...semalam si Husna pinjam laptop ni sampai seharian..buat kerja last minit.

ashley said...

kak Ina,
esok lusa kena pergi mengurut kat Mak indon traditional..
tak yah spa spa...baru KAW!

cikgooden,
mana ada orng kenduri tiap tiap hari..
memang la sekali sekala...

btw, deret perumahan kami ni, aku yang dikira antara yang junior..depa semua dah bermenantu ngan bercucu..
kami ja dok beranak kecik lagi...
so kena lah kerja lebih sikit.
kak kak tu semua lagi la..

Dah duduk susah nak bangun.
Dah bangun susah nak duduk..
he he he

DrSam said...

jiran tetangga yang muafakat memang membawa berkat. Cadangan saya, setiap kali selepas upacara rewang eloklah bergotong royong beramai-ramai pakat urut badan pula (suami isteri le ye). Yang bujang tu, pandai-pandai lah.

tasikmerah said...

rewang kt melaka ni org panggil kendarat.

tasikmerah said...

azani, pi la tolong picit ashley sikiiiiiiiitttt..... hihihi...




.

ashley said...

DrSam,
Tolong menolong membawa berkat..itu BETUULLL..

TM,
Kendarat = kenduri yang berat??
ha ha ha
kendarat = kenduri pastu tak larat??
hi hi hi
kendarat = kenduri yang sarat marat??
neehhhh

TM,
KO JANGAN!!!
cik abang aku dah menjeling ni hah!