Monday, June 01, 2009

Bangi-Melaka-JB-Melaka..

Salam..

Dari Bangi ke arah Selatan,
Singgah sebentar menjenguk kak Chah,
Makan malam udang, ketam dan ikan,
Sakit perut lalu termuntah..

ha ha ha.....dondang sayang..

Dari Melaka turun ke JB,
Perut menyanyi tak sedap sungguh;
Nasib baik jumpa farmasi,
Kalau tidak, berjaga sampai ke subuh..

Masjid Abu Bakar indah dan anggun,
Istana Lama cantik berseri..
Danga Bay kini kian membangun,
Pantai Lido kesian...makin menyepi..

Rumah kawan di Jalan Abdul Samad,
Kawan lama di Universiti dulu;
Malang sibuknya yang teramat amat,
Tak pelahhhhh..aku balik dulu..

Kawan sekolah di Pasir Gudang,
Bila telefon tak dapat dapat.
Tengok tengok dah sampai Mersing..
Takpalah..kita buat hal masing masing..

he he he..
wei Mike..
aku tau la..hang takut aku serang hendap ghumah hang!!

Kalau bukan kerana kerja,
Tidak aku sampai ke JB,
Suami kerja..aku mengekor saja,
Umur panjang jumpa lagi..

Mentang mentang dah sampai Melaka,
Mahkota Century tempat lepak kami,
Malam ni nak makan apa??
Oh NO!! Serik nak tengok kerang kerangan lagiiiii!!

..............dondang sayang........apa yang berdondang?
perut aku yang tak berapa nak baik lagi.....

sekian..

7 comments:

kakpah said...

haha.. gembira nampak. berjalan sakan nampak.
Time aku next week. Weh... kedah.. hang tunggu kami mai..

GPI SKSV said...

kesiannya..

kerang tu depa rebus ke celup ja?

AZANI said...

ashley:pasir gudang?taman mawar ke?

ashley said...

kakpah,
Relax kakpah..tiang dua dah kami jengokkk..

sajau nak lawat lawat..
kat Melakau musim durian nuu...
Mujau kami tak beli satu ragau!!

Amboooiii nu nak pi Kedah nuuu..
Nak pi jumpa bakai Bisan ka?
Lajak pi makan cendoi puluit la kalau gituuu..
he he he

GPI SKSV,
bukan nyer makan...tapi mentekedarah..sebab tu jadi lagu ni!!
Bantai pulak Lokan ngan LALA..
Dia dok la la li li lu lu ler dalam perut!!


Azani,
Mike tu nama sebenarnya Mukri. Orang Peghelih..isterinya orang Taiping. Dok taman mana kat Pasir Gudang tu nak kena tanya dia la kannn..

Nizam.Ariff said...

Kerang-kerangan duduk kat dasar. Dia tangkap apa-apa yang dia dapat. Termasuk mendapan dan keladak. Org kata, kerang-kerangan tempat berkumpul hepatitis b, hidrogerum / merkuri dan kebanyakkan logam berat...

Tapi tak termasuk emas dan perak.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

pi danga Bay, terlajak tengok konsert sure heboh tak?..

ashley said...

Nizam,
lepas tu dia bagi keladak dalam toilet bowl pulak..

Cikgooden,
laki aku bawak aku berkelilau memalam cari klinik ngan farmasi kat JB tu
ha ha ha..