Thursday, June 25, 2009

Penjual kerepek..

Salam,

Empat belas tahun lalu. Kami kemas kemas halaman rumah baru.
Cangkul rumput liar. Harapan nak masuk rumah.
Pada minggu berikutnya.

Bila penat, aku ke sebelah.
Tegur jiran sebelah.
Pensyarah UKM.
Sembang sembang sekejap.

Datang penjual kerepek.. tanya nak beli kerepek ke..

Jiran aku geleng geleng kepala.
Kami sambung sembang. Kenal kenal..
dan aku masih di rumah sebelah.

Sekali aku dengar penjual kerepek tanya suami aku,

" Adik, mak ada kat dalam?"

Aku heran..

Suami aku kata, " Tak ada!"

TERUS SUAMI AKU YANG MASUK KE DALAM...

Tetiba jer aku baru terfikir:-
Apasal soalan itu yang ditanya oleh penjual kerepek.


Baru aku terkekek kekek.
Ketawa sorang sorang!!

Hmmm... ada ada saja.

sekian

4 comments:

Insyirah said...

Suami akak muka macam budak ke? Best juga eh kalau org yg muka muda-muda ni. Bleh la nak perasan muda skit. Hikhikhik..

ashley said...

Err..waktu anak empat orang dulu masih nampak cam muda belia lagi.
sekarang tak laaaa...dah beruban!
Husband akak tak suka jugak boyish looks yang dia dianugerahkan tu. Sebab..
in bisnes world, orang cam tak confident dengan kebolehan dan keupayaan kita..

'TOO YOUNG!! no xperience'..itu anggapan orang!
1st impression!

AZANI said...

ada awet muda ,kadang kadang banyak advantagenya, orang kata takda stress,seang hati, takda problem, mewah,bahagia.gitulah adanya.

ashley said...

ha ha ha..bahagia tu letaknya di hatikan?