Thursday, June 04, 2009

Anak kecil (1)

Salam,

Seorang anak kecil berumur 9 tahun terkial kial membasuh beras. Entah kali keberapa basuhannya. Anak itu mengagak mungkin ini yang mesti dilakukannya..membasuh beras berkali kali sehingga airnya bertukar menjadi jernih. Baru itu yang dikatakan bersih. Tiada lagi keruhan yang kedapatan.

Periuk nasi itu ditenggek di atas sebuah daput minyak tanah cap Butterfly. Anak itu sekali lagi terkial kial menyalakan api. Punat dapur dipusing terlebih dahulu. Dibiarkan minyak dari balang kaca itu mengalir masuk menyerap ke dalam sumbu. Lantas balang hitam berlubang yang menyerkup sumbu minyak diangkat. Sumbu tadi di bakar dengan menggunakan nyalaan kertas suratkhabar yang dikoyak..

Bubbbb...api menyala terang..
Oh! Api terlalu marak. Punat mesti diketatkan sedikit. Minyak terlalu banyak menyerap ke dalam sumbu dapur. Kalau api marak, bontot periuk akan hitam dengan jelaga. Nasi pulak akan masak terlalu cepat di bawah tetapi mentah di bahagian atas. Api mesti disederhanakan nyalaannya.

Kemudian nyalaan api menjadi biru. Anak kecil 9 tahun itu merasa lega. Kini boleh lah dia menyambung bermain batu seremban. Batu tujuh biji yang di lambung dan disambut secara bergilir gilir itu. Permainan itu cukup menggembirakannya. Permainan yang cukup cekap dilakukannya.
Anak kecil leka bermain batu seremban itu seorang diri. Dia mengira ngira berapa sudah jumlah batu yang berjaya disambutnya.
Nasi yang telah ditenggeknya langsung tidak diingati.

Tiba tiba...bau nasi hangit menerjah hidungnya.

"Oh! tidak....nasi dah hangit..Matilah aku dikerjakan ibu"

.
.
.
.
.

sekian

5 comments:

kakpah said...

hang la t. Ko tau tak, main batu seremban ni memang bagus. Aku dulu feveret tu main batu tujuh tu. Hari-hari main tu sampaikan aku pandai kira pakai congak je. Bagus tu untuk mengira. tapi bebudk sekarang tak main lagi dah. main ke?

Nizam.Ariff said...

main lambung-lambung batu tu ka?

best tu... jari boleh lentik ooo...

Tijah said...

aku sker main teng-teng jer kak. mencieh2 poluh...

ashley said...

kakpah,
anak main gak..tapi tak sehebat zaman saya..

nizam,
ye..pastu aku jadi penari makyong pulak!

ashley said...

tijah,
main teng teng takleh sorang sorang..main seremban boleh...