Wednesday, June 10, 2009

Salam dari Makatulmuqarramah..

Salam,

Ring....ring...kringg...(acah mak enon..)

Mana ada bunyi handphone cam gitu sangat dah sekarang ni. Sebenornya lagu yang berbunyi ialah lagu errrr..apa tah tajuknya..omputih ke spanish ke..tapi lagu tema cerita Latinos yang bunyinya.."VIVA..bla bla..VIVA..bla bla..".

Ha ha ha..tak tau tajuk..tak tau lirik. Aku pilih sebab sentimental dan tak menyakitkan telinga bila handphone aku berbunyi. Nak boh lagu Sudirman ke nasyid ke tak reti nak upload lagu masuk handphone..

( handphone baru sebenornya. Saja nak kabor...Yang lama dah terkopak!! )

Okay, bila dah berbunyi handphone tu rasa malaih jer nak ngangkat. Almaklum, mata nak kuyu kuyu dah gitu.
Haiiih..sapa pulak ngaco my Siesta ni.

Oh..tetengok nombor panjang berjela. Sah lah orang oversea..
Sapa lagi kalau bukan adik adik aku yang bertiga tu. Teruih semangat sikit nak bukak bijik mata.
Saja adik aku nak habag kata depa sihat kat Mekah tu.
Dah dapat buat 3 kali umrah. Bagus la.. Depa muda muda lagi..

Aku hari tu dapat 3 kali jer.

Dengan perut BOYOT mengandung 6 bulan aku tu. Time nak tawaf tak la letih sebab waktu aku pergi bulan Jun 2001 tu, memang orang tak ramai. Boleh masuk Hijr Ismail. Boleh tengok dua bekas tapak kaki Nabi Ibrahim kat Makam Ibrahim tu dengan jelas dan terang.

In fact, kalau aku nak cium Hajar Aswad tu pun boleh.
Tinggal lagi sebab aku pregnant, aku takut orang tolak aku dari belakang..tak pasal jatuh pulak...susah cerita. So aku tak la cium Hajar Aswad tu. Sekadar melambai saja.

Time yang agak letih ialah berjalan dari Safa ke Marwa sebanyak 7 kali tu. Yang tu suami aku seriau. Tapi sebenarnya aku berjalan sambil tawakal..
Semangat aku datang apabila mengenangkan Siti Hajar berlari lari anak mencari air untuk Ismail A.S yang masih bayi. Itulah yang mendorong aku untuk berjalan sambil berdoa. Terbayang saat Siti Hajar yang beranak kecil ditinggalkan di tempat yang gersang oleh suaminya Nabi Ibrahim A.S.
Mesti getir saat itu.
Mesti dahsyat ujian terhadapnya dan mesti penuh tawakkal jiwanya.

Hebat bukan?

Okay..sambung balik cerita adik aku telefon.

Dia orang sihat dan tanyakan aku nak minta doakan apa apa ke..

Hmmmm.....teringat Mawaddah yang suka meragam.

"Tolong doakan supaya jangan RAGAM nye itu membuatkan aku runsing dan kucar kacir."
"Tolong doakan bagi Muhammad tu boleh jadi HAFIZ Al-quran dan baik akhlak'..

...walaupun hari hari nengok kartun SPONGEBOB squarepant...cam maner??

Sebenarnya banyak lagi kalau aku nak senaraikan apa yang aku hajat. Tapi aku reservelah. Nanti pening kepala pulak adik aku nak doakan semuanya. Yang penting doakan kesejahteraan untuk kami semua dunia dan akhirat.

Haiiih..lepas tu dengor pulak bunyi sms 'ting ting ting' kat handphone aku tu.

SMS berbunyi ,
" Dah lm din x bc blog taknin. Apa citer trbaru? Jgn lupa masuk tjuk umrah kmi ni..he he he..Hr ni akn buat 4th umrah. Insyaallah"

HAMBOOOOI!!!..sibuk no la nak baca blog aku.
Weii..buat ibadah tu elok elok!
Kang kena denda kang..kambing sekor ke apa ker..

sekian

11 comments:

zafi said...

wahhhh
nak sangat ke mekah madinah (Tanah suci).... InsyaAllah...
ade rezeki nanti nak jugak2 sampai sana!!!
u take care!
Nice blog!

ashley said...

Insyaallah..ada niat, ada rezeki..sampai.

Nizam.Ariff said...

Aku suka tengok spongebob juga... tapi aku minat Patrick sebab lurus-lurus bodoh je.. daaaaa.. aaaa daaaa...


hehehe

Kak Ezza@makcik Blogger said...

salam ash....

akak ni kekadang maleh nk jawap tepon..nape ye

AZANI said...

Bila lah agaknya giliran saya nak ke sana?Masa ada kerja dulu,sibuk tak menentu, masa lapang ni, kerja pula tak menentu..

ashley said...

Nizam,
Ingat kut ko suka Crabby Pattie's Sponge Bob..he he he.

ashley said...

Kak Ezza,
bahasa tulisan ialah bahasa yang bisu..jadi orang yang berblog mungkin antara orang yang kurang suka bercakap dengan telefon..eh..BETUI KA?

..nanti saya sughuh Dr Fadilah Kamsah BUAT KAJIAN..he he he

Azani,
aku pun tak jangka aku boleh sampai..tapi Allah bagi rezeki menjadi tetamunya walaupun sekadar pergi Umrah...
aku dok tunggu giliran nak pergi Haji lak..
entah bila la tuuu..

KITA KENA SUNGGUH SUNGGUH DOA DAN USAHA..kadang kadang rezeki datang dalam keadaan yang tak disangka sangka!
Caya lah..

Insyirah said...

Mekah...insyaALLAH one day will reach there. Moga ALLAH permudahkan utk saya nanti...Amiin!

Ada kawan-kawan umur macam saya pun dah Hajjah. Tak apa, rezeki masing². InsyaALLAH if ada rezeki, moga sempat jejak kaki ke sana...mudah²an.

ashley said...

InsyaAllah..the day will come.Have Faith..

GPI SKSV said...

Syukran laki li haazal maudhu'.

wa kuntu qad da'tu bi maza sa'alti fil SMS inda ma towaftu fil haulal kaabah.

wa Insya Allah, narju ilal Allah an istajib dua'aana..

fuh! berbelit lg lidah ni..
dok ckp arab kat sana..

ashley said...

HAH! ngumpat aku aper tuu..mentang mentang le kakak kamu ni BUTA BAHASA ARAB...
nanti kejap, aku nak cakap Spanish jap!

he he he