Tuesday, June 09, 2009

Pantun 'Air'

Salam, Budak budak bermain air,
Air di kolam biru sekali,
Hati mana yang tidak cair,
Melihat kegembiraan yang diperolehi..

Air sungai mengalir deras,
Berombak air di laut luas,
Tapi anakku hendaklah awas,
Elakkan diri daripada nahas..
sekian..
* jawap cik adik cik kak cik abang...jawabbbb....


15 comments:

Nizam.Ariff said...

Anak udang main air,
Habis basah baju kebaya,
Anak-anak main air,
Habis basah baju bonda.


Anak ikan pergi menyelam,
Menyelam dalam lubuk dalam,
Anak-anak kalau menyelam,
Pastikan pakai seluar dalam.


Hah! Jawab balik kak...

AZANI said...

Budak budak bermain air
Bermain air di tepi kolam
Air nya diam tidak mengalir
Sambil berenang sambil menyelam

Beli borong beli pukal
VCD video dan juga keset
Jangan lupa bawa snorkel
kalau boleh bawa BA set

tolong sambung.kita kasi pantun terpanjang.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

pat pat siku lipat
mari makan kuih lepat
cepat cepat sapa cepat
sapa cepat dia dapat...

okey tak?..ha..jawab jawab..

ashley said...

WEi Nizam!!

Mana ada udang pakai baju kebaya?!!
Udang 'SPONGEBOB' KE WEHH?

kay anyway..aku jawab.

Awan berarak mendung berlalu,
Hati sedih menjadi ceria,
Otak ko memang otak blue,
Menda2 dalam tak main laaaa..

ashley said...

Azani,

Angin berhembus di tepi pantai,
Laut berombak di tengahari,
Snorkeling, Diving aku tak pandai,
Kena tinggai, menangis sendiri!!

waaaaaaa waaaaa waaaa...

ashley said...

Cikgooden,

Pak Ali pergi Siam..
Siapa tak pandai, tolong DIAM..

ha ha ha

Kuih talam, seri muka,
Tak pandai..padan muka!!

kui kui kui..

Biji saga warna merah,
Gurau aje, jangan marah!

Nizam.Ariff said...

Buai laju-laju sampai pucuk nangka,
Kebaya tu bukan ke akak yang punya?


Hilang siang terbit malam,
Terang malam kerana bulan,
kena le pakai yang dalam,
takut yang menyelam nanti hairan.



hahaha

ashley said...

Nizam,

Nizam Ariff ke pasaraya,
Seluar ketat nampak ngeri,
Berbaju kebaya aku tak daya,
Cik abang ketawa nampak gigi!

Siang terang malamnya kelam,
Memasang pukat di Ulu Jeli,
Alah..ko je lah fikir dalam dalam,
Ikan, udang..takder nyer peduli.

AZANI said...

anak kerbau mati tertambat
mati tertambat dipohon kelapa
masih boleh ,belum terlambat
nak belajar snorkeling, diving ke apa.

tasikmerah said...

minum air cicah biskut
weh kak aku nak ikutttttttt....!

ashley said...

Azani,

Anak kerbau mati tersiksa;
Tak diberi makan tuannya sendiri,
Nak snorkeling tak boleh di paksa;
Biarlah aku membawa diri..

hua hua hua..

ashley said...

TM,

Biskut meri,biskut kering..
Apa salahnya..jom pusing!!

Roti bun, roti gardenia,
Kita pusing satu dunia..

Air cekelat cicah semekut,
Nizam Ariff tak boleh ikut.

Kek marble, kek bantai,
Cikgooden, Azani kena tinggai..

he he he he..

Tijah comei, Tijah lawa,
Yang ikut semua MAK WA...

kui kui kui...

Sayur lobak, sayur kobeh..
Aku ni dah lebih lebih..

Mati semut kerana gula..
okay semua? sporting la..

Nizam.Ariff said...

Gali lubang dalam-dalam,
Aku nak ikut nak tengok yang dalam.

hahahaa

Nizam.Ariff said...
This comment has been removed by the author.
ashley said...

satu, dua, tiga lekuk;
nizam ariff kena lepuk!