Saturday, October 31, 2009

Sekitar kenduri anak KakPah..

Salam,

Suasana hari ini sebenarnya sejuk dek hujan gerimis yang turun membasahi bumi meskipun temanya adalah MERAH!
Dan...seumpama sekuntum Mawar Merah yang berada di taman Kakpah, kini Yana telah di'petik'..untuk menghiasi sebuah taman di Utara Semenanjung.

okay..layan gambor!
1) Pengantin turun dari rumah bonda dan ayahanda untuk menyambut kedatangan kekanda
2) Kedua mempelai diiringi dan diarak dari hujung jalan ke teratak bonda dan ayahanda
3) Majlis santapan beradab



4)Debaran sepasang suami isteri melihat anakanda berdua tercinta.
5) Kegembiraan tergambar di riak muka saudara seibu sebapa.

Pada kengkawan bloggers, TM, Tijah, Cikgooden, Kak Ezza, Insyirah, Syai, Nizam Ariff, Dr Sam, Umi...dan (Cklah...walaupun tak sempat bersemuka)..dan mungkin ada kengkawan bloggers kakpah yang aku tak sempat nak ziarah blog demer, aku jadi wakil kakpah mengucapkan berbanyak terima kasih dengan kedatangan anda semua...
Ada rezeki, panjang umur, kita jumpa lagi.
sekian..


12 comments:

DrSam said...

tak sempat tengok pengantin yang merah sangatlah mak ngah tu. Nasib baik sempat rasa nasi minyak sebab datang pun agak lambat. Ada bawa kamera tadi tapi syok sangat makan dan berborak sampai terlupa nak snap.

Nizam.Ariff said...

Aku dapat lihat KakPah masih... err.. terharu.. atau mungkin sedih.. atau gabungan gembira atau sedih. Ye la.. nak lepaskan anak kepada jagaan orang.

Masa aku kawin dulu pun, emak mertua tak sanggup nak 'tepung tawar' sebab takut nanti nangis depan pelamin...

ashley said...

DR Sam,
hopefully you enjoy sembang ngan my hubby..
actually tak sangka pulak dia nak mai...sebab dia dok tengah pulun menaip karangan 20 muka surat.
Nak kena submit minggu depan...
almaklum, dah jadi student semula.

ashley said...

Nizam,
aku rasa semua ibu atau bapa mengalami perasaan tersebut ketika..
risau,seronok, sedih,terharu....and at the same time rasa lega sebab anak telah dapat dijodohkan.
Semuanya bercampur baur ditambahkan lagi kegembiraan dan kerisauan untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ini.

Kakpah,
kalau ko sempat baca...( atau kalau anak anak yang sempat baca)apasal pulak aku yang jadi penafsir isihati ko nih?...
ha ha ha ha

dan tiba tiba aku rasa sangat SEDIH..lagi TERHARU!!

yuyee cap limau said...

kak ASH
kite tunggu kak ASH terima menantu pulak..insyaALLAH janji kite pergi..kalu umo pnjg lagila..hehe..comel nyer anak kakpah..mne gambar kak ASH selaku ketua jongkako(AJK kenduri)

ashley said...

Yuyee,
JONGKAKO?
ha ha ha..aku kena sambut bloggers jer..
sanak sedara Atuk Faris ramai..
mereka adalah JONGKAKO sebenar!
.
.
.
nak nunggu aku terima menantu?...
weehhh hai..

tasikmerah said...

ye kak. sesungguhnya merah mmg menawan,kan? mcm aku. muahahaha...

:P


.

ashley said...

Tapi ko pakai baju raya purple ko tu..

Insyirah said...

Neves plak tgk gmbr2 org kahwin. Nanti saya pun kena mcm tu ke? Adehhh...adehhh. Uwaaa....ni yg nak lariiii!! :-(

ashley said...

Syirah,
alaaaa...ko lari, abang ko akan kejar!!
he he he

umi_e said...

tak ada rezeki nak hadir kenduri umah kak pah sebab hari jumaat dah berada di Kuching :( - padahal umah kak pah tu sejengkal je :S

ashley said...

Kak Umi_e,
oh ye kerrr..padan le tak dapat jumpa kak umi_e.

Akak, kalau rumah kakpah tu sejengkal, maknanya jauh rumah kak Umi_e dengan rumah saya sejengkal 1 1/4 he he he..

Jauh lagi jarak bukit safa ngan bukit marwah jika nak ukur rumah kakpah ngan rumah saya...