Thursday, October 15, 2009

Adakalanya..

Salam,

Adakalanya secara tiba tiba, biarpun di kelilingi oleh ramai kawan teman dan taulan, kita terasa sunyi. Terasa keseorangan..terasa kesepian menyelubungi diri..dan hati tiba tiba mudah terhiris luka.

Kala itu, biar riuh rendah sekalipun suasana, apa yang didengar hanyalah bunyi bunyian yang kosong tanpa makna. Hati terasa kerdil. Jiwa terpencil.

Dan kala itu...mungkin airmata akan mudah menitis..
.
.
dan menangis..
dan menangis..
.
.
.............." dan ingatlah HANYA dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..."
.
.
sekian

4 comments:

addyaholix said...

sepi itu separuh dari saya kak. sunyi itu sebahagian dari hidup saya.

cHeRyNa PiReS said...

ada masanya kita perlu kesepian utk muhasabah diri:)

Lukman Wan Mat Daud said...

Ini intro posting terbaru OKOB;

"Malam semalam takala jarum jam bersatu menghampiri 12 tgh malam, aku dikejutkan dengan deringan telefon. Agak awal aku melelapkan mata semalam. Mungkin satu-satunya channel tv yang boleh ditonton dalam rumah felo di Sintok ini iaitu TV3 menayangkan cerita berkaitan Sundelbolong, menyebabkan aku lebih rela memaksa kelopak mata agar bercantum. Lebih-lebih lagi aku keseorangan! Kalau naik seram nanti nak peluk sapa!"

Tak ada cerita lain ke?

Lukmanw

ashley said...

ady,
The choice is yours..

Cheryna,
Mungkin...

Lukman,
Ha ha ha....jangan pandang belakang!