Sunday, October 18, 2009

Repeat..

Salam,

Sewaktu memulakan pembelajaran di Indiana University ( Shah ALAM Center) antara subjects awal yang terpaksa aku bersemuka ialah Psychology. Subject ini bukanlah subject yang mudah bagi aku kerana aku terpaksa menghadapi BANYAK words ENGLISH yang pelik pelik yang tidak pernah aku jumpa sebelum itu.

Kesukaran untuk belajar subject ini amat ketara sekali kerana aku juga terpaksa memahami pelbagai THEORI yang pada pemikiran aku sewaktu itu begitu JANGGAL dan LUAR BIASA. Dan adakalanya aku terfikir bahawasanya subject Psychology ini akan membuatkan aku sendiri akan menjadi KURANG WARAS sebagaimana 'orang orang' yang dikaji itu.

ha ha ha..

Kesukaran memahami subject ini ditambahkan lagi dengan pengajaran dari seorang Prof yang hanya duduk di hadapan dan bersyarah tanpa menulis apa apa di papan hitam. Prof yang telah agak lanjut usia ini akan masuk dalam kelas, duduk dan mula bercakap selama satu jam tanpa henti atau berinteraksi dengan kami, pelajarnya. Bayangkan betapa BORINGNYA kelas ini.

Pelajarnya tidak dipedulikan langsung. Tiada interaksi antara pelajar dan guru. Tiada jokes. Tiada cerita menarik. Dan bayangkan setiap waktu dalam subject ini aku terpaksa menghadapi suasana yang SUNGGUH MEMBOSANKAN ini...tanpa memahami apa yang diajar dan diperkatakan oleh Prof ini. ( ooooo tidur lagi bagus laa..)

Kesudahannya bagi subject ini, aku mendapat grade 'D'..dan terpaksa me'repeat'nya.
DANNNNGGGGG!!

Aku terpaksa repeat subject ini pada the next two semester. Mujurlah pada kali kedua ini aku mendapat Prof yang handsome lagi muda..ha ha ha..Paling kurang paras wajahnya yang handsome serta gaya dan stailnya itu tidak membuatkan aku cepat bosan atau tertidur dalam kelas. Kali ini aku lebih beri perhatian.

Dan subject ini aku dapati amat mudah sekali. Theori theorinya aku dapat grab dan untuk kali ini aku mendapat SOLID 'A'. Hah!!! Betapa bahagianya aku..

Konklusi : Pengajaran yang berkesan perlu ada interaksi antara guru dan murid.
Kecantikan sepatutnya juga memberi kesan positif.
Guru kena fahami reaksi anak murid.

he he he...

sekian

5 comments:

lukman said...

Repeat paper? repeat? ulang sekali lagi repeat?

Agak-agaknya siapa yg boleh challenge my personal record of achievement;

1. Kena repeat paper asas tahun 1 (Fluid 1) tiga kali, terpaksa struggle ambik di final year serentak dgn Fluid 2. Sbb apa? Pensyarah tua dari India (Master & PhD dia dari Russia) sebut AIR (udara) - AYEER! mcm org Perak sebut air pula! Itu baru 1 contoh.

2. Ambik 2 kali matrik (kali pertama di UM 1985/86 kena tendang sem 2 - gagal sbb tiap-tiap minggu di Bt 3 Shah Alam main motor tapi ilegal punya bukan haram (rempit!) Kali ke 2 di USM selepas 10 tahun kerja kilang pakai sijil SPM iaitu 1995/96 (Terpaksa ambik sbb tak ada STPM). Sambung buat degree, ulang-alik ke USM Penang (2 tahun), USM Tronoh (3 tahun) dan sempat di USM Transkrian (3 tahun) dengan motosikal saja. Tiga tahun akhir baru ada kereta. Kemudian setiap setahun selama sebulan pada bulan Disember terpaksa ambik cuti tanpa gaji (ulang sekali lagi - cuti tanpa gaji! sudahlah gaji oun ciput!) utk duduk dlm kampus untuk makmal komputer engr, hardness, thermo & fluid test, dll. Cuti tahun mana cukup kemudian habis pergi rally pula!

3. Dua kali kena tendang IPTA (UM/UiTM).

4. First degree (engr. mech, USM) 8 tahun. Ulang sekali lagi 8 tahun! Sbb sibuk pergi rally overland hingga ke border Tibet.

5. Nasib baik Master (UKM 2003/04) habis dlm 1 1/2 tahun. Itu pun 3 org member pergi sekali dari Taiping, 2 org grad lewat dan 1 org lagi sampai skrg tak habis-habis lagi. Badi saya pergi kat dia kut!

6. Risau juga PhD (UKM) skrg makin hari maikin slow pula!

Setakat kena repeat tu celah gigi aje le.

Moral of the story.

The journey - not the destination. The journey it self is destination.

Lukman

cHeRyNa PiReS said...

repeat itu perkara biasa, kak. sha sendiri pernah repeat satu paper accounting (masa tuh depress sbb itu major sha). mana taknye, sha tanya dia, dia jawab, "i can't help it if you're stupid!"

last2 sha fail. the next sem amik dengan lecturer dari india (bukan org kita macam lecturer sebelum tuh), tiba2 je dpt A dan rasa seronok nak blaja.

sha setuju cakap akak pasal pembelajaran nieh:)

Nizam.Ariff said...

Lukman,
Ayeerrr!! Hahaha....

Kawan aku repeat Thermo dua kali sampai waktu Prof USM versi India tu nak balik India pun dia masih ingat nama kawan aku ni... Tapi, Zoeb Hussain masih ok lagi bagi aku walau asyik cerita dia kena 'culik' tentera Iran utk buat misile lawan Iraq... yang 2 India lagi tu, memang aku tak leh pahammm!

ashley said...

Lukman,
ha ha ha..
kehidupan hang mmemang werena wereni!!
itu adalah pembelajaran seumur hidup tuh!!

cheryna,
ye benar..dan kadang kala, pada kali kedua ianya lebih membuka mata!

Nizam,
Ohh hangpa mempunyai TOK GURU yang sama ke kat USM?
ha ha ha..

saja nak habag kat LUKMAN... subject 'Fluid' asas yang pernah aku ambik, entah macamana boleh dapat A minus!!!
kah kah kah..
walhal itu bukan CORE subject untuk CE pun!!
Dynamics ( 1 and 2 ) A straight..
Thermodynamics B
ngeh ngeh ngeh
.
.
tapi subject 'CONCRETE' (CORE subject) aku boleh FLUNK!!! kiok...
ini saja aku tak nak sembang lagi nih!

lukman said...

Nizam - hang grad tahun berapa? Aku 2003. Zoeb OK. Fluid II dgn dia. Thermo pun aku score. Cuma Fluid I shj sangkut 3 kali.

Aku "hidup" dgn design (ACAD) dan final project shj. Siap ada student tua lain "outsource" kat aku! Project oklah 6 credit tapi design (Lab) hanya 2 credit shj kena dok USM sebulan pula tu dan 3 kali seminggu lab dan 12 jam!

Alhamdulillah lepas dan boleh cerita kat anak cucu. Tak sangka pula skrg ni IPTA/IPTS mula start panggil aku jadi motovator based on my "failure" exprienced ini!

Lukman