Tuesday, October 20, 2009

SEMBORRR..


Salam,

Aku dan seorang kawan lamaku, sekarang menjadi guru di sebuah sekolah di Sungai Petani, selalu berceritakan kisah kami sewaktu berada di sekolah terutama kisah semasa minggu minggu menghadapi SPM.

Pada minggu itu hanya kami, pelajar tingkatan lima, sahaja yang berada di asrama.
Pelajar lain semuanya sudah pulang ke kampung masing masing samada di Perlis, Kedah, Perak dan sebahagian kecil di selatan tanahair. Pelajar Sabah dan Sarawak juga biasanya mendapat tiket percuma untuk terbang ke kampung halaman.

Minggu peperiksaan SPM memang penuh tekanan.
Ianya juga cukup sunyi dan agak membosankan.
Masing masing berteleku di meja studi..

AAAAAHHHHH...
bila tiba saat saat akhir di mana hanya subjek seperti ADD MATH sahaja yang masih belum diduduki maka tanduk masing masing mula keluar untuk mencari idea yang menerujakan..
ha ha ha

Malam itu aku lepak di sebuah bilik.
Tiba tiba beberapa rakan masuk ke dalam bilik itu dengan membawa sebuah BALANG berwarna BIRU. Balang yang berat. Balang PEMADAM API!!

"Wei, kita bayark duit deposit RM20 setiap tahun untuk cover apa apa yang telah kita rosakkan. Kalau kita tak rosakkan apa apa, sekolah kita nak pulangkan balik tak duit tu?" tanya seorang teman.

" Lima tahun kita dok sini bermakna dah RM100 ringgit"

"Kalau ada 100 budak bermakna sekolah masuk duit RM10,000, free free..."

"Kata nak bagi balik duit deposit tu...ni sampai nak habis sekolah dah, tapi tak bagi balik pun.." sampuk sorang lagi.

"Balang penyembork api ni dok bergantung tepi dinding kat tangga, ada sapa gherti guna tak?"

"Daripada dia dok jadi hiasan sampai berkarat, apa kata kita try tengok macamana cara nak guna"

Mula mula pakat ambik satu batang lilin.
KUNUNNYA, nak padamkan api lilin GUNA PEMADAM API tersebut....
Pastu KEROBEK balang tersebut.
Baca instruction.
Cabut satu pin, ada kawan pun cabutkan.
Pastu suruh hentakkan tangan di atas peladak.
Hentak dengan tangan..
Okay...tangan semua besark batang lidi maka tak jadi apa apa.
Pakat hentak dengan kaki. Kaki besark batang penyapu tetapi masih tiada apa apa yang berlaku.

Aku dok perati kengkawan....
Awat teruk sangat nak guna pemadam api nih.
Kut betul betul la ada kebakaran, boleh rentung sebab pakat tak larat nak hentak peladak tersebut.

Seorang kawan keluar. Ambil satu kaki kerusi yang dah patah.
Hentak! Hentak! Hentak!
KONG...
KONG...
KONG...

Tak memberikan hasil apa apa.
Semua yang pada mulanya tadi begitu teruja, sudah semakin hampa.
Badan mula letih dan berpeluh.
Aku juga mula beredar ke studyroom kerana ingin meneruskan studyku.
Tetapi tidak berapa lama kemudian terdengar jeritan kegembiraan serta hilaian ketawa yang memecah kesunyian malam.
Aku dan kawan kawan yang berada di studyroom pantas berlari menuju bilik itu.

OMG!!
Lantai bilik penuh debu PUTIH..berkeledak.
Dua tiga orang kawan yang TERUS MEMPROSES PROJEK itu pun sama diselaputi debu putih.
Mereka semua ketawa...

Batang lilin yang apinya ingin dipadamkan?
TERPELANTING entah ke mana....

Mungkin kami agak gila gila.
Kami remaja...waktu itu.

Tapi satu pengajaran yang boleh diambil...
"Orang tak padamkan API LILIN guna FIRE EXTINGUISHER"
apekemengongsangat...
he he he he he he..

sekian

15 comments:

Insyirah said...

Akak ni bleh tahan nakal jugak ek masa sekolah. Hikhikhik.

ashley said...

Aku baeeeeeekkk..
ha ha ha
...nakal tu 1/1000 jer..supaya tak boring!

Tijah said...

wakakaka. agak2 kakpah yg bercemin mata besar tu nakal tak zaman budak2 dulu ek?

anjang said...

kelakar betuk muah ha ha ha ha

ashley said...

Tijah,
kakpah yang DOLUNYA memakai cerminmata besau ala ala UJI rased tu pun boleh tahan jugak membuli orang..wakaka...
(ya amfuunn)

anjang,
..cerita lamerrrrr..buat tatapan anak cucu. ha ha

Nizam.Ariff said...

Tepung tu kalau dibuat cekodok memang sedap.. tak caya, cuba la...

releven tak?

ashley said...

Nizam,
cer try..
.
.
.
ha ha ha..ko dendam?!

kakpah said...

sempat ek ngutuk aku...

kucingorengemok said...

kalau kebaran betul, sementara nak cari kayu kerusi patah nak ketuk mende alah tu... hangusss!

ashley said...

Kakpah,
kutuk kutuk sayang....tu dak Tijah yang mulakan..

KOG,
hangusss ngalahkah kek broadband!!
moral of the story :-
sila belajar guna BALANG PEMADAM API DENGAN BETUL!!

cHeRyNa PiReS said...

akak...1st time dengar cerita org yang terlebih rajin guna fire extinguisher...sha kalau time fire drill ke training mende alah nieh, sha cabut...taknak guna..takut...malu! (bodoh pun ada, taknak ilmu praktikal...)

kucingorengemok said...

haha, alamak! ingatkan takde orang ingat kek hangus tu!! :p

ashley said...

cheryna,
kita orang cuma kesian tengok balang tu seperti tidak dipedulikan..
5 tahun kita orang dok sekolah tu, lima tahun la dok tergantung...tak berusik.

KOG,
ha ha ha..
Kek broadband hanguss tu dah kira TRADEMARK ko tu...
boleh pi BOOKING PATTERN!!
WAKAKA...

tasikmerah said...

aku jugak yg malaikat...

:P

ashley said...

TM,
Sila berikan satu namanya!
(soklan SPM)