Sunday, November 01, 2009

I am still so glad..(macam komen je entry nih)

Salam,

Terasa keriangan di hati ini..entah kenapa..
Mungkin ianya disebabkan hasrat aku yang ingin bertemu adik adik bloggers telah tercapai.
Terasa hati ini berbunger bunger kerana aku tidak hanya mengenali mereka di alam cyber lagi tetapi kini telah bersua.

Mereka mungkin antara yang dapat mendengar dan membaca isi dan luahan hatiku.
Mereka juga mungkin antara yang mengikuti cerita ceritaku.
Mereka juga antara yang sudi membaca karangan dan coretan di "Hanya Persinggahan".
Tapi apa yang lebih penting, mereka sudi meneruskan ukhuwah yang telah terjalin di alam cyber ini.

I am really touched!

Terharu aku dengan kedatangan dan kesudian Tijah berjumpa kakpah dan aku.
Well, memang tidak dinafikan you nampak agak nervous.
Relax Jah....he he he.
Aku makan seperti juga orang normal.
Bukan monster macam cerita Halloween kat Tibi musim sekarang ni.
Dan ko memang comel!! Macam juga Chem..
Cuma tak sempat akak nak berkenalan dengan CHEM itu!!


Insyirah lagi best...
Time akak salam ngan dia, tangan sejuk kedi.
Kesiannya laaa adikku nih!
Rasa nak suruh dia tarik nafas lepas...tarik nafas lepas...
Syirah, yang sungguh kiut..
( hei apasal orang nama Syirah ni muka kiut belaka? Anak sedara akak pun nama Syirah juga sebenornya.... )
Nanti sebelum akad nikah, akak cadangkan ko calm down, zikr banyak banyak..
Takut pengsan sebab nervous...he he he he...
Acah mak enon jerrrrr...

TM,
ko sungguh MATURED, dik!
really...I can feel it..
No wonder ko boleh baca fikiran orang lain..
I am soooooo happy kerana akhirnya kita berjumpa.
.
.
.
cuma akak nerves dengan Mr darling..he he he.
BETOOOOI!
Time ko ambik hadiah dari kereta, aku dah hilang kata kata..
ha ha ha

Oh ye...BTW, kad syirah itu akak dah simpan..nak pos pakai setem, kalau beri alamat boleh juga!
Kalau tidak, aku scan dan hantar melalui email..


Cikgooden,
he he he..masuk kali ni kita dah jumpa 3 kali so ko nih ibarat adik aku dah!
lepas nih aku nak suruh ko buat apa pulakkkk...ha ha ha ha
ko kena jadi adik yang baikkan?!
Bila la aku nak jumpa anak bini ko secara LIVE, kan?

Nizam,
seriously memang aku rasa macam aku tengah sembang dengan ahli keluarga aku.
sanak sedara yang dari belah Kampung Teluk Sena itu.
Muka kamu seakan akan muka adik mak aku!
Betullllll...
Of coz la, lebih MUDA.
Entah ke ada bau bau bacang juga..
Mana tahu kan?
Cuma menurut mak aku..( keturunan sebelah ayahnya), berketurunan Bugis.
Malangnya aku ni tak rajin nak kaji selidik dan BERSOREH...(mencari sedara mara)


Kak Ezza,
aduhhh..
GUMBIRA dapat jumpa akak sekali lagi. Apasal sekejap jer nak balik dah?
he he he cik abang akak tu nak merayap mana le pulak?!

DrSam,
Should I write in English?
Apasal dan dan rasa nak speaking pulak kan..
Ha ha ha ha..
My husband and I rasa sungguh bertuah dapat berjumpa dengan you.
You are so COOL!!
You really are!!
When you mentioned Kuala Ibai, it reminds me of one of our friends, Dr Muhammad Khazani.
Same age as you..Maybe sekampung nih!
Or maybe geng kampung berhampiran yang lawan tembak meriam time raya dolu dolu..
heh?


Well..apa punya entry nih..
Dah macam komen jer..
ha ha ha ha
Terasa benar kata kata DrSam.....( entry lamanya)
Berkawan menjadikan kita luas fikiran.
Menjalinkan ukhuwah sebenarnya memberi kedamaian di hati. Kita mungkin berbeza pendapat kerana kita adalah individu yang unik dan berbeza tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kita bercakaran atau memutuskan silaturrahim sesama Islam.

Dan semoga ikatan persahabatan yang terjalin di alam cyber ini dapat diteruskan di alam realiti dan moga ianya menjadi saksi di akhirat bahawa suatu ketika kita pernah berkongsi 'RASA dan JIWA'..

eh...cam dah emosi sikit nih!
he he..

Kakpah dan Atuk Faris,
terima kasih from the bottom of my heart kerana di kenduri YANA yang sungguh ISTIMEWA itu telah menjadikan tempat pertemuan antara kita semua.
Semoga mendapat haji yang MABRUR..dan selamat menjadi tetamu Allah...

WAAAAAAA..aku cam nak nanges!!! ( bila aku nak dapat pergi nih???)

sekian

20 comments:

GPI SKSV said...

ermm.. ada gathering blogger kat rumah Kak Pah ek? Nape le saya x dijemput sama...

nak jugak kenal pengkomen2 setia di blog HP ni...

takpe aa... ada rezeki lain kali jemput le saye same ek?

Nizam.Ariff said...

Orang Perak muka sepesen je kut.. hahaha.

Rapport dah terjadi, tu sebab kita rasa macam sedara sedarah je. Sembang pun tak kekok walau baru sua muka 5 minit... err.. atau aku jampi serapah sebelum jumpa akak... lupa lak??? Hahahaha...

ashley said...

GPI,
ha ha ha..sebab ni kenduri kahwin anak kakpah, okay..dan mereka ni juga adalah geng yang rajin ziarah blog kakpah..
kamu datang blog kakpah secara rahsier je kan?

Nizam,
agak agak PR aku okay tak?
perkara yang paling aku takuti ialah hilang kata kata nak cakap..
TERKUMAM gitu!!

Tijah said...

aku neves eh kak? takkk laa...aku lapa senornyer. hahaha

lupekanje said...

salam ashley..
rugi lak gaser tk gi ekk..ehehe...tk pe ashley...jumpa reramai cenggitu mana puas...nnt kita deting kat memana, baru puas sembang....

acik senornya nk singgah...tpi anak acik kata dia malu..sbb acik selekeh..!!
mang nak kener sekeh anak haku nih..

Nizam.Ariff said...

Kak, PR akak sangat OK. Terasa macam kenduri kat kampung sendiri... heheh

Terkumam? Tu sebab nak makan beriyani 2nd round tu... tu la, aku ajak makan sekali tak mao... kan ke terkumam...

ashley said...

Lupakanajer,
laaaaa....
ingat kut datang!
saya tertanya tanya juga..
nanti umur panjang, nak ikut kakpah renang sekali..
KUT tidak pun pi rendam kaki jadi laaa
kakpah ajak manyak kali dah...
jeles dengar dia bercerita dating dengan acik memalam. kat KOLAM lak tuh!

lupekanje said...

hah..boleh je...
nnt hikutla kak pah..mawu bocor itu kolam klu kita bekumful...haha

tasikmerah said...

kak, aku pun sungguh gembira la dapat jumpa semua especially kamu. aku nk jadi adik angkat bulih? hehehe...

bab bulih baca fikiran org tu aku menuntut dgn nizam. dia lagi bahaya. kalau ko cakap dgn dia dlm telefon pun dia bulih tau ko pakai baju kaler apa. aku syak dia ada bela hantu la kak. hahaha...

nizam, sila menyesal tak jumpa aku. hahahaha.... (kenyataan yg sgt tak bulih blah, kan?)

:P



.

tasikmerah said...

errr... lupa. kak, encik darling tu mmg SGT pendiam. tapi kan, kalau ko bg sorg anak dara suruh sembang. pergghhhhh.... HIDUP! hahaha...


:P



.

tasikmerah said...

laaaa.... lupa lagi. kak, kad syirah tu akak scan hantar kt email pun bulih. thanx kakak!

:)


.

ashley said...

Lupakanajer..
ha ha ha..
BERKOCAK air kolam...
kut ada ikan..mau bertempiaran..hadoiii la..

TM 3X,
ha ha ha
kira dah jadi adik adik aku la ni belaka belaka...
You are all SPECIAL in my heart..

tapi EN darling tu biag betui..
aku ni dah la ada anak dara berderet...takut aku!!

okay set..nanti aku scan..

yuyee cap limau said...

kak ash
wwwwwwwaaaaaaaaaaaaa sedih gile n3 kali nie,tengah lap ayor mate nie..tak pe kak ash walau ku tak pergi namun hatiku tetap bersama mu..ececece


acik,takpe cik kite pon tak pegi jugak..yes ada geng..

ashley said...

yuyee,
ko habis periksa, akak bawak gi makan..okay?
ni DAH TIGA KALI aku ajak ni..
dah jangan nanges...he he he

Insyirah said...
This comment has been removed by the author.
Insyirah said...

Sudah-sudah ler tu. Blog kak TM pun mcm tu gak. Entah mana yg kiut dan jelitanya. Telinga atau hidung la kut? Haha.

Anyway, saya sgt2 hepi dapat bertemu dgn kakpah, kak ashley dan kak TM. Macam tak sangka aje kita bleh berjumpa walau kita hanya kenal melalui dunia blogger.

Sebenarnya rasa nak stay lama lagi, cuma sebab saya bawa kawan, jadi tak berapa selesa nak lepak lama-lama sebab takut kawan tu bosan dan tak selesa plak. Lagipun ada event walimah yg saya kena handle utk dua hari ni. Ni pun baru ada kesempatan nak online.

Apapun, semoga jalinan ukhwah kita kukuh dan berkekalan...Amin!

Thanks kak Ashley! :-)

Nizam.Ariff said...

SYIRAHHHHH......!!!!!!!!






Hehehe

Insyirah said...

Kak, saya minta maaf sebab hari tu saya tak banyak cakap. Sebenarnya saya tengah segan tahap dewa tu. Haha. Tapi control aje. Yelah, semuanya kakak2 di situ. Terasa macam saya ni underage. Hehehe. Tak apa, insyaALLAH next time kita berhuhahuha lagi ya. Kekeke.

ashley said...

Stirah,
akak pun seronok dapat jumpa kamu dan Syai..Syai itu sungguh SHY!!
Apa tah blog Syai tu..

Nizam,
Ko nak jumpa Syirah tu, ko datang time walimah dia...
At least dia dah ada BODYGUARDnya...
aku takut ko culik dia..
Sementara waktu nih, aku dan TM akan jadi bodyguard dia..
ha ha ha..kan TM?

ashley said...

Syirah,
alaa..biasa la sebab kita baru first time jumpa. akak faham..akak pun ada adik pompuan around your age. 3 orang lagi!