Saturday, October 17, 2009

Keupayaan anak 5 tahun..

Salam,

Tahun pembelajaran untuk 2009 akan berakhir di penghujung November ini.
Sudah tidak berapa lama lagi sahaja.

Anak anak di kelasku yang ada 20 orang itu sepatutnya telah :-

1) Kenal ABC
2) Kenal 123
3) Kenal warna
4) Kenal banyak dan sedikit
5) Boleh memberitahu nama hari
6) Tahu bersih dan kotor
7) Boleh memegang pensel dengan baik
8) Boleh menulis
9) Boleh mewarna
10) dan yang pandai sehingga boleh membaca dengan baik
.
.
.
.
dan telah dapat mengetahui sedikit sebanyak pelbagai pengetahuan asas tentang kehidupan sebagai seorang muslim serta pengetahuan am yang telah diajar sepanjang tahun ini.

Aku faham di antara 20 itu ada 5 dan 6 orang yang agak berat lagi dalam pembacaan tapi aku yakin apabila masuk 6 tahun nanti mungkin boleh bertatih membaca dengan lebih cepat lagi.

Apa yang paling aku risaukan ialah pencapaian seorang kanak kanak ini.
Yang masih tidak berupaya menunjukkan pencapaian setaraf umurnya.

Percakapan? lebih kurang sama taraf dengan 3 tahun.
Kebolehan meniru penulisan? aku masih perlu memegang tangannya..
Mengenal warna?....dia hanya seronok menconteng tanpa mengenali warna..
.
.
.
dan yang paling aku risau?...dia masih tidak dapat MEMBEZAKAN benda yang di dalam tong sampah itu menda yang hendak dibuang dan ianya KOTOR..
.
.
kanak kanak ini secara luarannya kelihatan cukup normal melainkan penrtuturannya sahaja seakan anak 3 tahun. Tetapi dari segi cara berfikir, dia seperti kanak kanak 3 tahun sahaja.

Dia tahu bermain.
Dia tahu bergembira.
Dia tahu makan.
Tapi pencapaian dalam pembelajaran agak ketinggalan.
Cuma yang dapat diikutinya ialah menyanyi lagu lagu..
Kenal huruf? begitu SUKAR SEKALI
adusss..
.
.
.
kanak kanak ini mempunyai tanda tanda LEARNING DISABILITY yang agak serius.

adohai adohai...

sekian

9 comments:

et said...

adik kecik itu..xde pape ke bley buat nk bantu die?

ASH said...

Et,
dia sepatutnya mendapat pendidikan khas..

kucingorengemok said...

macam mana la interaksi dia dengan keluarga kat rumah eh...

ASH said...

KOG,
aku pun wonder perkara yang sama..

azza_irah said...

kak..
dapatkan pengesahan dr doktor..
kl dh ckgu dpt kesan lebih awl..itu yg tbaik..
dpt diognosis dktor..dftr kat Jabatan Kebajikan Masyrakat, rujuk JPN..dia akan ddftar sbg OKU dan boleh masuk ke Pendidikan Khas..perlu tindakan awl dan cepat ..utk kebaikan budak tu..

ASH said...

azza_irah,

tahun lepas, akak ada anak murid yang tak boleh bertutur...
bila akak suruh maknya pergi jumpa PAKAR, mak dan ayahnya macam tak puas hati DENGAN akak...
akak pulak yang SEOLAH OLH DISALAHKAN...

pastu akak nasihatkan juga..
suruh jumpa doktor, jumpa doktor.
berkali kali akak suruh..
last last..
mak dia bawak juga..
rupanya anak ini mempunyai LIDAH yang PANJANG dari orang NORMAL yang menyebabkan butiran perkataan tidak dapat keluar dengan betul..
anak ini juga mempunyai masalah PEMBELAJARAN..

selepas pertengahan tahun, dia no longer with us..akak tak tahu dia ke mana tapi mak dia macam MENYALAHKAN akak kerana TAK PANDAI mengajar anaknya...

tapi akak rasa akak dah buat yang TERBAIK sebab anak itu perlu mendapat pendidikan KHAS yang sesuai dengannya..

keluarga yang ini pula mempunyai masalah lain akak rasa... sebab tak dapat lagi berjumpa dengan IBU atau AYAHNYA.
waktu perjumpaan dengan parents tempohari, mereka tak datang.
itu yang PONING kepala aku nih!!

Nik Ha said...

Yg kete waja tu bkn ayahnya ke teacher hidayah?ada hr tu pak guard yg htr dia..kenapa la agaknya..siyan kat dia.mintak jauhla sy dr berperasaan menyalahkan cikgu.cikgu/bbsitter knows the details kan sbb ank2 ni hampir 10-12 jam kat tadika.kalau qaiyum slow tu kami ngaku krg ngajo kat umah, mlm2 tu ummi dulu yg lena ..huhuhu..tp nampak byk peningkatan dah, hopefully thn dpn he is much better.sy pun kena bljr utk ngajar dia ni, phonic, arithmetic dll.

ibundo said...

teachers can only try our best to help because it is part of our jobs. parents should know better.

ASH said...

nik ha,
so far tak pernah bertembung lagi..

kakpah,
aku kesian kat budak ni kakpah..
pasti ada teknik pembelajaran yang sesuai untuknya.
tumpuan khusus untuknya sahaja!