Sunday, October 04, 2009

Tokey nasi lemak yang tak reti nak budget!!

Salam,
he he he..tajukkkkk ni untuk reminder diri sendiri.
.
.
.
.
Hei tokey nasik lemak!!
Lain kali kalau orang datang rumah dan kau hidangkan nasi lemak ngan SAMBAL IKAN BILIS PANGKOR YANG agak sedap ( cam bongkak jerr) TU, pastikan ko doublekan PORTION SAMBALNYA!!
Sudah BEBERAPA KALI ko buat NASI LEMAK SAMBAL IKAN BILIS dan jamukan pada orang tapi masih tak cukup cukup LAGI!!
.
.
.
he he he..
apa ko tak reti nak budget ke?
Ni kalau mak mertua ko tahu, puas ko kena berletiag!
Dan kalau mak ko tahu, lagi letih kena berletiag!!
Bukan ke mak ko dulu meniaga nasi lemak?
Siap ada kedai makan lagi kat SEMANGGOL tu?
APASAL tak reti reti nak BUDGET?
.
.
.
he he he...sebab dulu aku NYOROK kat bilik belakang!
.
.
.
GADIS PINGGITAN...kekonon...
.
.
haih...

sekian

14 comments:

kakpah said...

ni yang nak marah ni. dah ajar berapa kali tak reti-reti gak...

hehehe...

ashley said...

ha ha ha!!
kakpah,
buek camnoooo

AZANI said...

ikan bilis pangkor dan kemaman memang terkenal...orang katalah...

ashley said...

Azani,
ikan bilis pangkor ni memang sedap..sebab kalau goreng saja, garing dan rangup...
tak liat, tak rasa macam nak tercekik kalau dimakan.
buat sambal pulak mesti rasa macam pedas dan manis manis ikan gitu!

cHeRyNa PiReS said...

siap kena doublekan portion sambal...cewwwahh...tp ramai gak yg pakai ikan bilis yang dah rupa anak ikan selar kuning tuh...adooiii...sakitnye tekak....

* rindu ikan bilis pangkor!!!

ashley said...

cheryna,
kalau buat sambal dan guna ikan bilis pangkor..memang kena doublekan portionnya..baru ada ummmph nak makan nasi lemak!
.
.
.
balik Ipoh mesti sambar 1 kilo ikan bilis pangkor kat pasar tani.

siti_m said...

kat manjung nie banyak dan pelbagai jenis ikan bilis pangkor.... sapa nak beli boleh order ngan saya. hehehe buat bisnes la pulak.... (diakui memang sedap, dulu dah pernah pujikan...)

Nizam.Ariff said...

Sambal bilis kat kedai, lebih kepala dari bilisnya...

Aku tertanya-tanya, kemana peginya badan si bilis tu?

ashley said...

Siti,
yang akak beli kat Ipoh tu sekilo RM32 hengget..
kalau boleh budget turun sikit okay la.
kalau jalan jalan datang Bangi, boleh bawa sekilo dua!!..

ashley said...

Nizam,
akak cukup tak suka yang dah bungkus sesiap pastu dapat banyak habuk, taik ikan bilis dan kepala!!
itu temberang orang meniaga nak menambah berat!
BERDOSA tu!!

siti_m said...

rm 32 tue dah siap kopek ke? kat sini ikan bilis yang elok dah siap kopek dalam rm35-38 per kg

ashley said...

siti..
oooo..dah naik rega lagi?
mak aihh

Lukman said...

Dah habis?

Saya keluar kejap fetch seorg lagi rakan lewat datang yang tak tahu rumah. Bila sampai balik tak nampak sambal tumis!

Patutlah saya makan dgn rendang daging aje!

Lukmanw

ashley said...

Lukman,
itu namanya rezeki anda hanya yang itu sahaja di rumah saya...
he he he