Monday, October 05, 2009

Mesorat dan Makan di rumah Kakpah!

Salam,

Selepas selesai urusan kawan kawan suami ( rakan sekolah lama Izzuddin 8084 ) mengunjungi rumahku dan bertemu sesama mereka pada sebelah pagi hari Sabtu, giliran aku pulak serta warga AULAD/ARRIYAD mengunjungi rumah kakpah pada sebelah petangnya.
Sepatutnya mesorat start pukui 3..tapi aku sampai pukui 3:10....( ada main trick sikit serta berkejar kejaran ngan Mawaddah sebelum keluar....)
Sebenarnya mesorat ini diadakan bagi membincangkan agihan kerja dan persediaan Hari Konvo AULAD yang akan diadakan tidak berapa lama lagi. Dan selepas mesorat itu, kakpah langsung membuat sambutan raya bagi meraikan warga kerja AULAD/ARRIYAD.
Gambar tengah mesorat tak leh la ambik kan...sebab nanti DISTRACT perbincangan!!
ha ha ha..
bab mangan mangan boleh aaaa...itu laju jer aku nak ambik gambo.
Hidangan ada nasi impit, rendang, masak lodeh juga soto.
terhidang juga satu juadah..apo ko mondo nye sobut cam bunyi nama PILEM SEPANYOL gituu..
les' les' les'??
apo ek kakpah?
ALA... lempeng salut serbuk roti berinti yang digorengkan.
makan pulak ngan cili padi SEBUTIR ngap ngap gitu..
CAM TAK CAYO jer aku kener makan cili padi?
.
.
Kirim salam je laaaaaaa sama itu cili padi...
apa pun..sila layan gambar dua tiga keping ini.
Ni gambar mereka yang sedang memulun juadah!
Mesorat nyer sokojap jer..
mangan kena lama lama


Ni portion SOTO yang aku tibai ambik.
PERGEDIL tu kocik kocik jadi aku kena ambik sampai 4 KETUI.
eeeehhh hantu pergedil mana boleh ambik satu jerr..

kut besar pun aku ambik banyak tu juga!

Taugeh nya OUTSTANDING sebab ini adalah hasil kerja Jawa sejati diimport dari INDON
.
.
he he he
dan tiba tiba terdengar
Wei Hidayah! ko jangan ngambik gamba jer....
MAKAN!
.
.
Laaaaa kakpah ni..haih


dan sebelum mengakhiri entry ni aku disuruh membubuh senikata
lagu perpisahan yang evergreen ini.
Untuk rujukan warga AULAD.
BALIK HAFAL!!

tajuk lagu : apo ek?...kak yati Derus tak tulis...kui kui kui..
sila salahkan dia! ha ha ha..

Should all acquintance be forgot
And never brought to mind
Should all acquintance be forgot
And day of Auld lang syne

For Auld lang syne, my dear
For Auld lang syne..
We'll make a cup of kindness
Yet for Auld lang syne

VERSI BAHASA MELAYU PULAK

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa..
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa..
Semoga kita dapat bertemu di satu masa

Pesan kakpah: Nyanyi dengan sayu dan penuh perasaan.
Bukan buat rock atau rap!!
he he

nak nak lagu perpisahan AULAD yang direka khas itu..
errr...camano ek lagu tu?
.
.
.
Alhamdulillah syukur nikmat, kepada tuhan yang memberi rahmat
ooooooo oooooo ooooo ooooo
.
.
BOINK!!!!
ni lagu nasyid AL MIZAN tahun 70 an aaaaaa!!

kui kui kui

sekian







7 comments:

cHeRyNa PiReS said...

waahhh...ada lagu tema aulad plak. nanti nak check blog kak pah...ade tak:)

Tijah said...

kehkehkehhh. osah garang eh kakpah tu yo? kan dah kono marah...

tasikmerah said...

nyanyi tu sok jgn nk golek2 ponggong ok. ha ha.




.

anjang said...

the best thing kat mesorat, makan time

ashley said...

Cheryna,
tu lagu Graduasi!
tapi cikgu nye yang ini tak hafal hafal lagi..camano nak ajar anak murid..he he he

Tijah,
garang garang omak la katokan..

TM,
wei..hang ingat aku INUL ka?
ha ha ha pengsan!!!!

anjang,
makan jadikan mesorat itu lebih bermaknaaaaa!!!

kakpah said...

malam ni ado mesorat lagi.. pasal registration plak.

ashley said...

Wokeh laa...noted.
Hari ni dah start posa ganti pulak.harap hrap tak MENGUAP jer khojernya..